Bab20

17.5K 615 10
                                    

"Kita pergi rumah mama tau esok" Zafran melabuhkan punggungnya di sebelah ku. Aku memandangnya sekilas.
Mama Zafran? Oh no! Memang taklah aku nak pergi. Garang macam mak singa.

"Taknak lah" kataku, malas. Zafran mula merapatkan kedudukan yang agak jauh antara aku dan dia.

"Mama tak garanglah. Mama baik je cuma dia marah sebab dia ingat you yang jadi orang ketiga dalam relationship i dengan Rina." ada nada memujuk daripada Zafran. Memang aku punca dia dengan Rina putus pun. Hm. Aku masih diam memandang kaca televisyen yang menayangkan cerita Playfull Kiss. Favourite drama ni, jangan ganggu mood lah Zafran.

"Memang saya, punca awak dengan Rina putuskan? Kenapa nak nafikan." mataku masih tertumpu di kaca TV tanpa memandang Zafran. Ada keluhan berat dilepaskan oleh Zafran. Telingaku dapat menangkap keluhan tersebut.

Zafran diam tidak berkata. Aku mulai pelik. Aku pusingkan kepala ku ke kiri. Ku lihat matanya setia menonton drama korea tersebut tapi di wajahnya cukup muram. Kalini aku pula mengeluh. Terpaksa mengalah!

"Ok saya ikut awak esok." Kataku memulakan perbualan dalam suasana tegang. Zafran masih diam, menonton drama. Haih sakit pulak hati aku dia tak bagi respons. Aku masih setia menanti jawapannya tanpa mengalihkan pandanganku.

Tiba-tiba Zafran memandang tepat kearahku dan berkata "Bella—" suara nya mendayu. Muka kami hanya beberapa inci. Mata kami mula bertaut. Aku mulai pelik. Zafran memanggilku?

"Ye." Balasku sepatah. Tak kan nak jawab 'Nak apa sayang'. Ish memang taklah, nanti Zafran fikir lain pulak.

"Tu" jawabnya dan muka dipalingkan semula ke arah skrin televisyen. Aku turut mengikut gerak kepalanya.

Mataku terus membulat. Sekarang tengah scene Ha Ni tengah bercium dengan Seung Jo dalam hujan. Aku kembali memandang Zafran. Zafran sedari tadi sudah menatap wajahku.

"So why not—" Muka Zafran semakin dekat. Aku sempat 'pause' percakapannya dengan menutup mulutnya dengan tapak tanganku.

"Awak ni selalu nak amek kesempatan kan." Aku sudah mengecilkan mataku tanda 'beware' Zafran. Walaupun aku sudah menutup mulut Zafran dengan tapak tanganku tapi dapat ku rasakan yang Zafran sedang tersenyum.

Dia ingat aku main main ke bila bercakap? Aku cubit biar kulit dia yang lawa ni berkudis kang.

"You yang selalu mulakan dulu." Zafran menarik tanganku yang menutup mulutnya perlahan lahan. Aku sudah menelan air liur. Gulp! Sempat lagi nak salahkan aku.

"Kenapa saya pulak?" Aku cuba melawan. Bella jangan nampak lemah sangat bila dia buat suara menggoda. Zafran makin mendekatkan mukanya. Aku mulai ke belakang dan akhirnya jatuh terbaring di atas sofa dalam keadaan Zafran menindihku.

"Dari tadi i syok tengoh scene kiss tau" bisik Zafran betul betul di telingaku. Hembusan nafas Zafran yang menyapa batang tengkuk ku membuatkan aku sedikit mengeliat kerana kegelian.

"Wow Bella. You try nak goda i ke?" Sambung Zafran lagi apabila badanku mula berlaga dengan badannya. Aku mula sesak nafas. Bukan sebab ditindih oleh Zafran tapi sebab gelora dalam jiwa yang bercampur. Zafran sweet talker! Dia tau apa yang perempuan lemah.

"Za—Zafran, saya sesak nafas lah" kataku gagap. Ah Bella, kau lagi goda dia dengan suara kau adalah. Stupid. Zafran sudah tersengih sumbing.

Matanya tidak lepas memandang mataku. Aku sedari tadi cuba melarikan pandangan Zafran. Hidung Zafran kini mula berlaga dengan hidungku. Jantung aku semakin kuat mengepam. Cool down, Bella. Kau boleh control yourself lah.

"Bella, i nak—" Zafran belum mengabiskan katanya dengan tiba tiba dia bangun daripada menindihku dan duduk di sofa seperti sedia kala. Fuh, lega!

Aku terus bangun daripada sofa dan segera menuju ke bilik tidur. Baru sahaja tanganku memegang tombol pintu, kedengaran Zafran mengatakan sesuatu.

