Bab16

18.6K 665 18
                                    

Hujung minggu yang bosan dan teramatlah bosan. Boleh pulak ada kelas waktu petang pada hari yang terik ini. Nasib badan lah nak tidur sampai tengah hari pun tak boleh.

Aku sudah bersiap siap untuk ke kelas tiba tiba budak budak kelas kata harini kelas cancel. Suka memang suka tapi aku dah bersiap kot! Dah pakai lawa lawa. Bagitau lah awal awal. Ni tak, bagitau last minute nasib baik aku belum sampai depan pintu U lagi.

Aku kembali membuka tudung yang tersarung di kepalaku. Aku keluar bilik untuk menuju ke dapur dan mencari makanan makanan ringan yang boleh di makan ketika waktu waktu lapang macam sekarang.

Sampai sahaja di dapur, aku terus menyelongkar setiap ceruk dapur. Aku buka kabinet yang agak tinggi. Dah nama pun 'agak tinggi' sah sah lah lagi tinggi dari aku. Terjengket jengket aku ketika membukanya. Tiba tiba jatuh timbunan jajan dari kabinet tersebut. Yahooo!! Aku sudah menjerit kegembiraan. Fuh, pandai betul Zafran simpan makanan yang penting ni.

Aku hanya menghabiskan waktu waktu terluang aku dengan menonton TV sambil makan jajan sampai lah aku terlelap. Hihihi anak dara tak guna betul aku ni.

Aku terlelap sampai pukul berapa pun aku tak perasan sampai lah ada bapak singa mengaum. Terkejut tahap beruk aku, terus je buntang mata aku ni serta merta.

"Bella apa dah jadi dengan rumah i ni!?" Pekik Zafran. Membebel macam nenek nenek. Rimas betullah. Aku hanya menggaru kepalaku yang tidak gatal. Malas nak dengar.

"Bella, clean up semua nya" marah Zafran lagi. Aku hanya menjelingnya dengan kata lain tengah bagi isyarat mata mengatakan bahawa 'aku malas'.
Zafran geram melihat jelinganku terus sahaja dia menarikku supaya berdiri. Aku apa lagi, angin lah. Nak paksa paksa orang pulak.

"Nak apa!?" Tengking ku. Ha berdosa dah aku. Aku sebenarnya taknak tengking dia tapi mulut ni lah celupar sangat. Aku terus mengetap bibir. Takut kena marah.

"You yang buat sepah lepastu you nak tengking i?" Kemarahan Zafran masih di tahap maksimum, tunggu meletop je. Aku jauhkan sikit jarakku daripadanya. Aku mula menunduk.

"Yelah saya kemas" kataku perlahan dengan keadaan yang masih menunduk. Tak sanggup nak tengok muka Zafran masa marah. Aku cuba sembunyi kan ketakutan aku sekarang ni tapi macam tak berjaya je sebab semua gerak geri aku nampak janggal dan kekok.

"Ha yang terkebil kebil buat kerja tu dah kenapa?" Kata Zafran sedikit tegas. Aku hiraukan sahaja apa yang Zafran kata. Aku terus mengemas sampai tertonggeng tonggeng tiba tiba aku rasa pinggang aku di cuit oleh seseorang.

Aku toleh ke arah tangan yang mencuit ku tadi. Siapa lagi kalau bukan Zafran. Aku kecilkan mata ku ketika memandangnya.

"Awak buat apa tadi?" Soalku sambil mengetap gigi. Geram! Kelihatan Zafran tengah tersengih sengih.

"Usik pinggang you lah" senang je jawapan Zafran. Jawapan yang senang tu lah yang buat aku makin nak naik hantu, setan, malaun, pontianak semua ada. Aku palingkan muka ku menghadapnya.

"Untuk apa usik usik pinggang orang ye Encik Zafran? Dah gatal sangat ke!" Nadaku sekata tapi penuh dengan ketegasan dan kemarahan. Zafran masih tersengih dan menampakkan lesung pipit nya. Aku? Mood swing gila lah, rasa nak wrestling je singa jantan depan aku ni.

"Haah" sepatah sahaja yang di balas oleh Zafran buat aku terus berdiri di sisi nya. Aku sudah naikkan lengan baju ku seperti orang nak bergaduh pulak gayanya.

"Pervert! " Jeritku, kuat di telinganya. Zafran sempat menutup telinganya. Maybe telinga Zafran dah pekak sebelah sebab gegendang telinga dah pecah akibat jeritan aku. Zafran sudah menghadiahkan ku jelingan yang sangat tajam. Aku ketapkan gigi ku. Seram do tengok dekat dekat muka Zafran bengang.

Suami StrangerTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang