Bab 3 : Mimpi

19.3K 331 4
                                    

Aku termenung. Memikirkan maksud mimpi semalam. Sarapan pagi yang terhidang, tidak aku usik.

"Rissa, kenapa tak makan ni? Anak ibu sakit ke?" Tanya ibu.

"Ehh, Rissa okey je, ibu." Jawabku.

"Dah tu makan lah. Penat ibu masak. Tak kesian kat ibu?" Pujuk ibu. Ibu ni. Dia tahu aku mudah lembut dengan pujukannya.

Lalu aku mengambil pinggan kemudian aku mula mencedok kuey teow goreng untuk ibu dan aku.

"Ayah mana, bu?" Tanyaku sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

"Ayah kamu dah keluar awal pagi tadi. Katanya majikan dia nak ke airport." Aku hanya mengangguk.

"Rissa bila nak cari kerja?" Tanya ibu.

"Entah lah, bu. Rissa tak ada mood lagi. Nanti-nanti lah. " Jawabku bersahaja. Bukan aku tidak fikirkan ibu dan ayah. Tapi aku mahu rehat dulu.

"Ibu ikutkan Rissa aje. Tapi ayah tu. Dia kan tua dah. Sampai bila dia nak kerja jadi driver tu. " Kata-kata ibu membuatkan aku lemah. Aku memandang ibu. Fikiranku bersilih ganti wajah ayah pula. Sungguh mereka sudah tua dan aku sebagai anak tidak berguna.

"Ibu boleh minta tolong ayah tanya pada bos dia. Kan bos ayah ada syarikat besar." Tambah ibu.

"Emm. Boleh lah. Apa salahnya cuba. " Kataku. Aku berhenti makan.

Aku mula mengemas meja. Ibu mengambil pinggan kami untuk dibasuh. Aku hanya mengemas apa yang patut. Lalu aku menuju ke bilikku. Aku merebahkan diri ke katil.

Termenung. Itulah hobi aku.

Semalam. Mimpi.

Aku mengeluh kecil. Fikiran aku merewang. Aku mengambil telefonku disisi.

Whatsapp. Scroll. Back
Wechat. Scroll. Back
Instagram. Scroll. Back

Typical rutin manusia zaman sekarang. Akhirnya, aku terlelap.

******


Sekian lama aku terlelap, aku bangun untuk membersihkan diri. Selesai membersihkan diri, kedengaran bunyi pintu diketuk. Kemudian suara kedengaran.

"Rissa. Tidur lagi ke, nak?"

"Tak, Rissa baru lepas mandi."

"Kejap lagi turun makan tengahhari tau." Laung ibu dari luar bilik.

"Okey ibu." Jeritku pula dari dalam bilik.

Usai memakai pakaian dan sedikit wangian, aku turun ke bawah seperti yang ibu suruh. Hidangan makanan untuk tengahhari telah pun siap terhidang. Ibu memang begini. Tertib dan lembut orangnya. Mahu saja aku hadiahkan trofi ibu mithali kepada ibu setiap tahun.

"Ingatkan tidur mati." Tanya suara garau datang dari belakangku.

"Tak pun." Jawabku ringkas. Aku mula mengambil tempat dimeja untuk bersantapan.

Nasi panas aku cedok untuk kami sekeluarga. Kemudian aku cedok lauk pauk pula. Mataku tertumpu pada makanan favourite aku iaitu udang masak sambal petal. Ibu datang dari arah dapur membawa sejag air oren dan gelas-gelas.

Aku perasan mata seseorang sedang ligat memerhatikanku. Aku terus menyuap makanan ke dalam mulutku. Ibu mengambil tempat duduknya di sebelah ayah.

"Bila kamu nak kerja?" Tanya ayah. Aku memandangnya sekilas kemudian meneruskan suapan makanan ke dalam mulut.

