Bab 19 : Gaduh

15K 232 42
                                    

Aku berlari masuk ke bilikku. Katil menjadi sasaran utama. Muka aku benamkan ke bantal. Jeritan aku tidak di dengari oleh sesiapa pun.

"Arghhhh!!" Aku tercugap-cugap mencari nafas. Habis bantal cadar tilam aku selerakkan. Aku ingin lepaskan geram yang ada.

"Tak gunaaa! Shhhhit! Sialllllll!" Aku maki lagi. Sambungan daripada makian aku dari bawah rumah tadi setelah mendapat khabar berita yang paling buruk dalam hidup aku.

******

"Rissa sayang. Balik dah nak. Mari duduk sini." Ibu menegurku sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. Aku lihat ayah sedang duduk santai bersama surat khabar dan air kopinya. Aku lihat ibu pula menepuk ruang sofa disebelahnya untuk aku duduk.

Tanpa berlengah aku duduk disebelah ibu. Wajah ibu yang senyuman tak lekang dari wajahnya membuatkan aku tertanya-tanya apa yang ibu gembirakan sangat. Usai duduk disebelah ibu, ibu mengusap kepalaku. Jari-jemariku ibu genggam kemas.

"Ibu ada berita nak beritahu. Mesti Riss suka. Ibu harap Rissa terima ye nak." Ujar ibu.

"Apadia ibu?" Tanyaku. Tiba-tiba saja rasa takut dan gemuruh datang menyapaku. Namun aku tepis tepi.

"Tengah hari tadi. Ada rombongan meminang datang. Nak meminang anak dara ibu ni lah. Kalau Rissa setuju, akhir bulan ni akad nikah terus." Jelas ibu.

Mataku membutang terkejut. Mamat mana yang kacau hidup aku ni. Hishh!

"Ibu. Rissa muda lagi lah. Kenapa nak Rissa kahwin cepat ni? Ibu nak halau Rissa ke? Tak sayang kat Rissa dah?" Soalku. Hampir saja aku nak jatuhkan air mataku. Cepat terusik hati aku ni.

"Bukan ibu taa......" Belum sempat ibu membalas, ayah mencelah dulu.

"Haaa. Memang aku nak halau kau pun. Hidup pun menyusahkan orang. Nanti kalau kau dah berlaki, kurang beban aku tanggung dosa kau."

"Lagi pun kau tak malu ke berpelukan dengan orang yang tiada ikatan apa-apa dengan kau?! " Bentak ayah.

"Apa maksud ayah?" Soalku pula. Aku lihat ayah melempar sampul berwarna putih. Aku ambil lalu aku lihat isi dalamnya.

Tak kan laa? Gambar ni....

"Haa.. Apa kau nak cakap lagi haa? Cukup elok dah perangai kau ni? Dasar anak tak kenang budi!" Jerkah ayah lagi.

Aku diam. Air mataku mulai mengalir turun. Gambar-gambar tadi aku genggam kuat. Sakit hati mula bertapak. Ibu disebelah hanya mampu mengusap belakangku. Ah! Ibu mana berani menentang ayah.

Gambar tadi aku tatap lagi. Memang betul aku berpelukan tapi gambar ni selepas aku graduasi. Aku dan Sherry ke club. Mana mungkin ada orang yang aku kenal disitu. Argh! Serabut!

"Aku tak kira keputusan kau. Kau tetap kena kahwin. Muktamad!" Arah ayah tegas. Aku memandang ayah dengan mata yang merah menahan geram. Air mataku masih lagi menurun laju. Terasa dengan paksaan ayah. Terasa dengan kewujudan gambar yang secara tiba-tiba. Terasa dengan ibu yang hanya berdiam diri.

Aku bangun berdiri menghadap ayah. Gambar-gambar tadi aku koyak rakus dihadapan ayah dan ibu. Beg aku capai. Terus aku berlari ke atas. Menuju ke bilikku. Aku hiraukan suara ibu yang memanggilku.

Aku perlukan masa. Tolonglah....

******


(Firash POV)

Aku duduk di bangku luar rumah. Deruan kereta seseorang memasuki ruang parkir rumah. Orang yang baru keluar dari kereta aku renung tajam. Satu hari tak balik budak ni.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now