Bab 26 : The "fate"

8.9K 108 30
                                    

(Umar POV)

"Umar! Aku cakap dengan kau ni!" Bentak Firash yang mencekak kolar bajuku.

Ya. Aku tak mampu meluahkan dendam yang aku simpan. Aku cuma berharap yang aku mampu berkata- kata seperti itu. Tapi tidak.

Aku yang baru tersedar dari anganan, meleraikan genggaman tangan Firash di kolar baju.

"Aku tak faham apa semua ni" Kataku.

Wajah Firash berubah. Tiba-tiba dia memegang kepalanya. Dahi berkerut. Seperti menahan sakit. Dia rebah lemah. Aku sambut pantas tubuh badannya.

Aku akan buat kau rasa sakit yang aku rasa, Rash. Itu harga yang kau kena bayar. Sekarang kau masih boleh bernafas dan hidup. Tapi selepas ni kau akan merayu untuk mati.

******

(Author POV)

Semua ahli keluarga Firash dan Marissa menunggu di ruang menunggu hospital. Marissa pandang satu persatu wajah mereka. Semuanya tampak risau dengan keadaan Firash. Tetapi ada seorang manusia yang kelihatan tenang.

Marissa perhatikan dia. Dia sedang berbual di handphone nya. Kedengaran pintu zon separa kritikal terkuak luas. Seorang lelaki berpakaian doktor menuju ke arah mereka.

(Marissa POV)
"Ahli keluarga Encik Firash?" Tanya doktor itu. Semua mengangguk.

"Macam mana keadaan dia, doc?" Tanya Mak.

"Keadaan dia dah stabil. Tapi dia perlukan banyak rehat untuk dia cepat sembuh. Tiada apa-apa kesan di kepala. Itu sebenarnya hanya proses untuk pesakit yang lupa ingatan. Tetapi saya tetap nasihatkan dia untuk tidak memulihkan ingatan dia. Takut akan mempunyai kesan di kepalanya." Jelas Doktor.

"Dah boleh jumpa dia ke doktor?" Tanyaku. Aku melihat Farith berlalu pergi selepas perjelasan daripada doktor. Aku biarkan dia. Mungkin ada perkara yang dua beradik ini sembunyikan.

"Boleh. Tapi hanya 2 orang sahaja dulu dibenarkan. Pesakit memerlukan rehat yang banyak."

"Esok saya akan pantau keadaan pesakit. Kemudian jika tiada masalah, pesakit akan dipindahkan ke wad biasa" Jelas Doktor.

Doktor itu meminta diri meninggalkan kami.

"Mak, Rissa cari Farith kejap ye." Mak mengangguk perlahan. Tangan Mak aku genggam memberi semangat kepadanya. Terus aku pergi mencari si Adik yang entah kemana menghilang.














❤❤❤ Vote & comment ❤❤❤

**Author Note**

Hiiiiiiiiii semua. Long time no see ehh. Sorry sangat sangat sangat sebab dah lama tak update. Maybe korang pun dah lupa pasal cerita ni. TAPiiiiiiii THANK YOU SO MUCH untuk pembaca, pengomen dan tukang like like yang baru dan lama yang setia menanti. Cewahhhh! Fyi, saya buat cerita ni masa umur 17 /18 tahun mcm tu. Yes dak2 hingusan lagi tauu. Tapi now dah 21. Dah kerja. Dah lawaaa (ehh ni tak. Bohong jerrr)

Anyways, sorry cerita pendek sangat bab ni. Sebab dah lama gilaa. So lupa apa motif cerita ni. Jadi saya MINTA MAAF jika ada yg tersilap ke. Tersalah scene ke. Sis hentam je ni. Heheh. Stay tuned ye.

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now