BAB 9

6.9K 232 4
                                    

★Sebulan kemudian

Dato' Ridzhuan tersandar diatas kerusi kulit dalam bilik pejabatnya. Kepalanya terasa berat. Perlahan-lahan jari jemari tuanya memicit kepala yang terasa berdenyut semacam.

Semakin lama sakit dibahagian kepalanya semakin menjadi-jadi. Dato' Ridzhuan yang tidak tertahan dengan sakit yang ditanggung terus menekan punat pada telefon pejabat yang berada diatas mejanya untuk berhubung dengan secretarynya, Suraya. Lama menunggu namun tiada sebarang balasan.

Dato' Ridzhuan cuba untuk mencapai telefon bimbitnya yang berada di penjuru meja. Oleh disebabkan kesakitan dibahagian kepalanya semakin teruk, telefon jenama Oppo F1 itu jatuh dan berkecai. Kebuntuan malanda disitu.

Dato' Ridzhuan gagahkan diri untuk bangun dan meminta bantuan dari luar bilik pejabatnya. Setapak demi setapak yang dilangkahnya terasa bergitu sukar. Segala barangan yang terdapat diatas meja jatuh berselerak dilantai akibat daripada tangan Dato' Ridzhuan yang menerewang diatas meja untuk membantunya mengorak langkah.

Setelah Dato' Ridzhuan berjaya bergerak hingga ke tengah ruang pejabat yang luas itu, tiba-tiba pandangannya menjadi kabur. Setiap benda yang terdapat di dalam ruangan tersebut seolah-olah bergerak dan jumlahnya menjadi semakin banyak. Disaat Dato' Ridzhuan berusaha untuk melemparkan langkah, kakinya tetiba sahaja menjadi lemah dan akhirnya dia rebah di situ. Pandangannya menjadi galap gelita dan akhir sekali Dato' Ridzhuan sudah tidak sadarkan diri.
******************************
"Doktor, macam mana keadaan daddy saya?" Setelah hampir satu jam Shahmien dan Datin maria berkawad diluar ruangan kecemasan dimana Dato' Ridzhuan dirawat, akhirnya Doktor Safwan muncul. Wajah yang dipamerkan membuatkan Datin Maria dan Shahmien menjadi tidak tenteram.

"Ini ahli keluarga Dato' Rdzhuan ke?"Soal Doktor Safwan yang berumur dalam lingkungan 30-an itu.

"Ya! Saya isteri dia dan ini anak saya. Boleh saya tahu keadaan suami saya?" Setelah selesai Datin Maria memperkenalkan dirinya dan Shahmien, dia terus bertanyakan soal suaminya. Tak ada masa dia hendak berbual panjang dengan doktor kacak itu semantara suaminya sedang sakit.

"Macam ni lah Datin dan En. Shahmien boleh masuk kedalam bilik saya sekejap? Ada beberapa perkara yang perlu saya jelaskan kepada awak berdua." Lembut saja doktor itu bersuara. Mungkin telah terlatih dari awal lagi agar sentiasa berlembut dengan pesakit mahupun kaum kerabat pesakit.

"Boleh." Jawab Shahmien pantas manakala Datin Maria menganggukkan kepalanya tanda bersetuju dengan jawapan Shahmien. Dua beranak itu tidak sabar untuk mengatahui keadaan sebenar Dato' Ridzhuan.

"Kalau macam tu, mari ikut saya." Doktor Safwan membawa Datin Maria dan Shahmien menuju ke biliknya. "Silakan." Tangannya diajukan kehadapan bagi memperlawa dua beranak itu untuk duduk dikerusi yang sedia ada di dalam ruangannya.

Datin Maria dan Shahmien hanya mengikut saja. Debaran didada semakin hebat. Kekuatiran yang amat melanda jiwa dua beranak itu. Dengan penuh kesabaran mereka menunggu penerangan dari Doktor Safwan. Dihati hanya mampu berdoa agar Dato' Ridzhuan tidak menghidapi sebarang penyakit berbahaya.

"Ada sesuatu yang saya nak jekaskan kepada Datin Maria dan En. Shahmien. Tapi sebelum tu saya minta maaf yang sebesar-besarnya. Bukan niat saya untuk tidak memberi tahu perkara ini dari awal lagi, Dato' yang melarang saya untuk melakukan sedemikian. Dato' tidak mahu isteri dan anaknya risau dengan keadan dia." Panjang lebar pembuka kata dari Doktor Safwan. Kalau pembuka kata dah panjang macam nih, macam mana la dengan isi dia nanti.

"Apa maksud doktor? Saya tak faham." Shahmien bersuara. Ada resah yang mengiringi nadanya.

"Sebelum saya bagi tahu perkara sebenar, saya harap Datin dan Encik boleh bersabar. Setiap apa yang datang adalah ketentuan dari-Nya." Masih lagi tidak menerangkan perkara sebenar sedangkan Datin Maria dan Shahmien sudah gelisah.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now