Bab23

16.8K 618 31
                                    

Aku dekat hospital ke? Macam mana aku boleh sampai sini. Duduk dekat katil hospital? Oh no!

"Bella, are you ok?" Tegur seseorang, suara yang aku kenal. Zafran. Aku toleh kearah sisi katil.

"Saya nak balik." Aku memang tak bertah kalau duduk hospital, ada je benda yang aku takutkan. Kalau bukan pesakit dia maybe doktor. Yelah, dulu masa kecik kecik aku selalu fikir yang hospital ni tempat tinggal zombi.

"Memang you boleh balik bila dah sedar pun. Come, i bawak you jumpa doktor Aina." Zafran menghulurkan tangannya untuk memimpin ku tapi aku hanya memandang kosong tapak tangannya dan dengan kudrat yang ada aku cuba berdiri.

"Saya boleh jalan sendiri. Jomlah jumpa doktor." Kataku pantas melangkah ke hadapan mendahului Zafran. Kedengaran samar samar Zafran mengeluh.

Zafran mula memotongku. Akibat kaki aku yang masih lemah jadi aku berjalan sedikit perlahan. Sampai sahaja di depan pintu yang tertera nama 'Dr.Aina' terus Zafran meluru masuk diikuti aku.

"Hi Puan Nabella." Doktor ni macam selalu tengok je tapi kat mana? Hi daripada doktor tu dah ok. Yang tak ok nya 'puan'. Heh, sekejap je pun aku pegang title tu.

"Duduk sini." Zafran menepuk nepuk kerusi yang berada di sebelahnya. Aku pantas melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Aku selesa kan kedudukan ku agar dapat mendengar penjelasan doktor tersebut dengan lebih jelas.

"Lama tak jumpa puan ye," kata doktor Aina. Lama? Aku rasa ni baru first time kot jumpa.

"Saya pernah kenal doktor ke sebelum ni?" Soalku dengan dahi yang berkerut. Doktor tersebut turut mengerutkan dahinya apabila aku bertanya sedemikian manakala Zafran hanya menjadi pemerhati yang tekun.

"Awak tak ingat saya ke Bella?" Soalan di balas soalan. Kalau macamni sampai esok pun tak terjawab.

"Tak" sepatah ayat sahaja yang keluar daripada mulutku. Zafran yang melihat adegan bersoal jawab ini turut memandang pelik.

"Ok. Awak ingat tak macam mana awak boleh amnesia?" Soal doktor tersebut. Nak soal selidik aku pasal kes aku ingat ingat lupa lah tu.

"Ingat"

"Awak tau kenapa awak kahwin dengan Encik Zafran?" Soalnya lagi sambil memunggah munggah fail peribadi pesakit.

"Mula mula tak tau tapi dapat jawapan daripada kawan." Kataku jujur sambil memandang sekilas kearah Zafran. Wajah Zafran sekarang susah nak ditafsirkan. Kecewa? Cinta? Bahagia? Menderita? Semuanya bagai tertulis di wajah Zafran.

"Saya syak awak tak makan ubat ubat yang saya bagi ni Bella," sambung doktor Aina. Aku hanya diam ketika mendengar penjelasanya.

"Last awak ambil ubat awak pada five month ago. Awak belum sembuh sepenuhnya kenapa stop makan ubat?" Terang doktor tersebut berserta soalan.

"Saya tak tau apa apa. Saya tak ingat." Jawabku beriya. Ye, memang aku tak ingat apa apa.

"Tanpa ubat pun wife saya boleh sembuhkan?" Zafran mencelah. Prihatin. Aku tak boleh go bila sifat prihatin Zafran datang. Zafran nampak lebih matang berbanding Zafran yang aku kenal mula mula. Aku harap juagk dia buat keputusan yang matang bukan keputusan seperti budak budak.

"Boleh tu memang boleh Encik Zafran tapi mengambil masa lah, tu pun kalau Encik Zafran sanggup." Doktor tersebut menjawab pertanyaan Zafran. Zafran sudah mengangguk dan sebelah tangannya mencapai tanganku. Aku paling muka kearahnya.

"Its okay, i tau siapa yang boleh buat my wife ingat semuanya." Zafran memandangku dengan senyuman. Senyuman yang jarang kali muncul. Tapi siapa yang boleh sembuhkan aku?

Suami StrangerWhere stories live. Discover now