Bab19

17.7K 588 16
                                    

(Melia POV)

"Farith aku ada benda nak cakap dengan kau!" Kataku sedikit menjerit kerana keadaan kelab malam yang agak bising dan bingit. Farith masih terkinja kinja menari bersama sama perempuan yang berpakaian agak seksi di mataku.

"Apa dia!?" Farith turut menjerit. Farith sudah terhuyung hayang dan mulutnya berbau alkohol. Mabuk lah ni apa lagi.

"Sini—" aku menarik Farith keluar daripada kelab tersebut. Rimas pulak bila berada di tengah tengah ratusan manusia yang menari seperti orang gila. Farith mula mula merentap tangannya tapi akhirnya dia menurut.

Sampai sahaja di sudut luar kelab malam tersebut aku melepaskan pegangan tangan sebentar tadi. Farith masih lagi dalam keadaan terhuyung hayang sambil meramas ramas rambutnya.

"Farith aku betul betul serius ni" kataku mendatar. Farith masih lagi khayal, lagak seperti orang gila. Tulah penangan alkohol, bukan sahaja boleh buat orang lain khayal malahan boleh buat orang mati.

"Kau nak apa lagi perempuan ha—" suaranya sayu. Eh dah kenapa pulak si Farith ni nak nangis kat sini. Aku bukan cakap pasal benda sedih pun. Aku hanya membiarkan Farith menyambung kata katanya sebentar tadi.

"—kau puas lah kan! Tak dapat Zafran tapi dapat isteri dia. Kau lagi keji daripada apa yang aku sangka! Aku ni— even aku perangkap Zafran aku tetap tak dapat Rina. Rina tetap nak tunggu Zafran. Perempuan tu bodoh sama dengan kau! Buang masa saja aku kejar dia sampai sanggup buat kerja bodoh. Semua demi dia" Rintih Farith. Hati aku mulai panas apabila dia mengatakan aku perempuan keji.

Kau baru tau ke aku keji Farith? Akulah yang pisahkan keluarga Bella dengan dia. Aku jugak yang buang semua ubat dia! Sebab aku taknak dia sembuh. Aku nak tengok dia sengsara. Dia selalu berlagak bagus!

Aku mula meronta di dalam hati. Takguna jugak aku nak cakap semuanya dengan Farith dengan keadaan Farith yang terhuyung hayang dan tidak tahu mahu buat apa.

"Memang. Aku keji. Sebabtu aku lagi pandai dari kau." Balasku dengan kata kata pedas. Farith sudah mula gelak yang dipaksa paksa. Emosi orang mabuk ni belum sampai 5 minit dah berubah ubah.

"Kau takkan terlepas lah Melia. Aku cakap semuanya dekat Bella. Aku kata kau terlibat sekali. Muka Bella masatu memang terkejut gila—" Farith makin galak gelak. Aku hanya memandangnya dengan pandangan membunuh. Sebenarnya aku memang nak bunuh dia tapi tunggu masa.

"—aku confirm dia takkan percaya kau lagi lah Melia. Watch out k dear" sambung Farith sambil mengusik daguku sedikit. Aku mengalihkan muka. Tidak suka diperlakukan seperti itu.

Kemarahanku sudah tahap maksimun. Farith betul betul mencabar ku. Walaupun Farith dalam keadaan mabuk aku tau semua apa yang dikatakan adalah apa yang ada di dalam hatinya.

"Kau yang kena jaga jaga Farith. Jangan sampai ada orang bunuh kau, ok?" Aku menampar pipi kirinya lembut dengan senyuman sinis. Farith hanya mengangguk angguk. Aku berlalu pergi meninggalkan Farith sendirian di sudut. Aku akan pastikan kau matilah Farith, kau tunggu je ajal kau datang. Aku sudah tersengih sendirian.

------------

"Buat apa kat sini?" Kataku memandang sekeliling. Hutan! Takkan nak dinner kat sini. Apa masalah mamat ni. Otak sebelah mana pulak tercedera kali ni.

"Makanlah. Takkan nak camping kot. I ok je kalau nak camping tapi you kan ada class esok." Balas Zafran dengan keadaan mata masih fokus memandang jalan yang agak sempit.

"Tapi saya tak makan daun. Kalau awak—hmm awak makan daging je kan?" Haah kan singa memang makan daging je takkan dia dah berubah jadi lembu kot. Zafran memandang sekilas kearahku dengan pandangan yang tajam. Ops terlebih sudah. Aku tersengih dalam diam.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now