Bab 5 : Benci !

16.1K 379 24
                                    

"Arghhh ! Benci ! Benci ! Benci !!"

Pintu aku hempas. Cadar tilam aku tarik. Aku menyerang pula peralatan makeupku di meja makeup. Habis semua berantakan. Aku terduduk dibirai katil. Kemarahan aku masih bersisa.

Kenapalah aku mesti terjumpa dengan jantan tu !

Aku mengetap gigi. Mata aku pejamkan. Mengingat kembali sejarah hitam aku.

******


"Come on baby. Takkan itu pun you tak boleh buat? Emm..." Bisik Syahrul lembut. Pandangan matanya memandangku dari atas hingga bawah. Tidak sedikit pun pandangannya beralih daripada aku. Lalu bahu aku diusapnya perlahan. Rambutku dibelainya.

"Please baby. I can't do this. What if i pregnant? Or what if you ada penyakit? You kata you taknak pakai protection." Jawabku.

Aku mula menjarakkan diri daripadanya. Aku memeluk tubuhku. Takut diapa-apakan. Aku memandang Syahrul sekilas. Riak mukanya tampak tidak puas hati dengan jawapan aku.

Lelaki tahu nak seronok je. Huhh!

Syahrul melepaskan keluhan.

Kuat.

"Sayang, you kata you sayang i. You sanggup buat apa saja for me. But now?? This is how you treat me?" Kata Syahrul kesal. Dia meraup mukanya. Lagi keluhan kedengaran.

Aku hanya menunduk kepala. Aku takut. Aku taknak. Aku tak suka. Itu sahaja yang bermain dalam fikirkanku.

Baru saja aku ingin melangkah ke pintu bilik hotel, tangan aku direntap kasar. Terus aku dibaringkan ke atas katil. Sekelip mata saja tubuh badan tegap Syahrul berada di atas tubuh badanku.

Aku tidak dapat bernafas. Aku cuba meronta untuk dilepaskan tetapi tidak berjaya. Siapalah aku dibandingkan dengan kudrat seorang lelaki. Esakan aku mula kedengaran.

Tidakk ! Aku tak rela !! jeritku di dalam hati.

Tangan Syahrul mula menjalar ke dalam blouseku. Dadaku diramas kasar. Mukanya dibenamkan ke leherku. Terasa nafas nafsunya semakin kuat. Apabila satu kucupan kasar mula terasa dileher, aku menolak kasar tubuh badan Syahrul. Tetapi Syahrul tetap mengikut nafsunya.

"Please baby. I want you...." bisik Syahrul pada telinga kananku. Ciuman demi ciuman pada leher aku. Tangan aku masih kuat menolak dada bidang Syahrul.

Kuatkan semangat kau Rissa !

Seraya itu, lutut aku yang berada rapat pada perut Syahrul mula bertindak. Syahrul mengaduh. Perbuatannya terhenti seketika.

Aku bangkit dari baringan untuk melarikan diri namun terbantut apabila tangan kasar merentap tanganku.

Panggg!!

Aku terdiam. Aku terduduk dibirai katil. Pipi kiriku mula terasa pedih. Airmataku mula bertakung. Syahrul yang masih bingung aku pandang geram. Dengan pantas Syahrul cuba untuk memujukku dengan memegang pada pipi kiri aku yang ditamparnya tadi. Aku menepis tangannya.

"Sampai hati you kan?! Cukup lah maruah I dah murah disebabkan keadaan sekarang!! Now you nak naik kaki dan tangan kat I pulak? How could you?! " Bentakku.

Airmata aku biarkan mengalir. Mata aku pejam. Tak sanggup melihat muka lelaki sialan itu dengan keadaan begini.

"I'm ss-sorry. I didn't mean to do that. I tak sengaja s-sayang." Tergagap Syahrul. Riak mukanya yang kesal dengan tindakannya yang menampar muka aku.

Lantas aku bangun dari birai katil. Aku mengambil beg tanganku kemudian terus pergi meninggalkan Syahrul sendirian.

Arghhh! Aku benci kau, Syahrul Redza !!!

******


Tokk! Tok! Tok !

