BAB 7

7.6K 230 8
                                    

"3 hari lepas ada orang datang merisik adik." Tanpa berlengah Pn. Melur terus membuka bicara ke tajuk utamanya. Risau jika tidak diberitahu dengan segera akan tertangguh lagi niatnya.

"3 hari lepas? Amboih bu, lamanya masa ibu ambil untuk bagi tahu adik?" Tersentak Saffrina dengan kenyataan ibunya. Sudah la dia baru sahaja pulang, tetiba ibunya pula membawa perkhabaran bergitu. Bukan tersentak dengan perkhabaran merisik itu tetapi tersentak dengan tempoh yang diambil oleh Pn. Melur untuk memberitahunya." By the way siapa yang masuk merisik tu ibu? Adik kenal dia tak?" Soal Saffrina lagi, santai sambil tangannya lincah menyapu skrin iPhonenya.

"Ibu tak sempat nak kasi tahu adik. Adik kan sibuk je dengan cafe"

"Sorry bu, adik tak sempat nak luangkan masa adik dengan ibu sehari dua nih. Tempahan banyak sangat yang adik nak kena siapkan. Tapi ibu jangan risau, adik dah suruh kak Syaza cari pekerja baru dah. Nanti adik akan lebihkan masa adik untuk ibu okey?" Perasaan bersalah mula menjerut hatinya. Apa guna dia sebagai anak bongsu jika tidak meluangkan masa yang lebih untuk insan yang melahirkannya. Tambahan lagi dia merupakan anak perempuan. Pasti ibunya kesunyian sepanjang kesibukannya.

"Janji?" Soal ibunya serious.

"Janji!"Tangannya yang tidak lagi memegang iPhone diangkat dan jari telunjuk serta jari hantunya ditegakkan.

Pn. Melur senyum melihat gelagat anak gadisnya. Saffrina lah satu-satunya anak gadis yang dia ada. Saffrina sentiasa ada untuknya dan Saffrina jugalah anak yang paling manja dalam keluarga mereka. Meski dia tegas dalam menjalani kehidupan hariannya, namun manjanya akan wujud apabila dia bersama ahli keluarganya sendiri.

"Ouh ya, siapa bu yang datang merisik adik tuh?" Saffrina kembali ke tajuk utama setelah jauh terpesong. Tangannya kembali mencapai iPhonenya.

"Anak kepada kawan lama ayah dengan ibu. Nama dia kalau tak silap ibu, Shahmien Aiman." Bagaikan disambar petir. Dunianya terasa kelam secara tiba-tiba apabila nama itu disebut." Muda lagi dik. Umur dia baru 24 tahun." Pn. Melur yang tidak tahu apa-apa soal permasaalahan yang dihadapi Saffrina rancak saja berkata-kata sedangkan Saffrina bagaikan mahu pitam.

"I..ibu bi..biar betul bu. Ibu silap nama tak?" Tergagap Saffrina ketika ingin melontarkan kata.

"Mana ada silap. Batul la tuh nama dia. Shahmien Aiman. Kenapa? Adik kenal ke?" Soal Pn. Melur pelik dengan sikap anak daranya yang terkejut beruk bila disebut nama anak lelaki kepada Dato' Ridzhuan dan Datin Maria itu.

"Huh? Eh, mana kenal pun ibu! Adik terkejut saja. Nama sama macam kawan adik." Dalih Saffrina

"Jangan-jangan yang ini kawan adik tu tak? Okey la tuh. Adik dah kenal dia so boleh la jadi suamu adikkan?" Pn. Melur tersenyum memandang Saffrina.

"Mustahil la ibu. Adik tak rasa dia tu kawan lama adik. Lagipun kawan lama adik tuh dah arwah dah." Tipu Saffrina. 'Sorry ibu, adik tipu. Adik taknak ibu tau kisah silam adik. Tapi, kejam juga aku nih. Baru je 3 hari lepas dia datang cafe aku, tapi aku dah cop dia arwah. Huhuhu.' Saffrina bicara sendiri dihati.

"Ouh, tak kisah la dik. Yang penting esok petang adik kena jumpa dengan anak kepada kawan ayah tuh." Terbeliak biji mata Saffrina dengan apa yang disuruh oleh ibunya.

'What?! Jumpa dengan mamat tak guna tuh? Ouh no. Ni memang gila.' Tempik hati Saffrina tanpa ibunya sedar.

"Adik ta.."

"Tak ada alasan okey. Mau atau tak, adik kena juga jumpa Shahmien Aiman tuh. Ayah dah terlajak janji la sayang. Adik tolong ye? Pergi jumpa sekejap je." Belum sempat saffrina menghabiskan kata-katanya, Pn. Melur terlebih dahulu memotong laju. Kenal sangat dengan sikap anak gadisnya yang kaya dengan 1001 alasan itu, apatah lagi dalam soal risik-merisik bergini.
******************************
"Cik Saffrina? You Saffrina right?" Soal seorang lelaki yang baru saja tiba di restaurant itu.

 ISTERIKU CIK BURUNG HANTU ✔Where stories live. Discover now