Prolog

28.9K 371 4
                                    

Ting ! Ting !

Kedengaran bunyi whatsapp masuk. Aku berlari ke ruang tamu untuk melihat siapa si penghantar Whatsapp itu. Aku membuka pattern lalu aku mula membaca.

Abang sado: Adik, Kita jumpa kejap boleh? Kat tempat biasa. Ada something abang nak beritahu.
Time : 2.40 pm

Marissa : Okey, tapi cepat tau. Saudara Rissa nak datang. Otw. Time : 2.43 pm

Sent

Aku bergegas naik ke bilik untuk bersiap. Apabila aku ingin melangkah keluar rumah, ibu menegurku.

"Rissa. Nak pergi mana sayang? Kan kejap lagi maklong nak sampai." Kata ibu sambil berjalan menghampiriku.

"Rissa nak jumpa kawan. Kejap je. Okey ibu. Nak cepat ni."Balasku. Aku menyalami ibu kemudian terus mengayuh basikal ke tempat perjumpaan kami.

Tiba di tempat perjumpaan. Aku memandang sekeliling.

Sunyi. Sepi.

Taman permainan ini memang macam ini. Sentiasa sunyi sepi. Bukan berhantu ke apa tapi tidak ramai orang mahu ke sini kerana alatan permainan tidak mencukupi.

Mereka memilih taman permainan yang jauhnya 15 minit dari rumah untuk beriadah dan kemudahan alatan permainan yang jauh lebih menarik dan banyak.

Aku menekan punat telefonku.

3.50 pm??

Sudah sejam lebih aku tunggu Abang Firash disini. Abang, mana abang ni? Aku membuka aplikasi whatsapp dan mula menaip.

Marissa : Abang. Dah lebih sejam adik tunggu ni! Abang jadi jumpa adik ke tak? Time : 3.52 pm

Aku sent. Tiada jawapan atau double tick. Aku lihat last seen Abang Firash.

Last seen today at 2.45 pm

Mana abang ni? Aku mula gelisah. Setelah lama aku biarkan, aku menekan punat handphoneku. Mencari nama Abang Sado. Sudah jumpa, aku menekan call.

Hanya operator yang bersuara. Aku mencuba lagi sekali tetapi operator yang menjawab lagi. Aku biarkan. Mungkin jammed kot? Aku bermonolog.

Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aliya? Kenapa call aku pulak budak ni? Bebelku kemudian terus menjawab call yang asyik berbunyi.

"Haa, kenapa call aku ni?" Tanyaku

"Weyy. Kau tak tahu ke?" Tanya Aliya. Ehh budak ni. Aku tanya dia, dia tanya kita balik.

"Tahu apa? Kau jangan main-main boleh? Mood aku tak elok ni!" Bentakku. Dah lah dengan orang yang janji tak datang, minah ni pulak main-main !

"Okey okey. Aku dapat tahu dari group whatsapp yang Abang Firash accident tadi. Kat simpang traffic light dekat dengan rumah kau tu. Diorang kata meninggal dunia kat situ jugak." Jelas Aliya.

Tidakkk ! Aku rebah. Namun tiada siapa pun yang menolong. Aku keseorangan.

Aa--bang-- ke--napa...?

Aku menangis. Sekuat-kuatnya. Aku seorang. Hanya aku. Tiada lagi tempat untuk aku mengadu. Tempat untuk aku menagih kasih sayang. Tempat untuk aku gelak tawa.

Hatiku sakit. Aku kehilangan seorang abang, seorang kawan dan seorang kekasih. Kekasih yang aku cintai.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now