BAB 1

40.2K 541 29
                                    

                                                                                             -1-

"Aku nampak dulu lah! Kau pergi tempat lain boleh tak?"

"Apa masalah kau ni? Punya banyak tempat lain, yang kau nak duduk sini jugak kenapa?"

"Kau yang bermasalah. Sekarang kau boleh berambus. Aku nak duduk sini. Aku tak nak duduk tempat lain. Sebelum aku tunjal kepala kau, baik kau blah."

Aku terlopong. Bukan saja aku, malah pelajar lain juga turut ternganga bila melihat gelagat dua orang pelajar yang baru saja berebut tempat duduk. Lebih tepat lagi, berebut tempat duduk bersebelahan dengan aku. Boleh tahan kecoh. Karipap yang dah digigit separuh, aku letakkan kembali ke atas pinggan. Mati terus selera bila tiba-tiba ada drama yang tercetus depan mata. Aku perhatikan pelajar yang diugut untuk ditunjal kepalanya sudah berlalu pergi. Mulutnya jelas terkumat-kamit memaki hamun. Kalau ikutkan kepala masing-masing, memang sah bertumbuk. Mungkin kerana fikirkan baru hari pertama, maka pelajar yang tadi segera beralah. Tak mahu nama dan mukanya dicop sebagai pelajar bermasalah untuk hari-hari mendatang.

Aku masuk kolej samseng ke apa ni?

"Apa hal budak tu? Apa special sangat kerusi sebelah kau tu?"

Aku memandang Fattah, rakan yang baru aku kenali semasa mendaftar bilik kira-kira 5 jam yang lalu. Mukanya penuh tanda tanya.

"Entah," jawabku sedikit berbisik sebelum memandang semula ke arah lelaki tadi. "Terkejut aku tiba-tiba ada orang rebut kerusi. Berlambak lagi kut tempat kosong. Sebelah aku pulak tu."

"Kau ni artis misteri YouTube ke apa sampai orang berebut-rebut nak duduk sebelah kau?"

Sekali lagi aku memandang Fattah. "Haram jadah apa kau ni?"

"Manalah nak tahu. Kau tanyalah dia kenapa dia rebut kerusi tadi. Try sembang dengan dia." Fattah mendesak dengan mulutnya yang masih mengunyah.

"Cepatlah weh tanya!" Bahu aku diasak. Annoying sial.

Gelas yang berisi air teh-o tawar aku capai dan teguk sedikit demi sedikit. Walaupun annoying dengan asakan Fattah, teringin juga tahu apa yang istimewa sangat tempat duduk sebelah aku ni sampaikan orang berebut-rebut nak duduk.

"Ehem."

Aku berdehem perlahan menarik perhatian. Gelas diletakkan semula lalu baki karipap dicapai. Hujung keraknya aku gigit sedikit. Dari ekor mata, dia kelihatan tenang seperti tak ada apa yang jadi. Karipapnya juga digigit sedikit demi sedikit. Kau dah buat onar sebelah aku, boleh pulak berlagak cool!

"Ehem." Sekali lagi aku berdehem bila tak ada respon darinya. Yang jelas kedengaran di telinga aku hanyalah bunyi kunyahan dari mulut Fattah. Memang satu hari nanti aku cepuk jugak mulut dia. Makan tak reti beradap langsung!

"Aku Sufi."

Tangannya dihulur dengan senyuman. Aku sedikit terkejut. Sempat aku mendengar keluhan berat yang dilepaskan sebelum dia menghulur tangan dan memperkenalkan namanya.

Tangannya aku sambut. "Ben."

"Sorrylah pasal tadi. Anggap jelah dua lelaki random yang berkenalan dalam bentuk informal."

"Err, okay." Aku menjeling Fattah. Ternyata Sufi tak mahu bercerita panjang lebar tentang kes rebut kerusi sekejap tadi. Tak lama telefon bimbitnya menjerit-jerit minta dijawab. Kelihatan mimik muka kurang selesa apabila melihat nama yang tertera. Telefonnya dibiarkan berdering seketika sebelum dijawab.

Goda [Completed]Where stories live. Discover now