BAB 19

6.2K 222 33
                                    

                                                                                       - 19 -


Aku mempelawa Zika untuk melawat Fattah sejurus selepas tamatnya kelas encik Iqram. Perbincangan berkaitan rangka skrip terpaksa aku batalkan semata-mata nak melawat Fattah sebelum dia dibawa pulang dan dibiarkan berehat di Pulau Pinang. Walau macam mana sekalipun, aku harus dengar cerita dari mulut Fattah sendiri. Hati aku takkan tenang selagi aku tak tahu hujung pangkal tentang semua yang menimpa Fattah. Sekurang-kurangnya, perkara yang paling buruk yang aku tak jangkakan sudah pun berlaku. Keluarga Fattah ada sedang menjaganya, jadi tak ada apa yang aku perlu khuatirkan.

"You alright? Nampak macam stress je?" soal encik Iqram selepas aku menyuarakan niat untuk membatalkan perbincangan bersamanya.

"Saya okey, cuma ada hal sikit nak kena attend. Saya minta maaf encik Iqram sebab terpaksa batalkan discussion pasal draft tu. Mungkin next time?"

"Takpe. Bila-bila awak boleh jumpa saya. Take care of yourself, don't stress out!"

"Thank you, encik Iqram. Saya mintak diri dulu,"

Selepas bersalaman dengan encik Iqram, dengan segera aku mendapatkan Zika yang sedang menunggu di luar kelas. Aku tak tahu nak kata sama ada aku cemburu atau kagum dengan sifat tenang Zika apabila mendengar cerita Fattah dibelasah separuh mati. Atau mungkin juga faktor hubungan persahabatan yang tidak terlalu rapat yang membuatkan Zika kelihatan tenang dan seperti tidak terlalu ambil kisah.

Berbeza dengan aku yang beremosi semalam, Zika lebih bersifat tenang. Aku sendiri tak pasti sama ada Zika memang jenis tak ada perasaan atau masih tak dapat gambaran jelas dengan apa yang aku cerita Tapi, apa yang aku jangka dari Zika, takkan pernah terjadi. Malah, benda yang bertentangan yang akan jadi. Contoh terdekat, situasi sekarang.

"Kau percaya tak yang aku tahu siapa belasah Fattah?" Aku memulakan perbualan sambil beriringan ke perhentian bas. Topik tak lain dan tak bukan adalah berkaitan kes Fattah dibelasah separuh mati.

"Maksud kau, kau tahu siapa tujuh orang yang belasah Fattah tu?" Zika mendapatkan kepastian.

"Bukanlah aku tahu tujuh orang tu. Maksud aku, dalang dia."

Zika terkejut. Mungkin tak menyangka yang aku akan bongkar sebegini cepat tentang kejadian buruk yang menimpa Fattah. "Siapa weh?"

"Kau pulak yang teruja? Tadi aku cerita bukan main feelingless." Kataku menyakat.

"Siapa je yang tak teruja bila dapat tahu dalang kes-kes macam ni? Of course aku teruja! Siapa weh?"

"Jangan nak menggelabah boleh tak? Benci pulak aku tengok."

"Sayang, cepatlah bagitahu siapa dalang yang pukul kawan kita tu, sayang.." Zika membelai lembut pipi kanan aku, mengambil hati, menggedik tak kena tempat.

"Fattah tengah sakit kat hospital, kau tak payah nak bersensayang dengan aku. Aku cium kau bertubi-tubi nanti kau yang malu sendiri."

"Puih! Jual mahal! Tak bagi aku sensayang, tapi nak cium aku. Bagi betis nak peha!"

Kehadiran Zika sedikit sebanyak dapat mengurangkan gudah gulana aku mengenangkan nasib Fattah. Semoga dengan kedatangan Zika bersama, aku dapat mengawal emosi saat berhadapan dengan Fattah yang berkeadaan sebegitu. Cukuplah aku menangis semalam melihatkan Fattah yang terbaring akibat kedegilan aku sendiri.

"Ni, tengok ni. Text Sufi bagi aku pukul 4 pagi, pagi tadi," aku menunjukkan SMS yang diterima saat aku lena dibuai mimpi bersama roommate tersayang. Amir dah balik dari Tioman sejak semalaman dan itu adalah satu kelegaan terunggul bagi aku semenjak kemunculan Sufi sebagai jiran bilik sebelah.

Goda [Completed]Where stories live. Discover now