BAB 5

9.6K 273 26
                                    


Kepala aku terasa berat saat bangun dari tidur. Boleh dikatakan berdenyut-denyut. Terpisat-pisat mata aku dek cahaya matahari yang menerjah masuk dari celah langsir. Aku menjeling jam digital di telefon bimbit. Damn! Dah tengahari! Nasib baik hujung minggu. Mungkin sebab cuaca yang dingin, jadi badan aku hantar stimuli pada otak supaya tidur lebih lama. Hipotesis sendiri. Sufi dah tak ada sejak aku bangun. Dah balik blok rasanya. Aku harap dia okey dengan apa yang jadi pada dia malam semalam. Kalau jadi pada aku, agaknya lagi teruk aku meroyan. Mana tahu kan? Masa depan tak boleh nak jangka.

Tuala mandi aku capai dan segera ke kamar mandi. Hari minggu macam ni memang sesuai betul untuk aku keluar dan lepaskan segala nafsu yang terperangkap sepanjang minggu orientasi.

"Hah, kau! Konon nak tengok movie semalam. Apa kes?"

Aku yang hanya bertuala sambil memegang bakul toiletries menegur Fattah yang sedang sidai baju di ampaian luar bilik.

"Kau tu tidur, nak tengok movie apanya?"

Aku mengerutkan dahi. "Tidur?"

"Aku ketuk-ketuk takde orang jawab, aku masuk tengok kau dah lena tak sedar diri. Nak tengok movie kepala bana." Fattah menyambung bicara. Ternyata dia datang lagi awal dari Sufi.

"Kenapa tak kejut?"

"Aku kawan yang baik, tak macam kau. Jomlah ikut aku pergi beli barang kejap lagi," Fattah memberi cadangan yang memang sudah tersedia dalam kepala aku.

"Yes! Yes! Boleh! Kau memang memahami! Tunggu aku mandi kejap."

SUASANA dalam pusat membeli belah The Mines kelihatan sesak dengan timbunan orang dari pelbagai saiz, warna dan bentuk. Kebanyakkannya seperti pelajar-pelajar dari tempat yang sama kami belajar. Memandangkan hari ini tidak ada apa-apa program dari pagi sampai malam, maka semuanya mempunyai pemikiran yang sama dengan aku dan Fattah.

"Dah beli barang ni, kau nak pergi mana lepas ni?" aku menyoal Fattah yang sedari tadi leka belek telefon bimbit kesayangannya. Twitter 24 jam.

"Tak tahu. Kau?" Fattah jawab acuh tak acuh dengan matanya masih tertumpu pada skrin telefon. Walaupun sudah mendengus keras, matanya tetap tak dialih. Aku sendiri tak pasti apa yang seronok sangat. Pernah juga terfikir untuk turut serta dalam dunia ketagihan yang menjadi trend orang ramai tu, tapi memikirkan kesan jangka panjang yang mungkin timbul, aku lupakan saja.

"Fattah, kau nak dengar satu cerita?" aku mula memancing.

"Apa dia?"

"Dulu kan, masa aku study dip, lecturer aku ada buat game tau. Dua game. Satu, nama game tu graviti. Dua, nama game tu Puzzle. Graviti tu, siapa yang main phone dalam kelas nanti lecturer aku rampas, lepas tu dia jatuhkan dari tingkat 3 and kira berapa lama phone tu sampai ke tanah. Dua..." sengaja aku berhenti kejap sekadar nak tengok reaksi Fattah. Ada jelingan tajam dari dia. Pancingan yang agak menjadi.

"Dua...puzzle. Siapa yang main phone dalam kelas, nanti lecturer aku rampas, lepas tu dia hempas ke dinding sampai berkecai, then tengok siapa yang dapat sambung balik komponen phone yang berkecai tu. Best kan lecturer aku?"

Samsung Galaxy S5 diletakkan perlahan di atas meja, lalu dicapai bekas minuman yang sedari tadi tak diusik. Menyedut air, sambil mata melilau keliling buat muka mintak siku. Tak lama, bekas minuman tu diletakkan semula.

"Jom tengok wayang?" Fattah akhirnya bersuara.

"Good suggestion! Aku tak sangka kau boleh bagi idea sebernas macam tu! Aku bangga jadi kawan kau! Jom!" aku berbahasa sarkastik meninggalkan meja diikuti Fattah. Biar kau rasa!

"Kau janganlah campak phone aku. Mahal ni aku beli pakai duit sendiri," bibirnya dimuncungkan tanda merajuk. Lebih kepada terasa sebenarnya.

