BAB 12

6.8K 234 29
                                    

                                                                                           -12-

Dari sehari ke sehari, aku lebih banyak menghabiskan masa bersama Zika. Dalam tugasan berkumpulan pula, aku tak pernah sekali pun tak sama kumpulan dengan Zika. Entah kenapa, aku jadi semakin selesa bila Zika ada di sisi. Walaupun kami belum declare apa-apa, tapi tingkah laku kami dah macam laki bini. Boleh dikatakan, aku sekarang sedang berbahagia dan bergembira di samping orang tersayang.

Perihal Fattah, aku dah mati akal nak fikir jalan lain untuk aku berdepan dengan dia. Jalan terbaik iaitu berjumpa depan-depan pun dah tak berkesan, inikan pula jalan lain? Sampai satu tahap, aku dah naik muak dengan kedegilan Fattah yang tak nak tunjuk minat langsung untuk baiki hubungan antara aku dengan dia. Zika pun turut sama buntu untuk membantu dalam hal antara aku dan budak bertuah tu.

"Kau rasa apa patut aku buat lagi?" Aku cuba dapatkan pendapat Zika.

"Cari best friend baru, senang cerita," jawab Zika acuh tak acuh sambil menguyah fries.

"Janganlah cakap macam tu. Walaupun dia tu senget satu macam, degil, tapi aku tahu dia baik. Dia dah macam adik aku dah." Berulang-ulang kali aku meyakinkan diri.

"Kau bukan ada lagi seorang best friend ke? Yang jumpa kat Melaka tu. Kan?"

Aku memandang Zika penuh tanda tanya.

"Jumpa kat Melaka? Siapa?"

"Yang handsome, gelap-gelap tu."

"Sufi??" aku menyoal Zika kembali. Tak ada siapa yang lebih tepat mengenai deskripsi 'best friend' yang Zika sebutkan sekejap tadi kalau bukan Sufi. Anggukan selamba Zika buatkan aku tambah meluat.

"Oh, please lah Zika! Dia bukan best friend aku, okay? Dia cuma claim jadik best friend aku tapi dia bukan best friend aku!" kataku cuba meyakinkan Zika.

"Well, he will be one day."

Zika lantas berdiri dan mencapai beg galasnya.

"Kau nak ke mana pulak ni?"

"Aku nak balik rumah kejap, mak aku suruh balik kejap tadi," Zika menarik-narik t-shirt senteng yang dipakainya lalu berlalu pergi.

"Pergi macam tu je? Takde bye-bye, takde salam?" lebih kurang 2 meter Zika berjalan, aku bersuara. Zika menoleh dan kembali berjalan ke arahku. Aku tersenyum.

Bau semerbak minyak wangi menusuk ke dalam rongga hidung tatkala Zika mendekatkan badannya ke arahku seterusnya berbisik ke telinga kananku.

"Don't miss me, baby.." bisikan azimat yang boleh buatkan aku cair tak kembali pejal. Aku cuma mampu mengigit bibir sambil perhatikan Zika keluar dari kawasan kafe. Habis menjunam ke gaung prinsip aku, habis! Dalam masa yang sama, terngiang-ngiang kata-kata Zika tentang Sufi yang katanya akan jadi best friend aku 'satu hari nanti'.

AKU dalam perjalanan ke tandas saat Fattah kelihatan hendak menuju ke biliknya. Tindakan spontan aku memanggil namanya membuatkan aku sedikit gugup. Bertambah gugup bila Fattah tunjukkan reaksi positif bila namanya dipanggil.

"Err.. Kau apa khabar, Fattah?" selembut sutera, lembut lagi suara aku itu jam. Kalau tadi harapan aku supaya hubungan kami akan kembali seperti biasa tinggi menggunung, harapan itu terus menjunam jatuh ke kerak bumi. Fattah terus tidak mempedulikan aku dan terus masuk ke dalam biliknya bila sedar yang suara yang memanggil namanya adalah suara milik aku. Aku sempat menghalang. Jelas kedengaran Fattah mengeluh. Dia dah benci ke dengan aku?

"Aku sihat, kau tak payah risau. Kau jaga je diri kau tu baik-baik. Jangan sampai sakit." Kata-kata Fattah buat dahi aku berkerut. Aku tak pasti sama ada itu adalah nasihat rawak, nasihat sarkastik atau nasihat tersirat.

"Boleh aku masuk bilik kau? Lama aku tak lepak bilik kau." Suara selembut sutera aku hiaskan dengan senyuman yang paling manis.

"Ermm, masuklah. Pintu biar terbuka. Kau pun bukan lama dalam ni." Keluar kata-kata pedih dari mulut Fattah.

"Err, bahu kau dah elok ke Fattah? Boleh shoot tak?" Masih mengekalkan nada suara yang perlahan, aku cuba mengambil berat pasal luka yang diceritakan Hairi.

