BAB 51

6.6K 176 0
                                    

Punggungnya yang sudah melekat hampir satu jam di kerusi tersebut sudah mula naik kematu rasanya. Saffrina tidak senang duduk dari tadi.

Kepalanya ditunduk rapat memandang kaki sendiri. Jari jemarinya pula masih lagi bergaduh antara satu sama lain. Kejap-kejap jari kanannya mengatur jari kirinya seperti tangga. Ada juga yang kata seperti ketam. Tidak puas dengan itu, dipatah-patahkan jarinya sehingga mengeluarkan bunyi yang mampu menarik perhatian Sarah di sebelahnya.

Keluhan berat dilepaskan kini, dia sudah tidak tahu untuk berbuat apa. Bosan ditamvah pula dengan rasa bersalah dan berdebar menghasilkan perasaan tidak tenang. Itulah yang ditanggung Saffrina.

Bersalah. Ya! Saffrina merasakan dirinya yang perlu dipersalahkan diatas apa yang telah menimpa Sarah sebelum ini. Jika dia dan keluarga tidak pindah, pasti Sarah tidak akan menerima nasib semalang itu. Bergitu perit dugaan yang terpaksa ditanggung Sarah.

"Kau okey tak ni?" Sarah menepuk paha Saffrina bagi mengembalikan roh wanita itu ke dalam jasadnya semula.

Sekilas saja Saffrina memandang wajah Sarah setelah soalan itu diajukan. Tidak ada rasa marahkah wanita di sebelahnya ini? Hidup wanita itu pernah sengsara kerananya.

"Kenapa kau baik dengan aku?" Soalan yang agak naif bagi Saffrina tapi tetap ditanya bagi mendapatkan suatu jawapan.

Senyum. Itu balasan dari Sarah. Dia tahu apa yang sedang difikir Saffrina. Faham benar dia dengan sikap Saffrina yang cepat rasa bersalah.

"Because you're my best friend." Tangan Saffrina digenggamnya kukuh seakan tidak mahu melepaskannya lagi.

"Walaupun..."

"Walaupun kau rasa kau yang bersalah? Kerana kau pindah, aku kena tangkap basah dan hidup menderita? Hmm?" Sarah memintas kata-kata Saffrina pandangannya tepat menikam anak mana Saffrina.

"Yaahh." Sayu saja Saffrina mengiakannya.

"Tak payah la nak fikir macam tu." Belakang tapak tangan Saffrina diusap lembut menggunakan ibu jarinya.

"Hati kau buat pada apa hah? Aku dah buat hidup kau sengsara Sarah. Kau kena dera, kena macam-macam. Tapi kau tetap tak marah aku? Kau terap anggap aku sahabat kau?" Tangannya yang dipegang Sarah dilepaskan dan bahu Sarah dipegang kedua-dua belah.

"Memang. Memang kau puncanya! Because of you. Kalau bukan sebab kau, aku tak akan ada apa yang aku ada sekarang nih. Harta, Damia dan juga kebahagian. Kalau bukan sebab kau, mungkin aku masih lagi digelar sebagai student." Sarah bersuara tegas. Damia yang mula melabuhkan punggung dipahanya, dipeluk longgar dari belakang. Anak matanya yang dihias cantik dengan contact lens berwarna gray menikam tepat anak mata Saffrina.

"Sof, listen to me. Semua tu dah berlalu. Aku anggap ianya takdir dalam hidup aku. Aku perlu harungi seribu satu cabaran untuk dapatkan suatu kebahagiaan. Bukan aku ja, tapi semua orang. Kebahagiaan tu takkan datang sendiri kalau kita tak cuba untuk cari dan berusaha untuk dapatkannya. Sama la macam kau. Kau takkan jumpa kebahagiaan kau kalau kau lari. Lari bukan suatu penyelesaian." Tenang saja Sarah memberi ceramah motivasi buat sahabatnya.

"I'm so sorry Sarah." Air jernih mula tumpah dari kolam mata Saffrina. Hatinya sebak. Sebelah tangan Sarah digenggam erat.

"It's okey. Kau tak ada salah pun dengan aku. Dah la, jangan nangis. Kau ingat ni cerita ombak rindu apa nak nangis-nangis. Tengok ni sayang, tak malu kan aunt ni? Dah besar panjang pun nangis lagi." Sempat lagi Sarah kenakan Saffrina.

"Aunt, please don't crying. You have a beautiful face and will be more beautiful when you smile." Lincah sungguh bibir kecil itu berceloteh dalam bahasa inggeris. Tapak tangannya yang kecil juga sudah berjaya menghapuskan air mata yang berkampung di wajah Saffrina.

Sarah tersenyum. Saffrina pula sudah merah padam wajahnya. Dipujuk oleh anak kecil, itu pengalaman pertamanya.

