Bab 9 : Aku kat mana?

16.3K 295 16
                                    

Kepala aku terasa berat. Tapi entah kenapa badan aku rasa selesa. Empuk je rasa. Perlahan-lahan aku buka mata. Aku pandang sekeliling. Dan tentulah ayat pertama ialah aku kat mana?

"Aku kat mana ni?" Ujar aku sendirian sambil memegang kepala yang masih berat. Aku buka mata seluas mungkin. Katil empuk? Bilik lawa?

Pantas aku memeriksa diri aku yang berbalut dengan selimut putih. Aku terkejut.

No ! No ! No!!

Tangan aku bergetar. Airmata mulai bertakung. Lagi sekali aku memandang tubuh badanku yang tiada seurat benang pun. Air mata sudah turun membanjiri aku. Aku mengekrot(?) di kepala katil sambil memeluk lutut.

Tangisan aku semakin menjadi apabila aku berasa sakit pada bahagian sulitku. Terasa perit teramat. Lagi sekali aku selak selimut untuk melihat punca sakitku.

Darah? Darah siapa? Takkan....












































"Rissa? Hey hey Rissa! Wake up!!" Farith mengoncang tubuh badan Marissa. Dia yang terkejut setelah Marissa jatuh pengsan. Marissa bergerak sedikit. Farith melepaskan rasa lega.

Setelah aku mula sedar sepenuhnya, pantas aku menjauhkan diri daripada Farith. Aku memeriksa tubuh badan kemudian memandang sekeliling.

Ehh? Tadi bukan kat bilik ke?

"Rissa, are you okey?" Tanya Farith. Dia cuba merapati aku.

"Ki-kita kat mana?" Tanya aku pula. Aku pandang ke hadapan. Pemandunya melihat aku dengan wajah bingung.

"Cik okey tak? Kalau tak, kita pergi hospital." Kata pemandu itu. Aku mengeleng.

"Rissa. Are you okey? Awak tiba-tiba pengsan lepas tu mula meracau. I'm dead worried about you." Ujar Farith. Memang jelas riak mukanya yang risau. Aku membetulkan baju dan kedudukanku.

Huh! Mimpi rupanya!

"Takpa. It's okey. I don't know what happened but i'm okey. Takpayah pergi hospital pun." Ujarku. Aku senyum kelat.

"Fuhh! Lega. I thought you ada apa-apa. Okey lah. Pak Hamid boleh jalan." Arah Farith. Kami pun meluncur keluar dari perkarangan pejabat.

"Err.. Tuan. Kenapa kita kena pergi rumah Tuan?" Tanyaku. Wajah aku tunduk. Masih malu dengan kejadian tadi. Tiba-tiba kedengaran bunyi gelak tawa.

"Hahahahahahahahaa!! Hahahahahahaha!!" Farith ketawa sepuas mungkin. Aku memandangnya dengan dahi berkerut. Gelak tawa Farith masih kedengaran. Dia memegang perutnya. Semakin perlahan gelaknya kemudian menaik semula.

"Hahahaha!! So tadi disebabkan saya sebut nak balik rumah lah? Hahahahahaha!!" Ujar Farith yang masih berdekah ketawa. Aku hanya tersengih.

Siapa tak terkejut kalau tiba-tiba baru kenal, dah bawa pergi rumah. Gila dia ni. Bebelku di dalam hati.

Farith membetulkan kedudukannya. Saki baki tawanya masih kedengaran. Dia tidak menjawab soalan aku. Aku malas nak peningkan kepala, jadi aku hanya diam. Semakin lama, hanya bunyi radio di antara kami. Tiada tawa. Tiada bualan.

******

Aku turun dari kereta. Melopong aku bila melihat sebuah rumah banglo 3 tingkat yang besar dan cantik. Dengan pemandangan seperti berada di puncak bukit, membuatkan aku ingin berada disini. Aku lihat Farith sudah pun berada di pintu rumahnya. Dia berpaling ke arahku. Dia senyum. Tiba-tiba aku rasa kaki aku hilang pertimbangan akibat panahan senyuman milik Farith. Hampir saja aku hendak tersungkur, cepat aku berpaut pada tiang yang ada disitu. Menjadi pusat daydreaming dah dekat tiang tu.

"Cik Rissa..." Suara seseorang menegur aku. Aku yang masih memeluk tiang dengan perlahan membuka mata. Sejurus itu, aku memang rasa betul-betul nak jatuh.

"Cik Rissa tak dapat peluk saya, dapat peluk tiang rumah saya pun jadi?" Seloroh Farith. Aku hanya tersengih. Tiang yang aku peluk dilepaskan.

Malunya aku!!! Jeritku di dalam hati.

Aku hanya mengikut langkah Farith ke dalam rumahnya. Muka aku masih tunduk.

'Tandas mana tandas? Aku nak sorok muka dalam jamban.' Kataku di dalam hati.

"Have your seat my dear." Arah Farith.

My dear? My dear?!

Amboi, tiba-tiba je my dear ni? Bebelku di dalam hati.

Farith hilang disebalik dinding belakang. Tinggal aku. Aku mula menghayati seni rekaan rumahnya.

Cantik. Bersih.

Itu pandangan aku mengenai rumah Farith. Boss aku. Tapi takkan rumah banglo sebesar ini duduk seorang kan?

"Assalamualaikum." Aku mengangkat muka. Kelihatan seorang wanita tua yang tersenyum manis sedang berdiri dihadapanku. Aku lihat di tangannya dia membawa secawan air. Aroma teh manis semakin menaikkan selera aku. Wanita tua tadi melabuhkan punggung disebelah aku. Cawan tadi dia letakkan di atas coffee table.

"Anak ni nama apa? Asal mana?" Soal wanita itu.

"Nama saya Farrah Marrisa. Boleh panggil Farrah je. Saya asal KL." Aku hanya tersenyum.

"Ohh.. Ehhh, makcik lupa pulak. Jemput laa minum." Jemput wanita itu. Seraya itu aku menghirup air teh perisa strawberry itu. Sekali hirup memang tak puas. Seronok bersembang dengan wanita yang hanya ingin dipanggil Mak, tiba-tiba suara seseorang menyapa kami.

"Amboi. Seronoknya Mak dengan Rissa sembang." Farith yang entan muncul daripada mana, mengambil tempat di kerusi single -seater hadapan kami.

"Bukan selalu Mak dapat sembang. Nak harap kamu dengan Ayah, sampai kesudahlah." Nada suara Mak seperti merajuk. Farith ketawa kecil sebelum dia melutut dan mencium tangan Mak.

"Alolo.. Mak jangan laa merajuk. Nampak kedut tu." Seloroh Farith. Bergema ruang tamu itu dengan ketawa kami bertiga.

"Farrah makan tengahhari kat sini ye. Untung Farrah sebab Mak masak lebih hari ni. Makan disini ye nak." Pinta Mak. Aku memandang wajah Mak kemudian Farith.

Hishh. Dia kenyit mata kat aku.

Akhirnya aku mengangguk setuju. Wanita tua yang aku mulai selesa panggil Mak itu kelihatan gembira. Tapi ada seorang lagi yang paling gembira, Farith.

Mak meminta diri untuk ke dapur. Aku ingin mengikutnya tapi dihalang oleh Mak. Dia kata lebih baik aku bersembang saja dengan Farith. Aku hanya akur.

Selepas Mak ke dapur, hanya tinggal kami berdua di ruamg tamu yang besar ini. Diam. Sunyi.

"Ehemm.. Emm, so you dah sedia nak jadi PA saya?" Tanya Farith. Memecahkan kesunyian antara kami.

"Hmm. Do i have a choice?" Balas aku selamba. Aku jeling pada Farith yang dari tadi tak berhenti senyum. Entah kenapa laa aku cepat rimas dengan orang yang 24/7 senyum.

Tiba-tiba Farith bangun daripada kerusi yang diduduknya, terus berpindah ruang kosong yang tadi menjadi tempat duduk Mak. Aku hanya mengerling sekali-dua untuk melihat tingkah lakunya.

Closer.

Closer.

Closer.

Aku menelan air liur. Posisi aku dan Farith sangat rapat. 'Ya tuhan, apa dia cuba lakukan ni?'
Aku menutup mata rapat. Aku cuba bangun tapi aku macam dah kena gam kat kerusi ni. Tangan aku mulai berpeluh. Aku mengenggam tangan. Tiba-tiba terasa sentuh lain pada tangan aku. Deruan nafas aku rasai pada bahagian kiri badan aku. Aku mula tak keruan. Di dalam hati, aku cuba merayu pada tuhan meskipun aku semakin lupa padanya.






❤❤❤ Vote & comments ❤❤❤

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now