Bab 22 : Pulang

12.4K 221 60
                                    

**Media**

Farith Umar : Mario Maurer
(Baru balik dari Maldives tu. Honeymoon dengan sis. Hikss!)



(Umar POV)

Aku melangkah keluar dari pintu utama KLIA. Shades yang aku pakai aku buka sebelum disangkut pada ruang butang baju di dada.

"Bos! Bos!" Aku angkat muka. Kelihatan seorang lelaki yang aku sentiasa percaya untuk melakukan apa sahaja kerja yang aku arahkan meluru ke arahku.

"Welcome back, bos." Hakem menukar tempat denganku. Troli bagasi yang aku bawa bertukar tangan. Aku hanya membiarkan.

Aku terus masuk ke dalam kereta. Merehatkan diri yang penat. Jet lag lah katakan. Mahu tidaknya. Dari Maldives ke London. Kemudian pulang semula ke Maldives. Bersiap dan terus ke Malaysia.

Nak dikirakan, sudah 6 bulan aku menetap di Maldives. Dan kepulanganku ke sini tidak diketahui oleh sesiapa.

"Kita mahu ke mana bos?" Soal Hakem.

"Siapa ada kat rumah?" Soal aku pula. Aku lihat Hakem tiba-tiba cemas. Seolah dia sorokkan sesuatu.

"Hakem. Ada apa yang kau tak beritahu aku ni?" Soal aku lagi. Tegas.

Kelihatan Hakem menarik nafas dan lepas.

"Emm.. Bos. Ada sesuatu yang saya nk beritahu bos. Tapi bos jangan marah ye. Ada sebab kenapa saya sorokkan hal ni." Ujar Hakem.

Aku pandang Hakem tajam. Mata kami bertembung di cermin arah belakang kereta. "Haa. Apa dia?"

"Sebenarnya......."

******


(Marissa POV)

Aku tenung cincin yang tersemat di jari manisku. Sepatutnya aku rasa bahagia. Gembira.

Tetapi kenapa aku rasa kosong. Aku takut. Takut jika aku salah buat pilihan.

Ketukan pintu menghentikan lamunanku. Pintu dikuak.

"Rissa. Jom turun bawah. Nak tangkap gambar. Sekali dengan keluarga sebelah lelaki." Arah ibu.

"Ya ibu. Kejap lagi Rissa turun." Ibu kembali menutup pintu. Aku pandang lagi cincin tadi.

Tiba-tiba hati aku berdebar. Seperti sesuatu bakal terjadi.

'Ya Allah. Semoga semuanya dipermudahkan"

******

(Umar POV)

Kereta diparkir di bahu jalan berhampiran rumah.

Dari jauh kelihatan meriah suasana di perkarangan rumah aku.

Hati aku tiba-tiba terasa sebak. Airmata lelaki aku jatuh mengalir laju. Aku tepis sedikit tetapi makin laju turun membasahi pipi.

Tak sangka hanya sebab seorang perempuan, airmata seorang lelaki mudah jatuh.

"Bos..." Aku berdehem sambil menepis airmataku. Kemudian aku pandang Hakem.

"Bos nak pergi mana-mana selain berada disini ke? Kalau nak, saya bo....."

"Takpa. Aku taknak. Mari. Kita pergi ke rumah. Aku tidak mahu melepaskan hari bahagia abang aku." Ujarku. Hakem hanya mengangguk.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now