BAB 52

6.6K 179 4
                                    

"Jangan balik rumah dulu abang. Aku tak nak ibu dengan ayah tengok aku dalam keadaan macam ni." Saffrina bersuara juga akhirnya setelah hampir setengah jam menyepikan diri dalam perut kereta. Akibat Saffrina, penghuni yang lain turut berdiam diri termasuk si kecil Damia.

"Kalau macam tu, kau nak pergi mana?" Cermin pandang belakang menjadi titik pertemuan mata Danial menatap wajah sembam Saffrina.

"Tak kisah." Singkat dan ringkas jawapan yang diberi Saffrina. Air mata yang tidak mahu berhenti disapu dengan belakang tangannya. Terhapus yang lama, mutiara baru yang jadi pengganti.

Tidak lama kemudian, Saffrina keluar dari perut kereta apabila mereka tiba di lokasi pilihan Danial. Saffrina melihat kawasan sekeliling. Nyaman, tenang dan sunyi. Hatinya terasa lapang sedikit.

"Abang, aku nak tenangkan diri kat sini. Kau bawa la Sarah dengan Damia ronda-ronda. Nanti kalau aku nak balik, aku call." Lemah sungguh nada suara Saffrina. Hati yang hancur bak pasir di kawasan itu membuatkan dia tidak berdaya untuk bersuara dengan nada yang normal.

"Tapi dik, nanti kalau kau tak dapat kawal perasaan kau macam mana?" Kerisauan mula membelit hati Danial.

"Abang please. Live me alone." Saffrina mula merayu. Air mata yang sudah kering mulai basah kembali.

"Kita bagi dia masa ya abang? Sarah yakin, Sofya takkan buat benda bodoh." Kali ini Sarah pula yang memujuk setelah lama menyepi. Damia pula Sedang enak tidur di kerusi belakang.

"Hmmmh.. okey lah. Abang bagi kau masa. Tapi ingat, call aku terus kalau jadi apa-apa ya?" Bahu Saffrina, Danial usap lembut. Saffrina pula sekadar mengangguk.

Drama tiga manusia itu sedang ditonton kusyuk oleh Firman. Lelaki itu telah mengikuti mereka sejak dari lapangan terbang lagi. Melihat kereta hitam milik Danial pergi meninggalkan Saffrina sendirian, membuatkan bibirnya menguntum senyuman.

Saffrina yang langsung tidak perasan akan mata yang asyik memerhati dirinya berjalan longlai ke persisiran pantai. Tidak menyangka yang Danial bakal membawanya hingga ke tempat itu. Tenang saja suasana di Port Dickson ini. Ditambah pula dengan hari persekolahan, jadi tidaklah terlalu ramai pengunjung yang ada.

Lokasi teduh dibawah pokok menjadi pilihan. Sempat lagi dia membeli air kelapa di sebuah gerai berhampiran.

Saffrina duduk sambil memeluk lutudnya. Deruan ombak yang menyapa telinga diamati. Saat mata dipejamkan, dia terbayangkan wajah Shahmien. Banyak kenangan manis dan pahit sedang berlegar-legar di otaknya.

Sebelum pulang ke tanah air, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Baik mahupun buruk. Namun, mengapa sakit yang terasa dihati seakan langsung tidak merelakan ia.

Sakit yang terhiris, pedih yang menyengat dan kudis yang bernanah dihati membuatkan dia tidak rela untuk kehilangan Shahmien. Shahmien miliknya. Shahmien hanya layak berdampingan dengan cik burung hantu.

Tapi, siapalah dia untuk melawan takdir. Sahmien sudah membuat pilihan. Sarina adalah pilihannya dan bukan cik burung hantu.

Saffrina menagis teresak-esak apabila mengenangkan kenyataan yang pedih itu. Kepalanya disembamkan ke lutut dan tangisan yang pecah dibiarkan saja. Sedikitpun dia tidak menahan. Biarlah dia lepaskan semua. Untuk hari ini, biarlah dia menjadi wanita tersedih di dunia.

Beberapa minit kemudian, badannya yang beringgut akibat tangisan disentuh seseorang dari belakang.

Saffrina kaget. Tangisannya terus berhenti. Kepalanya dipanggungkan untuk melihat gerangan yang menyapa.

"Awak okey?" Terpancar reaksi kasihan pada wajah Firman. Hatinya seakan dijentik saat melihat keadaan Saffrina.

"Apa kau buat dekat sini?" Badannya laju saja berdiri tegak saat wajah itu disapa matanya. Air mata yang terdapat di pipinya dihapus menggunakan hujung tudung bawalnya.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now