Bab 16 : Lamaran

19.5K 268 42
                                    

Aku turun daripada bas menuju ke pejabat. Aku lihat jam tanganku. 7.50 am

Arghhh! Lambat dah

Aku sengaja siap lambat hari ini. Pagi tadi Farith menelefon aku. Niatnya untuk menjemput aku ke pejabat. Tapi aku tolak. Aku tidak mahu Ayah salah sangka. Lagipun Farith masih tidak mengenali keluargaku. Memang tak kenal, maka tak cinta. Tetapi dalam keadaan Ayah yang masih dingin denganku, aku membatalkan niat untuk perkenalkan Farith kepada keluargaku.

Aku berjalan laju memasuki lobi utama Ails Holdings. Setiba di lif, aku menekan punat arah keatas. Tak lama kemudian, pintu lif terbuka dan aku masuk ke dalam. Apabila pintu lif hendak tutup, ia terbuka kembali. Seseorang muncul disebalik itu. Seorang lelaki yang aku kenal. Dia berdiri sebelah aku. Langsung tidak memandangku. Aku hairan.

Marah kat aku ke? Hmm...

"Good morning, bos!" Tiada respon. Aku memandangnya. Aku mencuit tangannya. Terus dia memandangku dengan muka pelik.

"Awak marah saya ke sebab tak bagi awak ambil saya? Awak kena la faham saya. Jangan laa diam je." Kataku. Aku lihat lelaki itu masih hairan.

"Miss. Saya rasa miss dah salah orang ni." Ujar lelaki itu.

Aku terus ketawa terbahak-bahak. Sampai senak rasanya perut.

"Aduh bos ni. Pandai buat lawak kan? Hish. Cubit kang." Aku menjegil mata sambil ketawa pada lelaki tadi.

Tinggg!!

Pintu lif terbuka. Aku tergamam. Aku memandang lelaki disebelah kemudian aku memandang lelaki dihadapanku pula.

Oh my.......


******


Umar berdiri dihadapan pintu lif. Tangannya menahan pintu lif itu daripada tertutup. Niatnya ingin menjemput abangnya di lobi. Namun apa yang dilihatnya kini membuatkan dia terkejut dan mati akal.

Abang ingat ke?

Abang kenal dia tak?

Rissa ingat dia tak?

Bermacam lagi soalan dalam kepalanya tetapi dia tepis jauh. Yang penting abang kandung yang satu-satunya dia ada, berada disini. Bersama dia. Untuk memajukan syarikat arwah Daddy mereka, Tan Sri Fakhrul Ridhuan.

******

"Rissa. You're late." Lamunan aku terhenti. Aku kembali memandang dua orang lelaki di hadapanku.

"So, this is Rissa. Marissa. Orang yang buat adik kesayangan saya ni tak tidur malam." Ujar lelaki itu sambil ketawa kecil. Dia menepuk perlahan bahu Farith.

Adik? Tanyaku di dalam hati

"Oh. Sorry. I'm Firash. Firash Uthman. Umar's brother. " Lelaki yang bernama Firash hanya senyum kepadaku. Tiada salam perkenalan.

'Firash Uthman. Nama ni......'

******

Umar termenung di kerusinya. Kejadian pagi tadi membuat dirinya tak tentu arah. Bermacam perasaan timbul. Serabut, takut, risau . Semuanya ada.

"Ehh. Kau bila sampai? Ingatkan nak jemput kat lobi tadi." Tanya Umar. Memecah sunyi antara kami tiga.

"Saja nak naik sendiri. Tak perlu lah nak jemput. And by that, I found this beautiful young lady. Hahaha... ehh. Alamak! Bro, melawak je okey."

Umar menyirap darahnya bila Firash memuji Marissa. Dia memandang tajam Firash. Marissa dipandangnya. Senyap.

"Hmm. Shall we? And Rissa, make 2 coffee please." Kata Umar. Tegas suaranya. Umar dan Firash berlalu pergi ke bilik Umar. Meninggalkan Marissa yang masih bingung.

Umar tersedar daripada lamunannya apabila ada ketukan pintu dan suara yang meminta izin untuk masuk. Dia membetulkan kedudukannya. Pura-pura memyibukkan diri.

"Come in." Jawab Umar. Pintu dikuak. Umar tidak memandang orang yang masuk ke biliknya. Dia masih berpura-pura sibuk.

"Bos. Ini dokumen yang bos minta tadi." Kata Marissa. Dia meletakkan dokumen di atas meja.

"Okey. Thank you. Anything else?" Umar mengangkat mukanya. Dipandang wajah perempuan yang membuatkan hati dia sentiasa tenang.

******

"Okey. Thank you. Anything else?"
"Nothing boss." Balasku. Farith kembali sibuk dengan kerjanya. Aku meminta diri untuk keluar. Aku duduk di ruang kerjaku. Keluhan aku lepaskan.

Kenapa mulut ni susah nak cakap bila dia pandang aku? Hishhh!! Gumamku di dalam hati sambil menepuk mulut sendiri berkali-kali.

Sejujurnya aku ingin bertanya tentang abang dia. Ya! Firash Uthman. Nama tu. Nama yang dah lama pergi daripada hidup aku...

Nafas aku tarik dan lepas perlahan. Its okey. Ada masa lagi.

******


Aku merebahkan diri di atas katil.

"Ahh! Penatnyaa."

Aku berguling di atas katil. Penat seharian bekerja walaupun sekadar PA. Kerja PA pun penat macam buruh buat bangunan tau. Dalam aku sedang menikmati masa bersama katil, bunyi Whatsapp masuk.

"Sapa kacau nii!" Gumamku.

Aku capai beg tanganku disebelah. Mula mencari phoneku. Selepas dapat, aku buka Whatsapp tadi.

Tuan Farith : Hey dear. Free tak malam ni? Jom dinner?

Marissa : Emm... Boleh. Free je. Tapi bos kena ambil saya jauh daripada rumah. You know the rule right?

Tuan Farith : Yes my lady. But can you take the rule back? I don't like it. Macam awak nak sorok saya daripada your parents. Why?

"Ehh mamat ni? Ada declare any relationship ke?" Gumamku seorang diri. Pelik dengan karenah Farith yang berubah sentiasa.

Marissa : Bos. Kita tak declare apa-apa pun kan? We just not more than boss and workers. Maybe just friends. Aren't we?

Tuan Farith : Tell me Rissa! What kind of bosses that have SEX with their own workers? Can't you see it?! Saya sayang awak, Marissa. Kalau macam tu, mula daripada hari ni, Farrah Marissa, can you be my girlfriend, my fiance and my future wife? And you kena kenalkan me as your future husband to your family. Or else, i will do it. By myself! Fullstop!

Aku mati akal. Tangan ingin membalas tetapi otak ku tak mampu berfungsi. Apa yang harus aku buat ni? Terima atau tolak?








❤❤❤Vote & Comment❤❤❤

Selamat malam. Hai. Sorry saya slow update. Otak tak mampu dah nak fikir. Start kelas, jadi berat je kepala. Plus, saya tak sihat sangat. Asyik batuk. Sakit kepala. Demam tak ada pun. Heheeheh. Sorry lagi sbb update ciput je. *dah la ciput, tak best pulak tu* Hmm sobss sobss.. Nanti, jika diizinkan, saya update byk2 ye. Kali ni tak tipu. Nanti saya lanje byk2 sebab nak raya dah. Huhuhuhu.

P/s: nak Rissa terima ke tolak? Kalau saya, better tolak. hehehehheheeh....

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now