"Next time jangan buat okey? Kau nak main phone tu dalam jamban ke, atas bumbung ke, dalam tasik ke takde sapa halang." Aku dan Fattah beriringan ketawa sebelum mata aku menangkap figura seseorang. Serta merta tawa dan langkah aku terhenti.

"Tu bukan kawan kau ke?" Fattah lebih dulu bersuara.

Aku memandang Fattah dengan dahi yang berkerut, cuba memproses perkataan 'kawan' yang keluar dari mulutnya. Namun, tak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulut aku sama ada untuk mengiyakan mahupun menidakkan. Aku sendiri kurang pasti sama ada aku dah izinkan diri aku untuk menerimanya sebagai kawan atau tidak.

"Pergilah tegur dia."

"Jomlah sekali."

Dari jauh Sufi sudah mulai perasan kami berdua sambil tangannya dilambai-lambai. Namun, senyuman yang dilemparkan tak semanis senyuman yang biasa diberi.

"Dah lama kat sini?" aku memulakan perbualan sambil menarik kerusi kosong bertentangan dengan tempat duduknya. "Tunggu someone ke?"

Masih dalam senyuman kelat. "Tak tunggu sesiapa pun. Saja duduk sini sorang memikirkan masa depan yang dah tak berapa nak terang," nada sedih masih jelas dalam suara Sufi.

Aku menjeling Fattah yang mula membelek-belek telefon bimbitnya. "Fattah, dari kau main twitter tu, baik kau pergi tengok dulu tiket pukul berapa. Jimat masa dan jimat bateri telefon kau. Jap lagi aku follow." Alasan kukuh aku beri kepada Fattah walaupun tujuan asal aku hanyalah untuk memberi ruang kepada Sufi untuk bercerita. Aku tahu Sufi tidak selesa dengan adanya Fattah di situ.

"Kau okey tak Sufi?" soalan pertama yang keluar dari mulut aku sejurus selepas Fattah beredar. Mungkin soalan yang aku ajukan kedengaran kurang munasabah pada someone yang baru putus tunang, tapi sekurang-kurangnya aku harap kadar 'okey' dalam diri Sufi tu dan naik sikit dari semalam.

"Okey sikitlah dari semalam." Mendengarkan jawapan darinya, aku tersenyum. "Nasib baik dapat lepaskan sedih semalam. Best pun best. Tak pernah dapat macam tu," lancar Sufi berkata-kata. Aku sebaliknya yang terdiam diikuti senyum yang semakin pudar.

"Kau happy tak semalam?" Melihatkan aku yang terdiam, Sufi kembali menyoal. Senyumannya yang dilontar kali ini sedikit berbeza dengan yang awal tadi. Aku menelan air liur.

"Aku gerak dululah, nak tengok wayang. Dah lambat. Pasal tunang kau tu, be fine eh? Bye!" Sufi aku tinggalkan terpinga-pinga. Itu lebih baik dari aku yang terpinga-pinga nanti. Hati aku pun berasa kurang sedap. Pantas kaki aku menuju ke panggung wayang, melilau mencari-cari Fattah.

Aku mengeluh berat bila mata menangkap Fattah yang sedang bersandar pada dinding tiang sambil membelek telefon bimbitnya.

"Kau ni memang tak boleh harap kan?" Fattah terkejut bila mendengar suara aku datang dari arah belakang. "Asal tinggal sekejap je mula nak mengadap twitter. Cepatlah pergil beli tiket ke, pop corn ke, jap lagi aku datang. Aku nak call orang kejap." Aku berpesan pada Fattah yang endah tak endah mengangguk. Kalau aku yang pergi beli tiket, memang masa yang ada sepanjang-panjang aku beratur nak sampai ke kaunter tak lain tak bukan akan digunakan Fattah untuk bermain Twitter sepuas-puasnya. Tapi, sekurang-kurangnya Fattah masih boleh bermain Twitter ketika beratur. Kira okay apa.

Aku menekan speed dial bernombor 1.

"Hello..Assalamualaikum.." tersenyum aku mendengar suara emak walaupun sekadar di corong telefon. Rasa tidak sedap hati sebentar tadi aku khabarkan kepada emak yang selama ini berperanan sebagai kaunselor hidup aku.

Dalam menunggu panggilan berjawab, aku teringat soalan Sufi sebentar tadi. 'Kau happy tak semalam?' 

Goda [Completed]Where stories live. Discover now