"Aku dah cakap kan tadi, kau tak payah risau pasal aku. Aku okey je."

"Fattah, aku minta maaf walau apa pun sebab yang buat kita jadik macam ni. Aku sumpah, aku tak tahu dan aku takde niat nak buat kau tersinggung sampai macam ni. Dah banyak kali aku tanya diri aku, apa salah aku sampaikan kau layan aku macam ni, Fattah. Aku buntu. Bila kau jauhkan diri kau dari aku, lagilah aku buntu." Luahan hati yang baru dilepaskan, aku masih belum puas. "Aku nak mintak sangat kau tolong bagitau aku, apa salah aku, Fattah. Please? At least kau beritahu aku apa yang aku dah buat sampai buat kau terasa. Lepas kau explain, kalau kau still tak nak kawan dengan aku, aku terima. Sekurang-kurangnya aku dah tahu apa salah aku. Please, Fattah."

Fattah diam membatu. Tak ada gunanya untuk aku terus simpan. Biar Fattah rasa terbeban, rasa rimas, rasa benci. Aku perlu tahu apa yang aku tak tahu selama ni.

"Sebab Zika ke?" Aku cuba memancing Fattah, dan ternyata umpan aku mengena. Fattah menoleh memandangku.

"Zika? Kenapa dengan dia pulak? Kenapa kau nak kaitkan dengan Zika?" Fattah kedengaran marah dengan nada suaranya yang meninggi.

"Eh, jangan salah sangka Fattah. Aku takde kaitkan dengan--"

"Yang kau sebut nama minah tu kenapa? Takde nama lain nak sebut? Hashim ke? Umar ke? Zamir ke? Takde? Dalam ramai-ramai orang, kenapa dia?" Fattah betul-betul marah bila aku sebut nama Zika. Jadi, aku cuma boleh beranggapan yang Fattah memang cemburukan Zika. Tapi, apa pula halnya dengan luka di bahu kanan, murung, menangis semua tu?

"Sudahlah, Ben. Kau pergi balik bilik kau. Aku tak boleh dekat dengan kau sebab nanti aku yang sakit. Kau baliklah. Ini untuk kebaikan kau, untuk kebaikan aku jugak. Tolonglah.."

"Fattah.. Please, at least kau bagitau aku kenapa kau buat macam ni?" Aku cuba mendekati Fattah. Nak tak nak, aku kena tahu. Itu saja peluang yang aku ada sekarang. Esok lusa, belum tentu Fattah nak jumpa dengan aku, apatah lagi benarkan aku masuk dalam bilik dia.

"Kalau aku suruh kau jauhkan diri dari Zika, kau sanggup?" soalan Fattah membuatkan aku tergamam 5 saat. Fattah memandang aku tajam. "Aku tanya, kau sanggup ke tak?"

"Err.. Aku kena tahu jugak sebab apa aku kena jauhkan diri. Kalau kau suruh aku jauhkan diri sebab kau cemburu aku rapat dengan dia, aku --"

Fattah sekali lagi memotong kata-kata aku.

"Aku tahu kau tak nak! Aku tahu kau ada hati pada Zika! Sebab tu kau tak sanggup nak jauhkan diri dari dia dan sebab tu jugak kau sanggup ketepikan aku, kan?!" Fattah menjerit membuatkan hatiku mula panas. Lebih kepada terkejut sebenarnya. Aku tak faham kenapa Fattah cuba salahkan aku sedangkan aku yang selama ni berusaha untuk baiki hubungan aku dan dia.

"Jap, sekarang kau nak salahkan aku lah? Kau yang emo tak tentu pasal, lepas tu kau nak salahkan aku?" Aku mula hilang sabar. Fattah betul-betul berkelakuan aneh. Aneh yang menyakitkan hati aku.

"Sudahlah, Ben. Kalau kau tak nak aku sakit, kalau kau betul-betul sayang aku sebagai kawan kau, jangan datang cari aku lagi. Itu je aku mintak, Ben."

"Cakap serupa orang tak betul! Perangai macam ni, siapa pun tak sanggup nak jumpa kau lah!" Aku melangkah keluar lalu menghempas pintu bilik Fattah. Hati aku panas dan sedih dalam masa yang sama. Kenapa Fattah berkelakuan macam tu?

Zika dan Fattah adalah dua orang yang istimewa dalam hidup aku. Semenjak aku mula belajar semula, tak ada orang lain yang betul-betul faham perangai aku seperti mereka berdua. Mana mungkin aku ketepikan Fattah semata-mata untuk jaga hati Zika sedangkan Fattah yang buat perangai? Dan macam mana aku nak ketepikan Zika semata-mata nak baiki hubungan aku dan Fattah?

Pada siapa lagi aku nak bercerita pasal mereka berdua?


Goda [Completed]Where stories live. Discover now