Bab5

19.2K 810 6
                                    

(Still Nabella POV)

Di dalam bilik aku tidak tenang mengenangkan apa yang di katakan oleh Melia semalam. Aku ponteng kelas Prof paling garang dekat U, harini. Ah lantaklah. Aku terus mencapai telefon bimbit jenama Asus ku dan mencari no yang ingin ku hubungi.

Yes! Dapat. Aku terus menekan button 'hijau'

Titt!

Titt!

Titt!

"Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidamatan" aku mula berkerut. Tiada dalan perkhidmatan? Aku mula membelek nombor itu semula.

Betullah nombor Farith apa yang takda dalam perkhidmatanya.

Aku menyerah kalah akhirnya aku mencampak kan telefon ku ke atas katil.

Buntu. Yes, aku buntu. Takkan aku boleh kahwin dengan Zafran dalam masa sehari!? Tak mungkin.

Banyak persoalan yang berada di mindaku.

-----

Harini genap seminggu aku tinggal berseorangan tanpa orang tersayang. Tipulah aku tak rindu keluarga aku. Aku rindu sangat diaorang. Kalau boleh nak peluk sorang sorang sampai taknak lepas.

Zafran? Nak rindu pun rasa serba salah. Zafran ada juga menjenguk aku di U tapi aku cepat cepat larikan diri. Aku belum bersedia nak jumpa dia.

"Ha termenung apa tu Bella" sergah Kak Mira, aku hampir terpotong tanganku sendiri.

"Akak ni buat terkejut orang je nasib tak potong jari sendiri tau" aku membalas konon nak marah tapi bunyi macam mengada ngada. Kak Mira hanya tergelak dan datang menghampiriku. Aku menyambung memotong ayam.

"Akak nak cakap something ni" aku hanya mendengar sambil tanganku masih memotong ayam dengan tekun.

"Apa dia?" Soalku mengalih pandangan sekejap ke arah Kak Mira.

"Akak ada outstation esok so jaga rumah elok elok boleh? Akak mintak maaf sebab baru bagitau Bella harini. Akak ada urgent call dari bos dekat Sabah. Tolong ye." Rayu Kak Mira. Aku sudah berhenti memotong dan memandang Kak Mira.

"Bella tak marah tapi.." Ayatku tergantung.

"Tapi apa Bella" tanya Kak Mira atas soalan ku yang tergantung sebentar tadi.

"Bella takut lah ada orang tidak di kenali datang rumah ni" balasku. Kak Mira tersenyum dan menepuk bahuku sambil berlalu pergi ke tingkat atas.

Sempat juga dia menjerit "Take care ye. Nanti akak tinggalkan duit sikit. Akak pergi 3 hari 2 malam je!" Aku hanya mendengar.

------

Harini hari pertama aku duduk rumah ni tanpa Kak Mira. Janggal lah jugak.

Hari makin malam so aku pun berjaga jaga dengan mengunci pintu belakang dan tingkap tingkap.

Aku melangkah ke halaman rumah untuk mengunci pintu depan. Tiba tiba ada kereta berhenti di hadapan rumah Kak Mira. Aku kaget. Aku cepat cepat ingin menutup pintu pagar tapi di halang.

Zafran?

Zafran datang menghampiri ku. Aku kaku macam kena kejutan elektrik.

"Aku nak bincang something." Nada dia seperti bengang. Dengan pergunaan 'aku' dalam bahasa nya aku tau dia sedang marah.

Tapi kenapa dia nak lepaskan marah dia kepada aku? Kenapa bukan kawan kawan dia? Sebab aku ke dia jadi mcm ni?

"Awak ni bukan rumah saya lagipun orang taman ni tak kenal saya nanti diaorang kata bukan bukan pasal kita. Dan lagi satu mana awak tau saya tinggal sini?" Aku memberanikan diri untuk membuka bicara. Aku bukan taknak bercakap dengan Zafran tapi aku takut rukun tertangga kata macam macam. Kesian Kak Mira juga yang kena nanti.

"Kau ingat aku kesah?" Kali ni suara dia mula meninggi. Aku tiba tiba takut dengan perwatakannya malam ini. Aku masih kaku tidak beranjak seinci pun.

"Kita cakap kat luar je" aku mula bertegas. Aku taknak jadi perempuan lemah dekat depan mata Zafran.

"Boleh je kalau kau nak aku menyingga dekat sini" kata Zafran sambil tangannya sedikit menolak bahuku.

"Straight to the point Mr.Zafran" aku mula bersikap tegas. Ye ni lah Bella sebenarnya. Bella yang tak mudah lemah bila di tengking.

"Ok. First, kau jangan bajet bagus sangat boleh? Konon boleh survive sendiri. Pui" kata Zafran sambil berlakon seperti meludah. Jujur aku sedikit terkecil hati dengan tindakannya. Salah ke aku nak hidup sendiri?

"Ok teruskan" aku still in mood tak kesah tapi tak kesah yang hanya ditunjukkan di muka bukan di hati.

"Second, aku takkan lepaskan kau selagi kau tak tau punca kita berkahwin." Ayat Zarfan, aku hadam dalam dalam , benci betul Zafran ni dekat aku sampai nak seksa aku dalam game ni.

"Third, aku akan selalu ingat yang kau punca aku dengan Rina putus!" Kali ni dia benar benar marahkan ku kerana mukanya telah berubah merah dan urat lehernya makin kelihatan.

"Finish? Ok so Mr.Zafran boleh balik lah. Thankyou" kataku mengalu ngalukan kepulangannya. Makin lama dia disini makin sakit hati aku.

Zafran berdengus dan berlalu pergi. Baru sahaja dia membuka pintu keretanya dia kembali menoleh kearahku.

"Aku datang lagi esok" katanya dan masuk ke dalam perut kereta dan segera hilang dari penglihatanku.

Aku menekup kedua belah tanganku dan menangis sepuas puasnya.

Kenapa kau tak ingat apa apa ni Bella. C'mon kau boleh ingat Bella.

-----

This bab a bit boring lah i think so hope korang terimalah keboringan bab ni.

Hehehe. Yang selalu baca this story, thank you very much :*

Try ringankan tangan untuk vote and komen ye.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now