"Bella, i'm so sorry. Esok at 8 p.m. I amek you" kata Zafran dengan nada sedikit menjerit tanpa memandangku. Aku sempat menoleh dan memandang Zafran yang masih duduk di sofa. Mukanya kelihatan suram. Ada juga riak kesal. Aku buat salah lagi ke kali ni? Isteri jenis apa lah kau ni Bella. Kau dah tau punca perkahwinan kau so kenapa tidak kalau kau mintak cerai sebelum benda lain yang lebih buruk berlaku antara kau dengan Zafran dalam rumah ni.

Perlahan lahan aku menapak masuk ke dalam bilik dengan perasaan yang bercampur baur. Cintakah aku? Sayangkah aku? Zafran kau dah seksa jiwa aku. Aku kena buat keputusan untuk stay dengan kau atau cerai.

---------

Sejak dari keluar kondo sampai naik kereta, pandangan Zafran still tak berubah. Asyik memandangku dari atas sehingga bawah.

"Saya salah pakai baju ke?" Soalan bodoh tiba tiba terkeluar dari mulutku. Salah pakai baju menda kau ni Bella. Betullah ni baju perempuan. Baju kurung. Zafran sudah tergelak kecil dan membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa ketika memandu.

"Nasib baik you tegur i kalau tak mata i ni dah tembus sampai boleh nampak bra you" kata Zafran bersahaja sambil menghidupkan enjin keretanya. Aku segera menutup bahagian dadaku dengan menyilangkan kedua dua belah tanganku di dada. Gatal! Tak habis lagi rupanya mood miang si singa ni.

"Jangan terkejut bila sampai rumah i nanti" suara Zafran mendatar dan kedengaran serius. Aku hanya memandang sekilas dan kembali membuang pandang ke luar tingkap. Nak terkejut sebab apa? Aku sudah memikirkan berbagai bagai kemungkinan.

Sampai sahaja di rumah agam keluarga Zafran, Zafran terus meluru keluar daripada  kereta meninggalkan aku yang terpinga pinga di dalam kereta. Dapat ku lihat Zafran sedang memeluk seorang lelaki daripada cermin keretanya. Ayah Zafran ke? Tapi nampak muda. Aku mula mengatur langkah perlahan lahan menuju kearah Zafran dan lelaki yang tidak pernah dilihat wajahnya sebelum ini.

"Kenapa awak tinggalkan—" ayatku tergantung kerana terkejut apabila melihat susuk tubuh dan wajah yang amat aku kenali. Zafril.

Zafran dan Zafril memandangku serentak. Zafril turut kelihatan terkejut. Zafran dan Zafril kembar? Patutlah Zafran beriya tanya aku siapa Zafril. Baru sekarang aku tau apa perbezaan Zafran dengan Zafril. Zafril takda lesung pipit. Ketika Zafran dan Zafril berborak kosong sebentar tadi sempat aku melihat lesung pipit milik Zafran.

"Bella," Zafril memanggil namaku. Aku mula terasa sayu. Zafril tinggalkan aku tanpa khabar berita. Puas aku cari merata tempat tetap takda tiba tiba dia muncul di depan mataku di rumah keluarga Zafran dengan title kembar Zafran. Aku tak kuat, YaAllah.

"Korang borak borak lah dulu" Zafran mencelah. Aku pandang Zafran sekilas. Zafran tersenyum sambil menepuk nepuk bahu Zafril. Dia tak sayangkan aku ke?

Zafran sengaja tidak memandang wajahku. Zafran segera melangkah laju masuk ke dalam rumahnya dan meninggalkan ku sekali lagi. Aku ingin mengikut langkah Zafran tetapi di tahan oleh Zafril.

"Bella, saya nak cakap dengan awak sekejap." Suara Zafril buat aku nampak lemah. Aku akur.

"Awak ke isteri Zafran?" Soalan Zafril buat aku makin serba salah. Aku tersepit. Aku mula sayang Zafran tapi aku confius sebagai kawan ataupun suami. Aku sayang Zafril sebab dia pernah bagi sepenuh hati dia untuk aku tapi dia tinggalkan aku dan menghilangkan diri. Patut ke aku sayang Zafril balik ataupun bukak hati untuk Zafran?

"Akak, abang jom masuk. Satu family tengah berkumpul tu." Auni memecahkan suasana yang agak janggal antara aku dengan Zafril. Huh, nasib baik ada Auni.

"Jom Auni" kataku sambil memimpin tangan Auni dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Zafril sendirian.

Sempat aku melihat wajah Zafril yang kelihatan hampa. Maaf Zafril, saya belum bersedia nak berborak dengan awak macam selalu kita buat dulu dulu.

-------

Sorry untuk ayat melayu yang tak berapa nak betul sangat. Author memang nak update secepat yang mungkin tapi ada je benda nak buat. Nah, update yang tak seberapa. Thank you siapa yang vote and komen tu. :))

Suami StrangerWhere stories live. Discover now