BAB 9

6.9K 229 12
                                    

                                                                                          - 9 -


Hujan turun membasahi bandar Melaka sebaik sahaja kami bertiga selesai menaiki Menara Taming Sari dan River Cruise. Fattah yang beriya-iya nak mencuba dua benda itu, yang padanya memang merupakan tarikan utama Bandar Hilir. Aku turuti saja kemahuan Fattah. Zika pun tidak kurang teruja bila pertama kali dapat naik menara Taming Sari dan lihat keseluruhan bandar Melaka ketika di puncak. Melihat mereka seronok, aku bertambah-tambah seronok.

Emak awal-awal lagi dah berpesan supaya jangan makan malam di luar. Emak mahu kami bertiga makan malam di rumah, bersamanya dan Ben Firdaus, adikku. Akhirnya Fattah dan Zika berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan adik aku satu-satunya. Boleh tahan panjang juga mereka berbual sampaikan aku sendiri lupa yang Zika bermalam di hotel, bukannya di rumah aku. Emak sendiri sempat menyatakan betapa dia menyenangi sikap rendah diri Fattah dan sikap ceria Zika. Senang hati aku dengar bila emak sendiri berkata begitu. Sekurang-kurangnya aku tak berkawan dengan manusia pelik.

Selesai makan malam dan Zika pulang ke hotel tempatnya menyewa, aku dan Fattah beransur ke bilik.

"Siapa Zarina, Ben?" soalan yang tak pernah aku jangka keluar secara tiba-tiba dari mulut Fattah. Aku yang baru hendak melelapkan mata bingkas bangun dari katil dan duduk bersila mengadapnya.

"Sejak bila kau jadi busybody ni?" aku cuba mengelak dari menjawab.

"Sejak kau mengigau sebut nama dia. Cepatlah cerita, siapa dia? Awek kau ke?" Fattah terus-terusan ingin tahu. Cubaan aku untuk mengelak ternyata gagal. Aku pandang Fattah, telefon bimbit dia sudah diletakkan di tepi, menunjukkan kesungguhan untuk tahu siapa Zarina.

Aku menarik nafas dalam sebelum menghembusnya berat. "Zarina tu awek aku," jawabku ringkas sekadar menjawab pertanyaan Fattah. Dia menongkat dagu memandangku seolah-olah mahukan aku bercerita dengan lebih dalam mengenai Zarina.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

"Mana dia sekarang? Kenapa aku tak pernah tahu kau ada awek? Kalau kau tak mengigau, meroyan jerit nama dia haritu, memang sampai kiamat aku tak tahu kau ada awek."

"Takkan semua benda aku nak cerita kat kau. Lagipun kau busy sangat dengan Twitter apekejadah kau tu, mana ada masa nak berborak." Aku cuba memerli, dalam masa yang sama masih cuba mengelak dari Fattah terus bertanya soal Zarina.

"Jawablah soalan aku."

"Haish, kepoci kau ni kan?"

"Sebab aku nak tahu. Jawablah, mana dia sekarang?" Fattah mendesak.

"Sekarang dia takde. Dia pergi bulan, ada misi," jawabku selamba. Sebolehnya aku tak nak mengimbau akan perkara yang menimpa Zarina. Aku cuba berjenaka, namun hati aku sendiri tak berupaya menolak perasaan yang tiba-tiba datang.

"Betul-betullah. Aku lempang kau nanti sia-sia je."

"Betullah, gila! Dia kat bulan. Tapi malam ni bulan takde, so tak dapat tengok dia." Aku menghadiahkan senyuman yang paling manis untuk Fattah. Aku sendiri tak pasti kenapa aku gunakan jawapan bulan untuk menjawab pertanyaan Fattah tentang keberadaan Zarina.

"Alololo.. sedang merindui lah ni?"

Aku diam. Sama ada Fattah terlalu lembab atau metafora aku terlalu susah untuk difahami logik akal manusia biasa.

"Eh, kejap."

Aku memandang Fattah. Jelas dahinya berkerut memikirkan sesuatu.

"Dia... dah meninggal ke?" Fattah cuba menebak. Sekali lagi aku tersenyum.

"Takpelah, Fattah. Ada masa nanti aku cerita lagi mendalam eh? Sebab sekarang, aku nak cerita kat kau pasal someone yang tak lari dari kepala otak aku ni." Aku dengan sedaya yang mampu, cuba mengalihkan topik perbualan dari seorang yang aku kasihi, kepada seorang yang aku geruni.

"Siapa?"

Aku menarik nafas panjang dan mula bercerita dari A sampai Z mengenai Sufi. Semua yang terjadi antara aku dan Sufi, sebarang kemungkinan dan sebarang kemusykilan, semuanya aku cerita pada Fattah. Aku perlukan seseorang untuk bercerita dan Fattah tak lain tak bukan adalah calon yang paling sesuai.

Sepanjang aku bercerita, tak sekali pun bunyi notifikasi Twitter menganggu fokus Fattah. Ternyata cerita aku lebih menarik perhatiannya. Mungkin sebab orang itu adalah antara aku dan juga Sufi.

"Gila ke apa Sufi tu? Kau ni biar betul? Kau tak buat-buat cerita kan?" Fattah masih kurang percaya dengan apa yang aku ceritakan sebentar tadi.

"Haram jadah apa aku nak buat cerita macam tu? Aku dapat apa kalau aku buat cerita bingai?"

Fattah diam. Aku turut diam.

"Tapi Sufi tu memang sesuatu pun. Aku ingat lagi first time jumpa yang dia rebut kerusi sebelah kita tu. Ingat?"

"Sampai mati aku ingat!"

Fattah ketawa sebelum menyambung bicara. "Nak ikutkan, cerita kau ni takdelah menarik mana pun, tapi ada satu part tu yang buat aku wondering."

"Apa dia?"

Irul menggerak-gerakkan jari-jemarinya di atas pipi, mengumpul kekuatan dan keberanian untuk bersuara. Itu jam, aku dah dapat agak apa yang bermain dalam kepala otak Fattah.

"Betul ke kau ada buat something dengan dia malam tu?"

Dah aku agak! Cerita macam ini, tak ada apa yang lebih menarik selain dua orang lelaki yang bersama dan dikhuatiri melakukan sesuatu yang mencurigakan. Sekarang, Fattah sendiri yang mempersoalkan benda tu.

"Itu masalahnya sekarang. Dia beriya yakinkan aku haritu cakap yang aku ada buat something dengan dia malam tu, tapi aku tak percaya dan aku tak nak percaya." Aku cuba bercakap dalam nada perlahan. Memang cari nahas kalau mak atau adik aku dengar.

"Kenapa kau tak percaya?"

"Gila kau! Benda aku tak rasa kot! Err... maksud aku, aku tak ingat satu apa pun. Dia bukan ada bukti pun yang aku ada buat something dengan dia malam tu. Kau ingat aku nak percaya bulat-bulat jelah dengan apa yang dia cakap?"

"Mana tahu dia dia ada bubuh something dalam air yang kau minum malam tu ke? Pasal bukti tu, takkan dia nak tunjuk bukti masa tu jugak kot? Mana tau dia simpan buat bekalan nak ugut kau ke?" Fattah merungkai setiap persoalan yang ada, yang bagi aku tak membantu langsung untuk aku rasa sedikit tenang. Malah, semakin cemas.

Aku memandang Fattah yang sudah kembali mencapai telefon bimbitnya.

"Fattah?"

Fattah mendongak. "Apa?"

"Kau boleh tolong aku something?"

Goda [Completed]Where stories live. Discover now