"Rissa. Ni ibu, nak. Rissa okey ke? Kenapa bunyi bising tu? Rissa jatuh ke?" Tanya ibu bertubi-tubi dari luar bilik.

"Tak ada apa-apa ibu. Ada binatang masuk tadi." Bohongku. Aku mula mengemas bilik yang macam medan perang.

"Baiklah. Ibu turun dulu ye."

Aku mengeluh kuat. Malu masih terasa apabila mengenangkan kejadian di lobi pagi tadi. Malu yang teramat sangat. Tangan aku genggam.

Go die, you son of a bitch !

******

(Author POV)

"I will be back soon. Do clear all my schedule for next week. Bye. " Panggilan telefon dimatikan Umar.

Matanya dipejamkan seketika. Letih mungkin. Sebagai pewaris utama Ails Holding, memang telah menjadi tanggungjawab Umar untuk menaikkan nama dan taraf syarikat. Tetapi sekarang ni ada masalah yang lagi penting.

Farrah Marissa.

Nama yang sentiasa dia rindukan. Wajah yang sentiasa dia bayangkan.
Wajah polos Marissa bersilih ganti.

'Ahh! Jangan! Kang aku kena mandi wajib pulak.' Bisik Umar di dalam hati.

Umar tersenyum. Namun senyumannya mati apabila teringat kembali laporan harian Farrah Marissa oleh orang upahannya.

"Dia datang office hari ni bos. Syiela kata dia nak jumpa bos. Tapi dia bohong kata dia tu kawan baik bos yang baru sampai Malaysia dan nak buat surprise kat bos. Pandai dia ni bos. Hehehe..." Terang Hakem panjang lebar ditambah pula dengan gelaknya.

"Tapi tentulah dia tak dapat bos sebab bos outstation. Lepas tu something happened." Tambah Hakem. Kali ini Umar memasang telinganya betul-betul.

"Anak Dato Shamsul datang tadi bos. Dia sekarang CEO TZ Holding. Saya tak tahu apa tujuan dia tapi Marissa nampak tak puas hati dengan dia." Jelas Hakem.

Umar bingung. Apa kaitan Rissa dengan anak dato tu? Arghh!! Gumam Umar sendirian.

"Saya ada rakam tadi bos. Memang jadi scene panas kat situ." Tambah Hakem lagi.

Panggilan dimatikan. Video 'panas' dihantar oleh Hakem kepada Umar melalui media sosial Whatsapp. Umar tekan pada video tersebut untuk download.

Tidak berapa lama selepas itu, Umar menekan video untuk dimainkan. Sejurus itu, mata Umar terus membutang. Terkejut dengan scene 'panas' oleh dua orang pelakon drama pagi tadi.

"Fuck you ! Berani kau sentuh Marissa! Ini memang cari mati !!" Tempik Umar. Bergema suaranya di dalam ruang pejabat.

Telefon iphone 6 melayang ke dinding ruang kerjanya kemudian terus menyembah lantai.

Tangan kanannya digenggam kuat. Muka Umar yang tadinya penuh senyuman bertukar menjadi sebengis-bengisnya. Umar terus mencapai telefon milik pejabat.

Huh ! Nasib laa melayang dah phone tu. Kalau tidak, aku pecahkan telefon tu dengan tangan aku ! Gumam Umar sambil jari-jemarinya ligat mendail nombor.

Dia menunggu panggilan untuk diangkat. Tak lama kemudian, suara kedengaran.

"Helo. Hakem here." Jawab Hakem.
"Helo Hakem. Ini aku, Umar."

"Laa, bos ke. Ingatkan awek mana call pulak. Hahaha. Ada apa bos? Nombor mana ni?" Kata Hakem. Boleh pulak buat lawak budak ni.

"Aku ada kerja untuk kau." Ujar Umar sambil tersenyum sinis.









❤❤❤ Vote & Comment ❤❤❤

Hellooooo gaissss!!
Thank for your votes and comments. Muuuaaahhhsss. Jangan lupa tekan votes dan komen apa-apa tau.
let me know if saya ada buat salah apa2.

Sorryyyy kalau cerita saya tak tiptop tauu *muka nangis*

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now