BAB 5

7.7K 238 1
                                    

Kek disebelah diperhati penuh makna. Tidak pernah terfikir akan wujudnya hari yang memalukan ini buat dirinya. Dia terpaksa menebalkan muka untuk hari lahirnya sendiri.

Meski wajahnya tebal berinci akibat malu, namun dia tetap berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Jika hendak dibandingkan malunya hari ini dengan jasa dan pengorbanan ibu bapanya memang tidak tertanding. Jasa dan pengorbanan Datin Maria dan Dato' Ridzhuan amatlah besar baginya. Sebagai anak, ini sahaja yang mampu dilakukannya.
******************************
"Happy birthday to you...
happy birthday to you....
happy birthday to
Shahmien Aiman...
happy birthday to you..."

Lagu sambuntan hari lahir terus bergema apabila Shahmien membuka pintu utama rumahnya. Datin Maria, Dato' Ridzhuan serta kawan-kawannya yang lain bertepuk tangan apabila lagu habis dinyanyikan.

Tersenyum lebar Shahmien dengan kejutan yang tidak disangkanya itu. Shahmien meniup lilin yang menunjukkan angka 24 tahun bersamaan usianya." Thanks mummy, daddy. Thanks guys. Seriously I'm so surprise." Ucap Shahmien terharu.

"Most welcome my dear." Ucap Datin Maria pula sambil tangannya mengusap lembut pipi milik Shahmien. Tersenyum saja Shahmien apabila diperlakukan sebegitu oleh mummynya dihadapan teman-teman.

" Sudah-sudah la tu. Malu budak tu. Dah besar pun mummy dia layan macam bayi lagi.Shah mari masuk. Ada macam-macam lagi makanan di belakang sana. Ajak kawan-kawan makan sama." Suara garau milik Dato' Ridzhuan membuatkan semua para tetamu ketawa dan akhirnya beransur bergerak ke halaman belakang rumah.

Shahmien tidak terus menuju ke kawasan belakang rumah sebaliknya dia ke dapur. Kotak kek yang dipegangnya dibuka perlahan. Dengan berhati-hati dia keluarkan kek tersebut dari kotak. Shahmien membawa kek ke halaman belakang.

Sebelum dia menuju terus ke arah ibu bapanya, sempat lagi dia membisikkan sesuatu kepada rakannya yang menjaga dibahagian muzik dan mencapai mikrofon di tangan rakannya.

Muzik dari kumpulan Hello Band yang berjudul diantara bintang kedengaran bergitu jelas.

"Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku memang kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Maafkan aku yang selalu menyakitimu
Mengecewakanmu dan meragukanmu
Tersadar aku bila kamu yang terbaik
Terima aku, mencintaiku apa adanya

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Ooooo...ooo...

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Di antara beribu cinta pilihanku hanya kau sayang
Takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
Cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

Di antara beribu bintang hanya kaulah yang paling terang
Ya cuma kamu dan hanya kamu yang selalu ada untukku
Dan paling mengerti aku.."

Penuh shahdu Shahmien mangalunkan lagu tersebut buat Ibu bapanya yang tercinta. Shahmien sedaya upaya berusaha untuk menahan air matanya dari menitis. Meskipun hatinya sebak mengalunkan lagu itu buat Datin Maria dan Dato' Ridzhuan, namun dia tetap tidak mahu air matanya gugu.

Bukan kerana ingin mempertahankan egonya sebagai seorang lelaki, tetapi dia tidak mahu berlakunya babak sedih dihari yang bermakna buatnya. Bukan Shahmien tidak kenal akan sikap mummynya itu. Penuh dengan drama. Terlalu sensitif jika berkaitan dengan dirinya.

Daddynya pula? Biasa lah lelaki. Perasaan terharu tetap ada tapi tidak mahu ditunjuknya. Hanya berlagak biasa saja. Tersenyum dan menggelengkan kepalanya sambil ketawa kecil. Memang telah menjadi kebiasaan buat Dato' Ridzhuan jika ingin menyembunyikan rasa hati.Shahmien kenal benar akan sikap keluarganya.

