Bab 13 : Musuh

22.1K 318 22
                                    

Sudah lebih seminggu aku bekerja sebagai PA Farith. Sepanjang itu jugak lah aku rindukan 'sentuhan' dia.

'Lamanya dia outstation' Aku mengeluh. Aku menyedut Iced Espresso Macchiato yang aku pesan tadi.

"Riss...." Aku mengangkat muka untuk lihat siapa yang menegur aku. Pantas aku melarikan pandangan dan bangun dari kerusi untuk meninggalkan kawasan itu. Namun langkah aku terhenti saat tangan aku ditarik.

"Lepaslah ! " Kataku sambil merungkaikan pegangan tangan lelaki itu.

"I takkan lepaskan kalau you tak duduk diam-diam dan dengar explaination I." Kata lelaki itu. Dia masih mengenggam tanganku. Aku mendengus. 'Huh! Kalau ikutkan hati, tak hingin aku duduk sini.'

Aku duduk berhadapan dengannya. Aku lemparkan pandangan ke tempat lain. 'Rasa nak siat-siat je muka jantan ni.'

Lelaki tadi mula memesan makanan dan minuman pada pelayan cafe. Sejurus pelayan cafe itu beredar, dia memulakan bicara.

"So, you jadi PA. How was it?" Tanya lelaki itu.

"Straight to the point, Syah. Aku tak ada masa nak layan kau. Banyak lagi kerja aku. " Aku memandangnya dengan riak menyampah.

Syahrul membetulkan kedudukannya. Dia memandang terus ke anak mataku. Aku juga tidak mengalah. Takmau aku kalah dengan permainannya.

"I nak minta maaf atas apa yang jadi antara kita dulu. I tahu I silap. I BODOH! But please. I need second chance. I nak tebus balik silap I kat you." Tegas Syahrul.

"Kau ingat aku dah lupa pasal dulu? That is the worst day of my life, you son of the bitch ! Get a life, Syah. I've forgive you. Just leave me alone. Alone!!" Bentakku. Orang ramai yang berada berhampiran memandang kami. Aku mengangkat punggung terus berlalu pergi meninggalkan Syahrul.

'Hati aku sakit, Syah. Sakitt!'

******

(Author POV)

"Dia selamat, boss. Boss nak saya buat apa?" Tanya Hakem.

"Siasat kaitan Marissa dan anak Dato tu. Aku nak maklumat secepat mungkin. Nanti aku double gaji kau." Arah Umar. Dia terus mematikan talian telefon. Panas hatinya saat Hakem memberitahunya tentang perjumpaan Marissa dan Syahrul. Penat otaknya memikirkan apa kaitan mereka. Umar bertekad. Dia harus memulakan dulu. Tidak mahu ada orang lain yang menghalang 'kerja' nya untuk mendapatkan Marissa.

'Tiada siapa boleh dapat kau, Marissa.'

******

"Laaalalalalala....."

"Hamboi. Senangnya hati. Seronok Tuan Farith balik hari ni ke?" Seloroh Kak Mas.

"Hish akak ni. Kesitu pulak. Taklah. Saya memang seronok buat kerja ni." Kataku.

'Siapa tak seronok buah hati balik oiii.' Kataku di dalam hati. Aku mula senyum sendiri.

"Haih. Orang kata, tak mengaku. Kan dah angau sorang-sorang." Ucap Kak Mas kemudian dia berlalu keluar dari pantri ke meja kerjanya.

Selesai menyiapkan minuman kegemaran Farith, aku berjalan perlahan membawa minumannya dan sedikit snek pagi untuk Farith. Pintu bilik aku ketuk. Setelah dapat kebenaran untuk masuk, aku masuk menuju ke meja kerja Farith. Aku letak makanan dan minuman tadi di atas mejanya. Aku pandang Farith sekilas.

'Dia tak tengok aku pun?' Gumamku.

Aku menapak perlahan-lahan ke belakang. 'Dia taknak panggil aku ke?'

"Er.. Rissa." Aku menoleh ke belakang. Seronok rasanya bila dia memanggil aku. "Yes boss?"

"Tolong panggil Miss Lily. Suruh dia jumpa saya."

"Baik boss. Anything more?" Kataku.

"Nope. Nothing. You may go." Aku tersentak. Terkejut kali dengan sikap Farith yang seakan-akan lupa tentang aku. Dan kejadian seminggu lalu. 'Dia lupa aku dah ke? Atau aku yang over sangat?'

Aku terus berlalu keluar dari biliknya menuju ke ruang kerjaku. 'Lelaki semua sama. Dah dapat, tinggal. Tak dapat, merayu. Mencari. Huh!!' Aku mendengus. Malas nak ambil kisah.

******


"Akak ni jangan la buat lawak dah. Tak larat saya nak gelak." Kataku masih dalam tawa.

"Laa. Betul laa akak kata. Memang kesian la kat perempuan tu. Dalam Facebook viral tau." Kata Kak Mas. Entah apa yang kami sembang tapi itulah yang merapatkan kami. Kami berjalan seiring memasuki koridor pejabat dan terus ke pintu utama tingkat kami. Kak Mas mengimbas kadnya pada alat elektronik pada tepi pintu. Memang canggih teknologi sekarang. Ada yang imbas muka, mata, tangan, ibu jari dan macam-macam lagi. Nak elakkan orang luar ceroboh syarikat-syarikat besar seperti Ails Holdings. Dunia dah semakin maju.

"Farrah. Ni ada bunga untuk you." Langkah aku dan Kak Mas terhenti di meja receptionist.

"Daripada siapa ni, Sarah?" Kataku sambil membelek sejambang bunga ros merah. Dibalut kemas bersama riben. 'Eh ada surat lah'

"Saya tak tanya pulak kat delivery boy tu. Tapi mesti Farrah ada someone special ni kan?" Tanya Sarah.

"Yelah kan. Ke boss bagi ni. Hehehe...." Seloroh Kak Mas. Pantas aku mencuit Kak Mas kemudian kami ketawa bersama disitu. Sarah yang bingung juga turut gelak tawa bersama.

"Tu ada surat. Baca la." Kata Sarah. Aku mengambil kad yang terselit bersama bunga itu. Aku mula membaca.

'Saya happy kalau awak happy. Tapi don't get TOO HAPPY, my dear. Walaupun awak dah bekerja dekat Ails Holdings, I still can watching you. Don't get surprise sayang. Because you are mine! Always be mine. Jangan ingat awak boleh happy dengan Farith Umar. Yes! I know him. Scary right? Just wait and see, my love.
From your beloved future husband, F'

Aku tergamam. Kepala aku jadi berat. Pandangan aku mulai kabur. Kedengaran suara-suara memanggilku tapi aku tak mampu menyahut. Terus dunia aku jadi gelap.







❤❤❤ Vote & comment ❤❤❤

Hai semua. Saya nak beritahu yang i love you so much and thank you to the moon and back sebab support EUROSA. I'm sorry sebab ada komen yang saya tak balas. Keadaan internet yg terlalu menyakitkan hati. Hehehehe. So, im still reading all your comments but wont be able to reply all of it. Komen you gais buat saya happy gila gila. Hehehehe. So, tq and enjoy😘❤

Much love,
SchaNuttOh

EUROSA : The Dark SideWhere stories live. Discover now