Bab33

21.6K 665 42
                                    

Pagi ini terasa agak pelik kerana Auni tidak memelukku tapi aku yang sedang memeluknya. Aku makin eratkan pelukan dalam pandangan yang masih tertutup. Ah, sedap pulak peluk si Auni ni.

Lama aku memeluk Auni sehinggalah satu gerakan yang membuatkan mata aku terbuka luas. Gerakan kaki yang sengaja di silangkan dengan kakiku. Aik, asal macam kaki lelaki.

"A—awak." Tergagap aku berkata apabila orang yang aku peluk hampir setiap malam adalah Zafran. Dapat aku rasakan darah mula naik ke muka. Malunya!

Tiada gerakan daripada Zafran. Aku perhati keadaan aku dan Zafran. Ehem, biasalah perempuan kan selalu overthinking so mesti aku fikir bukan bukan pasal malam tadi. Macam mana aku boleh tak sedar, tu masalahnya.

Keadaan Zafran yang tidak berbaju dan aku hanya memakai baju Zafran yang labuh separas atas lutut. Aku hampir menjerit namun aku kawal emosi dan perlahan lahan menolak Zafran jatuh daripada katil.

Gedukk!!

Bunyi seperti buah nangka jatuh. Teruk betul. Zafran mencelikkan mata dan terus mengaduh.

"Aduh," Zafran mengaduh dan memandang aku dengan mata sepetnya. Mata baru bangun tidur. Alamak, comelnya. Ops, terjatuh cinta lagi.

"Sayang buat apa ni?" Sambung Zafran, bangun sambil tangannya menggosok bahagian antara pinggang dan pinggul. Auch, mesti sakit sebab masa dia jatuh tadi terasa macam rumah nak runtuh. Huhuhu Bella kejam.

"Kenapa saya ada dalam bilik awak?" Soalan di balas soalan. Pagi pagi je dah mula bertekak. Cubalah pagi pagi cakap 'hi sayang, good morning'. Aku bermonolog sendirian.

"Panjang ceritanya," Balas Zafran bermalas malasan. Rambutnya yang agak serabai ketika bangun dari tidur makin di serabutkan dengan meramasnya. Lagak seperti orang mati bini. Hello, depan mata ni bukan bini ke?

"Pendekkan. Kalau boleh buat rumusan je." Amboi, ada ciri ciri nak jadi cikgu bahasa malaysia ni. Aku tergelak sendiri di dalam hati. Kelakar pulak tetiba aku nak jadi cikgu.

"Sayang mengingau sambil berjalan dan sayang masuk bilik abang." Jawab Zafran masih lagi dengan muka yang cemberut kerana mengantuk. Buka mata pun macam tak buka mata.

"Habistu kenapa saya pakai baju awak?" Soalku lagi, tidak berpuas hati. Suka hati dia je nak touch touch orang masa kita tak sedar dan di luar kawalan. Tu namanya menggunakan orang yang dalam kesempitan.

"Abang tengok baju sayang dah basah so takkan nak biar je." Balasnya, selamba. Dia tukar baju aku sebab ada niat lain lah tu. Ish benci Zafran.

"Awak mesti sambil menyelam minum air kan?" Aku menunding jari kearahnya dengan lirikan mata yang tajam. Kelihatan riak wajah Zafran sudah berubah. Zafran yang gatal.

"Mestilah, rezeki depan mata kot." Selamba badak Zafran menjawab sambil tersengih sengih dengan tangannya memegang belakang tengkuknya. Aku cubit lengannya.

"Gatal ye." Kataku makin menguatkan cubitan. Zafran ingin menjerit tapi ditahannya. Mukanya berkerut menahan diri daripada mengaduh. Tangannya memegang lembut tangan aku yang sedang mencubitnya.

"S—sakit." Rintihan Zafran membuatkan aku berhenti mencubitnya dan perasaan serba salah mula menyelubungi diriku. Sakit sangat ke? Aku rasa cubitan aku tu takdalah berbisa mana. Aku lihat lengannya yang aku cubit sebentar tadi. Agak kebiruan.

Aku panik.

"Awak sorry. Sorry. Sorry. Saya tak sengaja." Bersungguh sungguh aku meminta maaf. Sorry Bella memang dilahirkan untuk menjadi perempuan yang kasar hm nasib kaulah sang suami. Zafran menjelingku sekejap dan menolakku sehingga terbaring di atas katil.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now