Bab37

19K 523 14
                                    

"Sayang cepat sikit nanti kita lambat." Suara singa Zafran dah keluar. Aku masih melambatkan pergerakanku. Aku jalan perlahan lahan menuju ke kereta.

"Amboi mengada ngada eh sayang." Zafran datang menghampiriku dan menarik kuat telingaku. Aku kerutkan dahiku. Dasar suami gangster, suka membuli!

"Auch, sakitlah awak." Aku mengaduh kerana kesakitan. Aku cuba menarik tangan Zafran daripada menarik telingaku tetapi tidak berhasil sehingga ada suatu suara menyapa aku dan Zafran.

"Bella..." Suara yang amat aku kenali. Suara Melia. Aku kalihkan muka dan memandang Melia. Zafran melepaskan tarikan di telingaku. Muka Zafran tegang semacam, tangannya di silangkan di dada.

"Melia..." Aku turut memanggil namanya. Melia tersenyum dan jalan mendekatiku. Aku balas senyumannya dan membatukan badanku. Beberapa langkah di ambil oleh Melia sehingga sampai betul betul di hadapanku. Aku pandang wajahnya, ikhlas.

"Aku datang sini sebab aku nak—" Ayat Melia tergantung dan aku rasakan satu tusukan masuk tepat ke dalam perutku. Mataku terus membulat memandang Melia dengan mata yang bergenang. Aku lekapkan sebelah tanganku pada perut yang terasa di tusuk tusuk. Aku lihat darah penuh mengalir. Aku pandang semula wajah Melia yang masih tidak beranjak di hadapanku.

Tangan Melia terus di rentap kasar oleh Zafran.

"Kau buat apa ni setan!?" Suara Zafran meninggi dan gelombang bunyi dari suaranya memenuhi parking lot hotel. Pekerja hotel terus meluru keluar apabila mendengar suara Zafran yang tiba tiba meninggi.

"Hahahaha, rasakan Bella. Rasakan!" Melia bagai di rasuk setan. Gelak tanpa menghiraukan suara Zafran yang memarahinya. Mukanya kelihatan, puas.

Aku tidak dapat bertahan terus aku rebah di lantai parking lot tersebut dan kedengaran derapan kaki. Aku hanya membiarkan dan membiarkan hidupku untuk terus gelap.

----------------

(Zafran POV)

"Sayang, biy nak pergi solat dulu. Jaga diri elok elok ye." Aku hanya berpesan sendiri kerana tubuh Bella masih kaku tertidur di atas katil hospital. Alhamdulillah, luka yang Bella alami tidaklah teruk. Aku sangat bersyukur kerana Allah masih mahu meminjamkan Bella untuk aku.

Melia?

Aku memang dah lama cari kemana keberadaannya. Last info, Melia berada di hospital sakit jiwa. Sebenarnya Melia ni ada masalah psikologi. Psiko. Sebabtu aku risau kalau Melia dekat dengan Bella. Selama aku dekat Hungarian aku tetap jaga keselamatan Bella. Aku upah orang untuk selidik aktiviti Melia di Malaysia.

Melia datang semasa kitaorang baru mahu memulakan perjalanan menuju ke Pulau Pinang adalah satu tragis. Rupanya sudah lebih seminggu Melia melarikan diri dan bersembunyi. Dalam sepanjang masa persembunyiannya dia telah membuat perancangan yang baik. Aku pun tak fahamlah pemikiran orang psiko ni.

Aku langkah keluar daripada wad dan menuju ke surau hospital. Setelah selesai aku keluar mencari ahli keluarga yang lain.

From: Mama
Text: Mama tunggu dekat
           kafeteria.

Form : Along
Text: Along bawa satu family
           ni. Along bawak adik
           makan dekat kafeteria
           dulu.

From: Abang Ril
Text: Bella ok ke Zaf?

From: Dira
Text: Bella dah stabil ke?

Suami StrangerWhere stories live. Discover now