"Rissa kata dia nak rehat dulu, bang. Kita jangan la paksa dia. Kan Rissa baru habis belajar. Biarlah dia teman saya kat rumah ni dulu." Kata ibu. Aku tahu ibu akan membelaku.

Dari kecil sehingga besar, ayah memang tegas orangnya. Kata ibu, ayah teringinkan anak lelaki supaya senang untuk di didik dan untuk lindungi keluarga. Tetapi takdir ibu untuk mengandungkan anak perempuan. Bukan ayah membenciku, cuma dia tegas biarpun aku seorang perempuan.

Dari kecil ayah mengajar aku untuk mempertahankan diri sendiri tapi aku lebih memilih untuk mendiamkan diri. Lumrah seorang perempuan untuk mudah mengalah. Ibu pernah cuba untuk mengandung kembali tetapi ibu keguguran pada bulan ke-7. Ibu kata bayi itu bayi lelaki. Akibat keguguran itu, ibu tidak boleh mengandung.

Oleh kerana itu, aku diajar menjadi kasar dan tegas. Tetapi ibu selalu membelaku. Tatkala ini, aku mendengar keluhan kuat dilepaskan ayah.

"Sampai bila nak rehat? Sampai aku ni mati ke Maria? Awak jangan nak bela budak ni selalu. Sebab awak bela lah, dia naik lemak ! " Bentak ayah.

Aku mengerling ke arah ibu dan ayah. Suapan aku terhenti. Ibu seakan-akan memberi isyarat kepada ayah untuk mengawal kemarahannya. Aku cuba mengawal kemarahanku pula.

Aku yang mewarisi sifat panas baran ayah terus mengangkat punggung dengan membawa sisa makanan aku ke sinki sebelum suara ayah kembali menyergahku.

"Rissa ! Jangan kurang ajar ! Ayah tak habis cakap lagi !!"

Aku tidak mempedulikan amarah ayah. Lalu aku terus ke sinki, membuang sisa makanan dan membasuh tangan. Masih kedengaran ibu cuba menenangkan ayah namun aku tidak peduli.

Baru saja aku ingin melangkah naik ke bilik, suara ayah kembali mencucuk telingaku.

"Aku bagi kau tempoh seminggu ini untuk kerja ! Jika tidak, kau merempat lah dekat bawah jambatan!" Kata ayah. Pantas aku beralih muka ke ayah dan ibu. Aku melihat muka ibu berubah setelah ayah mengatakan ayat 'merempat bawah jambatan.' Hilang segala nama panggilan ayah anak. Hanya kau aku yang digunakan.

Sudah lah. Aku biasa dah.

Aku berlari anak ke bilik kemudian pintu bilik aku hempas dan kunci. Aku tidak mahu sesiapa pun mengganggu.

******


Aku menekan punat telefonku.

5.30 pm

Argh-- berapa lama aku tertidur.

Dengan mata separa buka, aku menuju ke bilik air. Apabila ingin mencapai tuala, kaki aku tersadung pada meja makeup. Habis bertaburan barang-barang keluar dari beg tangan yang berada di atas meja.

Shit ! Malang betul hidup hari ni. Gumamku.

Aku mengemas barang-barang namun terhenti apabila mataku tertancap pada sesuatu.

Kad? Ehh-- kad ni ---

Ails Holdings
Farith Umar
Chief Executive Officer

Whatt?! CEO?! Le--Lelaki yang langgar aku tu CEO? Kenapa nampak muda sangat? Getusku di dalam hati.

Bermacam-macam tanggapan aku buat tapi semua itu tak penting. Esok aku nak jumpa lelaki ni. Aku nak minta ganti rugi sebab langgar aku. Ganti ruginya, beri aku kerja lah.

Aku tersenyum. Aku mula menyusun strategi. Selesai mengemas barang-barang yang bersepah tadi, aku masuk ke bilik air. Kepala aku masih ligat mengatur ayat untuk bertemu dengan CEO muda itu.

Argh ! Aku mesti dapatkan kerja!

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now