Bab 1

44K 677 13
                                    

"Bangun! Selamat pagi cikgu! " Ujar Amir selaku ketua kelas 6 USM.

" Selamat Pagi,cikgu " Sambung para pelajar di kelas tersebut.

" Baiklah semua boleh duduk.Harini cikgu ingin memperkenalkan kepada kamu semua seorang murid baru. "Ujar Cikgu Maria.

Seorang lelaki yang berkulit putih,tinggi sedang berjalan masuk ke kelas 6 USM.Seluruh pelajar perempuan sudah mula tercenggang melihat ketampanan lelaki itu. Biasalah perempuan! Termasuklah aku! Tapi,bila dilihat balik muka lelaki itu macam pernah aku kenal,tapi di mana ya? Ahh fikiran je kot.

"Sila perkenalkan diri kamu "
"Err nama saya Muhammad Shahril Kushairi "
" Lagi?"

Kushairi diam.Dia binggung sebentar.Lagipun ini kali pertama dia berpindah ke sekolah baru.

"Okeylah,mungkin kamu segan..kamu boleh duduk di hadapan Ain di hujung sana " Tutur Cikgu Maria.

Aku yang sedang dok tenung dia serta merta terkejut. Pelajar perempuan mula memandang ke arahku. Ada sesetengahnya berbisik sesama sendiri. Ahh sudahh jeles lah tu.

" Woi budak baru! Ceritalah sikit macam mana kau boleh pindah sini...kau duduk mana eh? " Soal Farhan,rakan sebelah Kushairi.Namun,Kushairi hanya diam dan tidak menjawab soalan Farhan.Dia hanya membuat ulangkaji sepanjang waktu prep tersebut.

Aku melihat Kushairi.Sungguh pelik!

" Kau asal dari mana? " Soal Farhan.
" KL " Jawab Kushairi.Sepatah.
" Kau ok tak ni beb? Aku tanya sepatah,sepatah kau jawab. " Ujar Irfan yang muncul entah dari mana.

Kushairi berhenti menulis,dia memandang Farhan. Dia bisik sesuatu kepada Farhan,Farhan mengangguk kepalanya perlahan.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Where stories live. Discover now