BAB 33

6.1K 230 6
                                    

Kereta Perodua Axia milik Saffrina meluncur laju membelah jalan raya yang mulai sibuk dengan pengguna jalan raya yang tidak pernah bosan dengan rutin harian mereka.

jika tadi Saffrina yang memandu, kini giliran Shahmien pula untuk memandu dan Saffrina sebagai penumpang.

"Kau nak pergi mana nih? Jalan rumah mummy dah lepas la." Saffrina mula pelik. Laluan yang sepatutnya dibelok Shahmien langsung tidak dihiraukan.

"Abang lapar nih. Kita pergi makan dulu." Sengihan bak kerang busuk ditayangkan.

Malas hendak melayan, akhirnya Saffrina diam. Menyampah pula melihat sengihan suaminya. Comel sebenarnya.

Restaurant Citarasa Utara menjadi pilihan Shahmien dan  tempat duduk yang agak tersorot di pilihnya sedangkan Saffrina ikut sahaja tampa membantah.

"Abang nak tanya sayang sikit nih, boleh?" Selain daripada ingin meluangkan masa bersama permaisuri hati, Shahmien sebenarnya ingin berbincang.

"Pernah ke kau mintak izin kalau nak tanya apa-apa dekat aku sebelum nih?" Deep.

"Ouh, tak pernah aee? Tah la pulak. Tak perasan." Sengihan comel ditayangkan.

"Nak tanya apa?" Takaut tergoda, terus Saffrina pergi ke topik asal.

"Tak la. Abang pelik je. Kenapa Sayang selalu emo dengan abang? Tak. Maksudnya macam...kenapa sayang jarang sangat nak ceria bila dengan abang. Tapppiiieee....kita pernah je berseronok sekali kan. Maccamm hari tuu." Penuh berhati-hati Shahmien meluahkan persoalan yang lama terbuku di benak.

Diam. Saffrina mati kata dengan persoalan yang ditujukan. Dendam dan cinta terhadap Shahmien kini diuli rancak di hati dan fikirannya.

"Sofya?" Sedar akan lamunan sang isteri, Shahmien cuba mengembalikan Saffrina ke dunia nyata.

"Huh? Ouh.... Tah. Tak tau." Air yang dipesan dihisap perlahan.

"Sayang jagan macam ni. Kita kena bincang baru masalah kita akan settle." Shahmien cuba memujuk tetapi usahanya gagal apabila Saffrina langsung tidak memperdulikannya. Sekadar keluhan yang mampu diluahkan.

Setengah jam berlalu, makanan yang dipesan sudahpun licin. Saffrina sibuk dengan iPhonenya bergitu juga dengan Shahmien. Hendak diajak pulang terasa terlalu awal. Hendak berbual pula tidak ada apa yang ingin dibahaskan.

"Excuse me? You Shah kan? I mean Shahmien Aiman bin Dato' Ridzhuan." Kedengaran suara wanita dari arah pandangan Saffrina.

"Yes I am, but who are you?" Seraut wajah yang ayu itu diteliti lama.

Saffrina turut meneliti tubuh itu dari atas hingga ke bawah. Mengenakan selendang labuh berwarna kuning kunyit menutupi dada dan digandingkan pula dengan jubah merah hati. Sungguh cantik dengan si pemakainya yang tinggi lampai. Gadis yang bergitu cantik dimatanya itu sedikit-sebanyak mengundang rasa cemburu dihati.

" This is me! Sofya Sarina. Your girlfriend during high school. You still remember me, right?" Sungguh teruja saat Sarina mengenalkan dirinya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan lelaki itu dan dia sangat merinduinya.

"Ouh ya! How are you?" Shahmien juga bergitu teruja akan pertemuan itu.

"Shah, aku tunggu kau dekat kereta." Tanpa menunggu sebarang balasan dari Shahmien, Saffrina terus melangkah pergi.

Bagaikan disiram dengan larutan Natrium klorida pada hatinya. Sakit, terkejut, takut dan bermacam lagi yang dirasanya. Kenapa perlu muncul disaat suaminya telah berjaya melupakan cinta lamanya? Saffrina benar-benar tidak mengerti.

setibanya dikereta, sekali lagi hatinya bengang. Kunci kereta lupa diambil. Keluhan kuat dilepaskan. Ketika itu pula sempat lagi Saffrina melihat dari arah yang dia datang bagi mencari kelibat Shahmien, namun hampa.

Hati yang semakin sakit ditahan agar tidak meletus. Pada masa yang sama, kelihatan sebuah taxi sedang menuju kearahnya. Taxi itu terus ditahan tanpa berfikir panjang.

Setelah memberi tahu destinasi yang ingin dituju, iPhone 6nya dicapai dan jarinya mula menari-nari di skrin tersebut.

'Kau lmbat lagi ke? Aq balik dgn taxi. Jumpa dekat rumah mummy je nanti.'

Perkataan 'send' disentuh sebelum iPhone itu dimatikan. Pesanan ringkas telahpun dikirim. Kepala disandarkan. Terasa berat saja kepalanya.

💨💨💨💨💨💨💨💨💨💨💨

Lewat yer gaisss?? X da alasan kali nih. Mls nk update. Lagipun, x dapat smbutan pun ICBH nih..
Macam nk stop pun ada.. hmmmmm....

Btw bintang tuh jgn lupa tekan yer ...

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Où les histoires vivent. Découvrez maintenant