Bab 24 : Dayus

16.6K 213 22
                                    


Entry ni khas untuk Firash ye. Enjoyy

(Firash POV)

Aku menanggalkan kaca mata yang aku pakai. Buku bacaan aku letak tepi. Telefon aku ambil.

1.35 am

Aku renggangkan sedikit badan yang terasa leguh. Aku bangun dari katil. Berjalan ke arah pintu bilik.

Aku menuruni tangga. Namun langkah aku terhenti apabila aku rasa ada seseorang di ruang tamu.

Perlahan aku melangkah ke ruang tamu. Susuk tubuh seseorang kelihatan melutut di hadapan seseorang yang sedang terbaring.

Aku amati kedua-dua orang itu.

Umar?

Rissa?

Pada mulanya aku hendak melangkah mendekati mereka, namun langkah aku terhenti apabila aku terkejut dengan apa yang aku lihat.

'Um.. Umar ci..ium Rissa?' Kataku dalam hati.

Aku bersembunyi belakang dinding. Biar aku jadi saksi semuanya.

Hati aku semakin sakit apabila Umar menyentuh bahagian tubuh Rissa. Aku tahu aku sepatutnya halang dia tetapi entah kenapa aku tak mampu.

"Kau dayus! Kau biarkan lelaki lain sentuh bakal isteri kau!"

"Lelaki jenis apa kau ni? Adik sendiri buat kau tak halang!"

Aku pejamkan mata. Nafas aku jadi turun naik. Tangan aku mengenggam kuat.

"Aku mesti halang Umar!" Kataku perlahan. Ingin saja aku melangkah, aku terhenti lagi. Kelihatan Umar sudah pun mencepung Rissa yang kelihatan masih nyenyak tidur. Tidak bergerak sedikit pun.

Aku kembali menyorok di belakang dinding. Bila aku lihat Umar sudah memasuki bilik Rissa, aku perhati lagi dari luar.

Sebaik sahaja Umar masuk ke dalam biliknya, aku masuk bilik Rissa. Aku mendekati katil Rissa.

Aku tidak menyentuhnya. Aku cuma perhatikan dia dari sisinya.

"Betul ke apa yang aku buat ni? Adakah salah untuk aku mencintai kau, Rissa?" Luahku di tepi katilnya. Aku meraup muka berkali-kali.

******

"Rash. Termenung apa tu?" Aku pandang muka Mak. Terus aku menggeleng lemah. Sarapan pagi yang terhidang tidak aku usik. Lagi sekali suara Mak menerjahku.

"Rash. Makan laa. Jangan ditenung je makanan tu." Aku hanya mengangguk. Tiada sebarang reaksi aku pamerkan.

Tak lama kemudian, suara Umar menerjah di sebelahku.

"Morning semua." Kerusi ditarik. Aku memandang Umar dengan perasaan berbaur. Pandangan tajam aku berikan. Tapi masih aku sembunyikan riak muka.

"Ehh. Mak lupa nak kejutkan Rissa. Kejap ye."

"Mak. Takpayah kejut. Biarkan dia." Ujarku. Mak dan Umar memandangku pelik.

"Kenapa Rash?" Soal Mak. Namun aku diam. Aku menghirup sedikit air teh kemudian terus berlalu keluar dari rumah. Meninggalkan Mak dan Umar yang terpinga-pinga.

Aku memberhentikan kereta di taman permainan. Kejadian malam tadi berlayar di fikiranku. Terus stering kereta aku hentak kuat.

"Arghhhh!" Aku meraup muka. Tangisan jantanku keluar mengalir. Aku ingin keluarkan segala isi hati tetapi aku tidak mampu. Seolah aku tidak lengkap.

Aku merasakan aku tidak mampu menjaga Rissa. Bahkan semalam aku tidak mampu menghalang adik aku sendiri daripada menyentuh tunangku. Bakal isteri aku.

"Ya Tuhan. Tolong hambamu ini. Tolongg..." Pintaku. Kemudian aku terlelap dalam kesedihan.

******

Aku sedar selepas deringan telefon mengejutkanku. Aku mengangkat. Suara disebelah sana memulakan bicara.

"Rash. Rash pergi mana? Kenapa tiba-tiba keluar je." Soal Mak.

Aku mengeluh perlahan.

"Rash okey je Mak. Mak jangan la risau. Ni Mak call kenapa? Ada apa-apa ke?"

"Mak nak keluar ni. Nak bawa Ayah pergi klinik. Nak kena jumpa doktor. Macam biasa lah Ayah kamu tu." Aku mengangguk faham.

"Kalau macam tu suruh lah Umar hantarkan Mak." Balasku.

"Itu masalahnya. Umar keluar tadi. Tak lama lepas kamu keluar, dia keluar juga." Ujar Mak.

Aku mengeluh lagi. Mana budak ni pergi. Haih.

"Takpa Mak. Rash balik sekarang." Balasku. Gagang telefon aku letak. Aku terus berlalu pergi ke rumah.

******

"Kejap lagi Rash ambil Mak ye. Rash balik lah dulu. Lama ni." Ujar Mak.

"Baiklah Mak. Apa-apa Mak call Rash ye."

"Rash, tolong tengokkan Umar ye. Tadi dia kata nak masak untuk makanan tengah hari." Kata Mak.

Terus aku berpaling ke arah Mak. Riak muka aku terus berubah.

" Kenapa Rash?" Tanya Mak. Aku berpaling ke arah lain. Aku menggeleng kepala.

"Takpa Mak. Rash balik dulu." Pantas aku berlalu dari situ.

******

Sampai di rumah, aku memakir kereta di perkarangan rumah.

Tergopoh gapah aku menuju ke pintu rumah. Aku buka pintu rumah yang agam itu.

Aku jenguk ke ruang tamu namun tiada siapa pun. Tiba-tiba aku dengar gelak tawa seseorang dari arah dapur. Terus aku melangkah ke dapur.

Namun tidak aku sangka yang aku akan menjadi saksi adegan mereka lagi sekali.

Dan untuk sekali lagi aku menjadi pengecut. Menjadi dayus kepada bakal isteriku.

Aku lihat Umar semakin rapat dengan Rissa. Aku bersembunyi lagi. Aku pandang ke arah lain. Tangan yang berpegang kepada dinding mengenggam kuat.

"Kenapa kau lemah Firash?!"











































❤❤❤ Vote & comment ❤❤❤

Hai gais. Sorry ye kalau rasa bab ni sikit. Saya taknak korang sakit hati baca pasal Firash. (Ada supporters Firash tak? 👋)

Anyway, sorry for everything. Esok last update. And saya akan lenyap untuk 4 hari. (Isnin, selasa, rabu n khamis) then i will be back on Jumaat. Okey gais? (Lupa ke saya kata saya update jumaat sabtu ahad je) hehehhee...

P/s: Doakan saya gais. Selasa rabu last paper  😚😚😚

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideOnde as histórias ganham vida. Descobre agora