BAB 7

9K 249 73
                                    

-7-

Hampir sebulan aku berada di tempat belajar baru, dengan kawan baru, pengalaman baru dan prinsip baru. Aku suka tempat ni sebab tempat ni macam dah bagi aku semangat baru untuk lupakan perkara-perkara silam yang kadang kala muncul dalam benak tanpa diduga. Mak aku pesan, cari kawan yang baik-baik. Buat masa sekarang, Fattah teman rapat aku dekat kolej, dan Zika pulak teman rapat aku dekat kelas dan fakulti. Cukuplah setakat itu. Bukanlah aku nak kata yang lain itu aku tak berkawan, cuma taklah serapat Fattah dan Zika di mana aku rasa dah cukup selesa sekarang.

Walaupun pada mulanya aku agak kekok dengan Zika, tapi lama kelamaan rasa kekok tu hilang dan rasa selesa muncul. Sama selesa bila aku berbual atau bertukar pendapat dengan Fattah. Tapi cumanya, Fattah lelaki dan Zika perempuan. Dan aku kadang-kadang takut kalau-kalau rasa selesa tu membawa kepada rasa yang lain. Rasa yang pernah buat aku menderita sebelum ni hingga bawa perubahan besar dalam hidup aku.

"Mungkin Ben nak share some of his ideas with us?" namaku tiba-tiba disebut mematikan lamunan. Aku memandang Zika. "What?" Aku pandang semula ke hadapan kelas.

"Ben?" sekali lagi namaku diseru. Rasa pedih dicubit tiba-tiba hinggap di peha.

"Sakitlah, bodoh!"cacian khas untuk Zika yang mencubit peha kananku. "Apehal kau cubit aku gila?!"

"Encik Iqram panggil kau lah! Kat depan tu. Berangan tak habis!"

"Ben?" untuk kesekian kali, namaku dipanggil.

Seperti baru pulang dari alam fantasi, aku bingkas bangun dari tempat duduk. "Ye saya!"

Encik Iqram tergelak kecil. "Mungkin awak boleh share dengan kelas tentang idea awak dalam dunia perfileman atau anything related to new innovation?"

Encik Iqram merupakan pensyarah yang cukup aku kagumi. Kerana minat yang mendalam dalam bidang komunikasi massa, dia sanggup tinggalkan kerjaya tetap sebagai seorang pakar psikologi dan mengambil keputusan untuk mengajar dan mencurahkan ilmu yang ada dalam dirinya pada orang lain. Termasuk aku, yang merupakan salah seorang dari anak muridnya.

"Err.. Idea apa eh?"

Sekali lagi Encik Iqram tergelak kecil, diikuti Zika. "Idea apa-apa. Kalau tak boleh bagi idea pun, share pendapat pun boleh. Saya tak nak kelas kita ni saya seorang je yang bercakap. Sama jugak macam penerbit file yang buat filem syok sendiri."

Satu kelas tertawa, dan aku masih lost.

"So?"

Aku menggaru kepala. "Err... filem Shutter Island?"

"Keep going," senyuman terukir di bibir Encik Iqram. Sentiasa membenarkan pelajar atau orang lain untuk bersuara dan menyampaikan pandangan, salah satu sikap yang aku cukup hormat!

"Saya ambik contoh filem Shutter Island. Watak utama yang mengalami gangguan psikologi akibat pembunuhan anak-anaknya. Gangguan yang agak teruk sehinggakan watak utama tu tak sedar yang anak-anak dia yang dibunuh tu adalah kerana perbuatan dia sendiri. Untuk mencipta satu inovasi dalam dunia perfileman kat Malaysia ni, pencipta atau penerbit filem tu sendiri kena betul-betul faham tentang dunia seorang yang psiko, yang mana boleh bermain dengan minda penonton dan bukan disandarkan kepada logik akal semata-mata,"

"Apa maksud awak dengan logik akal?"

Aku yang seolah-olah sedang membentang kertas kerja tentang inovasi dunia perfileman lantang bersuara. Semua mata yang tertumpu buatkan aku semakin bersemangat. Lebih-lebih lagi bila Encik Iqram sendiri yang meminta pendapat peribadi aku.

Goda [Completed]Where stories live. Discover now