"Ermmm...ok. So, you want to say may face is so bad when I'm crying? Hmmhh?" Saffrina layan saja apa yang dikata sikecik itu.  Paling kurang, dapat menutupi rasa malunya.

"Sikit." Damia menjawab sambil tersengih. Hujung jari ibu serta jari telunjuknya pula hampir dicantumkan dan ditayangkan pada Saffrina.

Terhambur juga ketawa Sarah melihat gelagat Damia dan Saffrina. Saffrina juga turut ketawa meskipun dirinya yang terkena.

************

Bagasi pakaian yang besar ditarik dengan langkah yang perlahan. Tangannya mula berpeluh. Kini dia sudah berada di tanah airnya.

Saffrina melihat telatah manusia di sekelilingnya. Bermacam ragam. Bermacam drama.

Seorang anak muda yang sedang menangis teresak-esak sambil memeluk erat tubuh tua milik seorang wanita. Dua beranak barang kali. Ada lagi drama sedih dimana seorang lelaki memujuk atau dilebihkan kepada merayu dengan seorang perempuan yang memegang bagasi besar. Masalah percintaan la tuh.

Dilihatnya lagi ragam manusia yang lainnya. Ada sekumpulan remaja lelaki dan perempuan sedang bergambar dengan bersuka ria. Riak wajah mereka seperti tiada langsung masalah yang ditanggung. Tapi dalam hati mana kita tau kan.

Dilihatnya lagi drama secara live dan percuma di kawasan menunggu.

Seorang perempuan sedang bercakap sesuatu dengan seorang lelaki. Lagi seorang wanita dalam lingkungan 60-an sedang menjadi tunggul disitu. Nampak serius saja.

"Jom." Sarah menepuk bahu Saffrina dari belakang. Dia sudah selesai mengambil barang-barangnya yang banyak separuh alam.

Mereka bertiga jalan beriringan. Saffrina masih lagi leka memerhati drama yang terakhir ditontonnya. Susuk tubuh lelaki itu seakan dekat dengannya.

"I cuma nak pastikan je, salah ke?" Saffrina mula dapat menangkap suara dari perempuan muda itu apabila mereka semakin hampir.

"Memang la salah. Nanti kalau dia nampak you dekat sini macam mana?" Lelaki itu pula bersuara. Suara itu seakan dikenalinya. Langkah Saffrina terhenti. Bergitu juga dengan Sarah dan Damia.

"Kenapa you nak takut? Biar la. Biar dia tahu yang dia bakal dapat madu. Buat apa you nak rahsiakan? Nanti dia akan tau jugak tentang hubungan kita." Wanita muda itu terus bercakap laju apabila dia melihat Saffrina ada disitu. Masa yang sangat tepat.

Bagasi besar milik Saffrina terhempas ke lantai dan menghasilkan bunyi yang agak kuat. Patung burung hantu yang besar ditangannya juga turut jatuh.

Dia benar-benar tidak menyangka bahawa perempuan muda itu adalah Sarina dan lelaki itu pula sudah tentu lelaki yang dirinduinya. Wanita tua itu tidak dikenalinya, tapi dari iras wajahnya dia yakin bahawa perempuan tua itu adalah ibu kepada Sarina.

Shahmien yang mendengar kesan bunyi tersebut, terus berpaling muka tanpa sempat membalas apa-apa. Dia tergamam disitu. Tidak disangka akan bertemu muka dengan Saffrina secepat itu.

"Sayang, sayang dah balik?"  Shahmien cuba mendekat untuk memeluk tubuh yang halal buatnya tetapi pantas dihalang Saffrina. Tubuh Shahmien ditolak.

"Jadi, ni lah jawapan awak?" Air mata Saffrina mencurah laju.

"Sayang ni tak.."

"Tak apa. Saya dah cakap yang saya akan terima apa saja jawapan awak. Semoga awak bahagia dengan dia. Ni hadiah untuk awak. Selamat hari lahir. Sarah jom balik." Usai berkata, Saffrina terus berlalu pergi. Air mata yang bercucuran dibiarkan turun.

Shahmien cuba mengejar tapi cepat saja dihalang Sarina. Peluang keemasan itu digunanya sebaik mungkin. Datin Vida pula tersenyum puas. Air mata yang lama diidamkan, akhirnya mencurah juga di depan matanya.

Sedang Saffrina berjalan laju untuk beredar dari situ, Danial muncul dengan muka cemas.

"Adik, kau kenapa ni?" Terasa pedih hatinya apabila melihat mutiara jernih itu turun dari tubir mata adik kesayangannya.

"Bawa adik pergi dari sini." Saffrina pinta dalam sedu.

Danial akur. Biarlah adiknya hilangkan rasa sedihnya dulu. Sarah dan Damia ikut dari belakang.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now