Bab 21 : Rindu

12K 190 6
                                    

Aku pandang pintu bilik yang sudah hampir sebulan tidak dihuni. Sebulan juga aku hanya duduk melopong di pejabat. Sebulan juga tempoh perkenalan aku dengan Firash. Dan sebulan juga aku berasa sunyi.

Bukan. 3 bulan.

Ya, 3 bulan aku berasa sunyi. 3 bulan sudah aku dan Farith tidak bertegur sapa sejak peristiwa aku dihalau dari keretanya. Tiada layanan istimewa. Tiada tegur sapa. Yang ada hanyalah bincang tentang jadual kerja. Urusan kerja. Pesanan kerja. Semuanya berkaitan dengan kerja.

Aku dah ada Firash. Entah apa lagi yang aku tak puas.

"Hai sayang. Jom lunch." Aku angkat muka.

Hurmm Firash.

Eh? Kenapa aku mengeluh tengok Firash? Sepatutnya aku gembira. Kan?

Beberapa hari selepas Firash sedar dari koma sebulan lepas, Farith terus menghilangkan diri. Hanya aku yang menguruskan Firash keluar dari hospital dan bawa pulang ke rumahnya.

******

"Ya Allah Rash. Alhamdulilah dah balik kamu. Rindu mak kat anak mak sorang ni." Ujar Mak sambil memeluk dan mencium muka Firash. Aku yang berada disebelah hanya tersenyum.

"Alhamdulilah balik jugak ye. Sunyi rumah ni bila Mak kamu kurang membebel." Ujar Ayah pula. Ayah atau namanya Pak Aziz iaitu suami kepada Mak dan pemandu keluarga Firash.

Mereka berdua sudah lama berkhidmat untuk keluarga Firash. Dan sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

"Ehh dah dah. Kalau bersembang memang lupa semua benda. Meh masuk Farrah, Rash." Ajak Mak. Kami berdua pun masuk ke dalam rumah. Firash sudah mengikut Mak ke dapur. Manakala aku terhenti di tengah-tengah ruang tamu. Aku memandang bilik di atas. Lebih tepat, bilik Farith.

"Umar tak ada, nak. Katanya dia ada urusan kerja di luar negara. Terkilan juga Ayah sebab dia tak sambut Firash balik." Ujar Ayah yang terus berlalu ke dapur juga.
Tinggal aku keseorangan yang masih memikirkan sesuatu.

'Apa yang aku mahukan sebenarnya?'

******

"Sayang. Hey. Kenapa termenung je ni?" Aku tersentak. Senyuman nipis terukir di bibirku.

"Nothing dear. Jom. Nak pergi lunch kan?" Soal ku. Firash hanya menggangguk senyum.
Terus aku kemas meja kerja dan mengikut Firash keluar.

'Rissa, kau kena lupakan dia!'

******

(Umar POV)

Aku menghirup udara segar yang berada disekelilingku. Mata aku melihat keindahan alam oleh Maha Pencipta Paling Agung.

Untuk seketika aku lupa masalah yang aku hadapi. Teh panas yang berada di tangan aku hirup perlahan.

Sebulan sudah aku menetap di bumi Maldives. Negara kecil yang dicipta peratusan air lagi banyak daripada tanah.

Sebulan juga aku merindui seseorang yang takkan pernah aku lupakan meskipun dia tetap memilih orang lain daripada aku.

Jujur aku redha. Tapi hanya dimulut. Di hati? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Aku membawa diri ke Maldives dengan alasan kerja. Ingin menguruskan resort yang aku dirikan dengan nama Le' Eurosa. Eurosa bermaksud bunga ros putih. Dan bunga ros putih menjadi simbol cinta aku pada Rissa.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now