Bab 23 : Jangan Goda I

20.2K 202 18
                                    

(Umar POV)

"Farith...."

Terus aku menoleh. Tangan Rissa yang memegang aku tadi terlepas lemah.

Aku kembali mendekatinya. Tangannya yang terlepas tadi aku letak kemas. Mukanya aku usap perlahan. Kelihatan dia masih nyenyak tidur.

"Comelnya kau ngigau." Aku ketawa kecil. Aku kemaskan sedikit tempat tidurnya.

Tiba di pintu, aku menoleh ke belakang lagi. Rissa mengubah tempat tidurnya. Aku tersenyum lantas aku melangkah keluar dan menutup pintu bilik Rissa.

******

(Marissa POV)

Aku mengeliat puas. Mata aku buka perlahan. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Bukan semalam aku dekat bawah ke?" Ujarku. Terus aku periksa tubuh badanku. Alhamdulilah masih lengkap berpakaian.

Aku menapak turun dari katil. Mencapai tuala dan berlalu ke bilik air.

******

(Umar POV)

Aku naik ke atas menuju ke bilik Rissa. Sampai sahaja di biliknya, pintu aku ketuk.

Tiada jawapan.

Aku fikirkan dia masih tidur mungkin. Tapi sekarang sudah hampir zohor, takkan masih tidur kan?

Terus aku buka pintu. Aku pandang katil.

'Tak ada?' Bisik hatiku.

Kemudian kedengaran bunyi pintu di buka. Dari arah belakangku.

Aku menoleh.

Dan mata aku amat beruntung dapat melihat 'rezeki' yang agung.

******

(Marissa POV)

Aku buka pintu bilik air. Selepas aku melangkah keluar, langkah aku terhenti. Susuk tubuh yang berada di hadapanku sudah kaku memandangku. Begitu juga dengan aku.

Aku perasan mata bulat dia meliar memandangku. Halkumnya yang terlihat bergerak menelan air liur. Dan aku juga memandang diriku.


1 ...

2 ...

3 ...


"Arghhhhh!!" Jeritku yang terus masuk semula ke dalam bilik air. Aku sandar di belakang pintu. Aku pandang diriku yang hanya berkemban.

Aku ketuk kepala berkali-kali. Bodoh sebab tak berhati-hati.

"Arghh! Malunya aku..." Bebelku sendiri di dalam bilik air. Kemudian aku dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu. Aku menjauh dari pintu.

"Ri... Rissa... Err.. I'm sorry. Saya tak ada niat nak tengok. Saya tak sengaja. Silap saya masuk bilik awak. Sorry."

Lama aku diam. Akhirnya aku membalas. "Errr.. okey. Saya nak keluar. Boleh awak turun dulu?"

"Ohh sorry. I will be waiting for you downstairs, okey? Sorry again." Ujar Farith sebelah luar.

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now