Special (ZaBell official)

14.1K 483 23
                                    


"Mama, Zarith conteng  buku sekolah Zarif!" Jerit Zarif dari arah ruang tamu. Aku yang baru sahaja siap menyidai baju di halaman belakang rumah dengan sebelah tangan mengendong Zafrin kelam kabut berlari ke ruang tamu mahu melihat keadaan Zarif dan Zarith.

Sampai sahaja di ruang tamu, mulutku terus terbuka luas. Rumah dah tak macam rumah. Habis bersepah semua barang mainan. Aku letakkan Zafrin di atas tilam.

Aku hampiri Zarith dan Zarif yang sedang berebut buku, aku pasti buku itu ialah buku latihan Zarif. Sejak kebelakangan ni Zarith selalu sangat cari pasal dengan Zarif tak kira lah masa main bersama ataupun makan. Kat mana sahaja asalkan ada peluang, Zarith akan mencari pasal dengan abangnya, Zarif.

"YaAllah, siapa yang sepahkan rumah ni? Mengaku cepat!" Aku mula menyinga. Dahla penat sidai kain dengan dukung Zafrin lagi. Nasib baik Zafrin dah tertidur masa aku mendukungnya tadi.

Kedua-dua kembar tersebut menunduk. Aku cekakkan tangan di pinggang sambil memandang tajam. Masing masing membisu. Tadi bukan main memekak sekarang diam pulak.

"Mama tanya ni siapa yang sepahkan rumah?" Soalku lagi dengan nada suara yang telah di turunkan. Kedua duanya masih menunduk dan mendiamkan diri. Huh, sabar Bella sabar ni semua dugaan Allah.

"Zarith sini." Aku panggil Zarith dengan suara yang lembut. Zarith masih tidak beranjak. Aku berdengus sekejap kemudian aku hampiri Zarith. Makin aku datang mendekatinya makin kakinya melangkah ke belakang. See, aku dah takutkan anak aku sendiri.

"Zarith, mama tak marah. Meh lah ke sini." Aku cuba memujuknya tetapi pujukan ku tidak mampu mengembalikan kepercayaannya. Zarith menggeleng gelengkan kepalanya tanda tidak mahu. Aku tak patut marah diaorang.

Kaki Zarith masih mengundur ke belakang sehinggalah Zarith hampir terjatuh kerana tersadung pada kaki seseorang. Kaki Zafran.

"Zarith kenapa ni?" Tanya Zafran lembut. Zafran tak pernah tinggi kan suaranya di depan anak anak. Aku je yang selalu marah marah. Agak tertekan sebenarnya jaga anak anak ni.

"Mama buat." Zarith yang kini berada di dukungan Zafran membuka mulut dengan bibir yang di cebikkan, mahu menangis. Aku hanya memerhati sambil Zarif berlari mendapatkan Zafran.

"Ha Zarif ni kenapa pulak?" Zafran mula menyoal sekali lagi. Zarif pegang erat seluar slack milik Zafran.

"Mama buat jugak. Mama marah marah." Zarif mengadu. Aku hanya diam dan membatu mendengar setiap kata yang di katakan oleh kedua anakku. Zafran mula mengangkat muka memandangku.

"Sayang buat apa dengan diaorang?" Kini aku pula yang di soal siasat. Aku perhati susuk tubuh Zafran yang masih di lengkapi uniform navy tersebut sekejap kemudian memalingkan muka ke arah lain dengan tangan di silangkan di dada.

"Sayang, biy tanya ni." Zafran keluarkan suara sekali lagi. Aku diam dan memandang ke arah lain. Aku abaikan setiap katanya.

"Sayang takda mulut ke nak cakap?" Kasar. Ye hanya perkataan tu yang terlintas di benak fikiranku. Zafran mula mengeluarkan kata kata yang kasar. Aku tahan sebak di dada kemudian aku palingkan muka memandang Zafran.

"Ye, saya marah diaorang! Puas hati awak!" Aku mula menengking. YaAllah berdosa betul aku tetapi bila amarah menguasai kemarahanku tidak dapat dibendung lagi. Aku kepal tangan tanda kemarahan ku sudah terkumpul. Zafran mula menukar riak muka. Zafran lepaskan Zarith daripada dukungannya.

"Zarif bawak Zarith naik atas kejap. Papa nak discuss something dengan Mama." Zafran mengarahkan Zarif dan Zarith duduk di tingkat atas mungkin kerana tidak mahu anak kecil itu mendengar pertelingkahan antara kami. Zarif hanya mengangguk faham lalu di tariknya tangan Zarith menuju ke tingkat atas. Air mataku kini makin di tahan.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now