"Thanks sayang. Mummy betul-betul terharu." Teresak-esak Datin Maria menahan sedu. Terharu benar akan tindakan anak tunggalnya itu.

"Mummy, please don't crying. I can't to see you like this." Luah Shahmien tulus

"It's okey dear. Mummy nangis sebab mummy terharu dengan apa yang Shah buat. Mummy bangga dapat anak macam Shah." Esakan masih lagi mengiringi bicara Datin Maria.

Seperti biasa, Shahmien mengusap lembut pipi Datin Maria, menghapuskan air yang mengalir bercucuran. Bibirnya tetap mengukir senyuman ikhlas buat sang ibu.

"Udah-udah la tuh Maria. Kesian abang tengok Shah tu. Asyik-asyik hapuskan air mata Maria saja. Yang Maria pula, makin dilap air mata tuh, makin banyak pula yang turun. Kalau macam ni, sampai besok pun tak habis lagi yang ooii." Seloroh Dato' Ridzhuan mengenakan isterinya.

"Ishhh abang ni. Biar je lah." Datin Maria mula menarik muka masam mencukanya.

Shahmien hanya tertawa melihat gelagat orang tuanya. Sebagai anak, dia tumpang bahagia apabila melihat orang tunya bahagia. Paling membahagiakannya apabila orang tuanya bahagia kerananya.
Beberapa minit berlalu Shahmien duduk bersendirian di tepi kolam renang belakang rumahnya. Masih lagi di dalam masjid hanya tidak bergaul sahaja. Jam dipergelangan dijeling sekilas.

'Pukul 10:30 malam dah. Nasib baik aku solat magrib di masjid tadi.' Detik hati kecilnya. Bersyukur Shahmien tidak terlepas solat magrib. Perlahan-lahan Shahmien hanyut dalam dunianya sendiri.

"Shah, are you okey? Mummy tengok Shah macam tak happy je. Shah tak suka ke mummy dengan daddy buat surprise party untuk Shah?" Soal Datin Maria setelah melihat anak lelakinya lebih menyendiri sahaja sedari tadi.

"Huh? Okey, Shah okey je. Kenapa mummy tanya macam tuh?" Tersentak Shahmien apabila terdengar suara mumnynya secara tiba-tiba dari arah belakangnya.

"No! I know you Shah. You are my son." Datin Maria bersuara tegas namun masih lagi menggunakan nada yang lembut. "Tell me now, what happen to you? Maybe I can help you?."kali ini nada Datin Maria lebih kearah memujuk.

"It's okey mummy. I'm fine. Shah just fikir pasal permintaan daddy. Itu saja." Shahmien jujur. Tidak guna untuk dia cuba menipu Datin Maria. Naluri seorang ibu itu kuat dan dia sedar akan kenyataan itu.

"Ouh pasal tu? Shahkan dah setuju? Apa lagi yang Shah nak fikirkan? Shah jangan cakap kalau yang Shah dah ubah fikiran?" Jantung Datin Maria berdegup kencang akibat risau.

"Mummy, Shahkan dah kata Shah nak kenal dulu dengan perempuan tu. Then baru Shah bagi keputusan. Shah tak kata yang Shah dah setuju mummy." Kalau jantung Datin Maria berdegup kencang, kini hantung Shahmien bagaikan mahu tercabut. Shahmien yakin, mummynya telahpun salah faham dengan jawapan yang diberinya.

"Alah sayang. Mummy anggap kamu dah setuju la tuh. Lagipun anak Pakcik Adnan tu cantik, pandai, bergaya lagi. Mummy yakin, lepas Shah jumpa saja dia mesti Shah akan jatuh cinta punya." Datin Maria mula bersuara yakin.


 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now