Bab 20 : Airmata lelaki

14K 238 94
                                    

IOI City Mall menjadi pilihan aku dan Firash. Sampai saja di situ, Firash terus mengajak aku membeli tiket wayang. Aku ikutkan saja lah.

"Awak boleh tengok cerita hantu?" Tanya Firash padaku. Aku hanya mengangguk sahaja. Dia terus berlalu ke kaunter tiket.

Selesai membeli tiket, kami turun ke aras yang menempatkan food court pusat membeli belah itu. Firash yang mengajak. Lapar sangat katanya.

Aku mencari tempat untuk kami duduk. Firash pula entah ke mana perginya. Aku duduk di meja yang aku pilih. Selepas 10 minit, bayangan Firash masih tidak kelihatan.

"Mana dia ni?" Gumamku. Aku semakin resah menunggu. Nombor Firash yang aku simpan tadi aku cuba telefon banyak kali tetapi tidak dapat.

Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mencari Firash. Aku lihat pada tiket wayang yang dibeli tadi. Firash yang beri tadi. Katanya simpan untuk masing-masing.

"Takkan dia pergi wayang terus tinggal aku?" Malas aku nak bertengkar seorang diri, aku terus menapak ke wayang. Dalam perjalanan ke wayang, aku lihat ramai orang berkumpul berhampiran pintu keluar ke tangga. Aku mahu hiraukan keadaan itu tetapi perbualan dua orang perempuan membuatkan aku berhenti berjalan.

"Kesian lelaki tu kan? Habis berdarah berlumuran kat situ." Ujar salah seorang perempuan disitu.

"A'ah kan? Kesian dia."

'Ya Allah. Kenapa rasa tak sedap hati ni?'

Aku terus mendekati tempat kejadian yang orang masih ramai ingin melihat apa yang terjadi.

"Minta semua beredar daripada kawasan kejadian. Tolong hormati arahan kami." Ujar salah seorang anggota polis. Aku masih mencari ruang untuk melihat.

Takkan lah.....

"Firash!" Jerit aku disitu. Mata aku memandang sekujur tubuh yang berlumuran darah bersandar di dinding. Orang ramai yang memandang dan berbisik tidak aku peduli. Anggota polis yang berada di hadapanku memandang hairan.

"Cik ni siapa? Cik kenal mangsa ke?" Soal anggota polis itu.

"Di...dia boss sa..saya..." Tergagap aku bercakap.

"Memandangkan Cik kenal dengan si mangsa, boleh Cik bekerjasama dengan pihak polis?" Aku mengangguk perlahan. Mata aku masih tertumpu pada Firash yang kadang-kala bergerak sedikit. Siapa buat dia macam ni?

******

Pintu bilik ICU aku pandang sekilas. Masih belum selesai. Derapan bunyi kaki menghampiri aku.

"Hai. How are you?" Tanya Farith. Selepas aku disoal siasat, aku terus ke hospital. Farith orang pertama yang aku contact untuk memberi tahu perihal abangnya.

"I'm fine. Tapi Firash. Dd-dia..." Lagi tangisan kecil aku keluar. Farith mengusap bahuku. Dia mengangkat daguku untuk memandang dia.

"Awak balik okey? Saya risau tengok awak macam ni. Firash tu abang saya. Biar saya je yang urus. Okey dear?" Farith memujukku. Sekilas aku lihat jam di tanganku.

7.15 pm

Lewat dah. Nanti ibu risau pula. Aku angguk perlahan. Farith mengusap belakangku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Ubun-ubunku dikucup perlahan. Dia kembali menjarakkan kami.

"Awak balik dengan driver saya okey? I know you still in shock." Aku mengangguk lagi. Pintu ICU aku pandang lama.

Semoga awak sembuh, Firash.

EUROSA : The Dark SideWo Geschichten leben. Entdecke jetzt