BAB 50

6.3K 175 1
                                    

Keindahaan panorama alam ciptaan tuhan diselami dengan penuh rasa bersyukur di bumi Spanyol itu. Tidak pernah terlintas dek akal bahawa dia bakal menikmati keagungan Allah S.w.t melalui ciptaan-Nya yang amat menakjubkan.

Batang tubuhnya berdiri tegak sambil tangannya berpeluk tubuh. Suara hatinya perlahan-lahan berzikir bagi menenangkan fikiran yang lagi kusut.

Hari ini merupakan hari terakhirnya di bumi Spanyol. Dia bakal bertolak pulang pada malam ini oleh disebabkan hari lahir Shahmien bakal menjelang esok hari.

Bila dikenangkan kembali, sudah hampir setahun Shahmien menjadi kekasih halalnya. Entahlah. Dia juga tidak pasti sama ada hubungan mereka akan kekal atau putus ditengah jalan.

Hatinya tidak tenteram sejak dia mula membuat keputusan untuk pulang. Tidak sabar bercampur takut mulai menguasai diri.

Rindu yang teramat sangat membuatkan dia tidak sabar untuk pulang bertemu Shahmien. Namun, perasan takut terhadap reaksi yang bakal dipamerkan Shahmien untuknya turut membuatkan hatinya berdebar kencang. Gerun pun ada.

Dalam pada hatinya melafazkan zikir, mulutnya tetiba saja menghembus udara yang mengandungi gas karbon dioksida keluar dengan agak kencang.

"Allahu akhar. Ya Allah, berilah ketenangan hati buatku Ya Allah." Perlahan Saffrina melafazkan kata-kata itu.

"Sejauh mana sekalipun kita melangkah, masalah takkan pernah hilang Sofya. Kita perlu hadapi masalah tu. Baru kita akan mencapai kebahagiaan." Dahi Saffrina berkerut. Ada suara dibelakangnya. Bijak berbahasa Melayu. Pasti orang Malaysia.

"Subhanallah, Sarah!" Saffrina benar-benar terperanjat dengan kemunculan sahabat baiknya secara tiba-tiba itu. Sudah la di tempat orang pulak tu.

Bagi menghilangkan rasa rindu yang bermaharajalela dalam diri, tubuh Sarah terus dirangkul dan dipeluk erat. Meski sudah 4 tahun mereka terpisah, namun wajah sawo matang milik Sarah masih lagi kuat dalam memori ingatannya.

Hampir dua minit mereka berpelukan. Kedua sahabat itu tidak henti-henti menagis tanda rindu yang mendalam.

"Mama..mama jangan sedih." Pelukan mereka terurai apabila kedengaran suara kanak-kanak di sebelah mereka.

Sarah tersenyum melihat anak gadisnya yang baru saja berusia 6 tahun itu. Sarah duduk mencangkung bagi mendapatkan tinggi yang sama dengan anaknya. Tanpa perlu disuruh, air mata pada pipinya dihapuskan oleh anak kecil itu membuatkan Sarah tergelak kecil.

"Tak la sayang. Mama tak sedih pun. Mama nangis sebab mama terlalu bahagia." Kepala anak gadisnya diusap lembut.

"Sayang kenalkan. Ini sahabat mama yang mama selalu cerita tuh. Aunt Sofya. Dan Sofya, kenalkan anak aku, Damia." Sarah mula mengenalkan anaknya pada Saffrina. Dahi Saffrina berkerut seribu.

"Anak! Kau dah kahwin Sarah?" Hati Saffrina sedikit terhiris apabila mendapat perkhabaran baru itu.

"Banyak perkara yang jadi kat aku. Jom duduk dulu. Nanti aku ceritakan semua." Sayu sekali kedengaran irama suara yg keluar dari mulut Sarah.

Saffrina akur. Kerusi batu yang berhampiran dituju oleh mereka. Tidak sabar rasanya untuk Saffrina mengetahui perkara sebenar. Terlalu banyak rahsia antara mereka yang perlu diungkapkan.

"Damia nih bukan anak kandung aku. Tapi anak tiri." Cerita dimulakan apabila mereka semua berjaya melabuhkan punggung dengan selesa.

Dahi Saffrina berkerut semula. Anak tiri? Jadi betullah. Sarah dah kahwin.

"Lepas habis SPM, kau pindah KL. Aku tau tuh. Aku pulak kekal di johor. Beberapa hari lepas kau pindah, aku kena tangkap basah dengan sorang laki yang langsung aku tak kenal." Perkataan 'tangkap basah' perlahan saja kedengarannya. Sarah seakan tidak sanggup untuk menyebut perkataan bak racun itu.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now