Bab30

23.9K 711 26
                                    

"Sayang.." Zafran memanggilku. Aku toleh sekilas dan kembali memandang skrin laptop yang menyala menerangi bilik Zafran yang gelap.

"Pandang je?" Kedengaran suara Zafran seperti merajuk. Aku abaikan kata-katanya dan makin fokus memandang laptop. Drama korea yang bertajuk 'Flower, I am' begitu menarik minatku sehingga sanggup berjaga sehingga pagi.

"Taknak teman lah, macam ni." Zafran sudah menarik selimut untuk menyelimut badannya. Aku tekan "pause" pada video di skrin laptop.

"Janganlah tidur dulu, temanlah saya." Aku menggoyang-goyangkan badan Zafran. Zafran hanya membatu. Aku mencebik.

"Dahlah saya nak tidur dekat bilik saya." Baru sahaja aku ingin melangkah untuk turun daripada katil tanganku di sentap sehingga aku terjatuh meniarap di atas badan Zafran.

Aku kaku. Aku pandang wajah Zafran yang hanya disinari samar cahaya yang masuk melalui celah celah sliding door koridor.

"Sorry sayang. Abang.." Matanya kuyu. Jatuh kasihan pulak tengok Zafran ni. Aku menanti ayat seterusnya.

"Abang mengantuk sangat ni, esok abang kerja tau bukan cuti." Zafran membuat muka kasihan. Aku pandangnya lama tanpa kata. Lama aku mendiamkan diri membuatkan Zafran berkerut.

"Sayang, bagilah respon." Aku masih diam dalam keadaan masih meniarap di atas badannya. Aku senyum sendiri makin membuatkan Zafran binggung.

"Sayang, you nampak sangat scary sekarang." Kata Zafran makin membenamkan kepalanya di atas bantal. Aku tersengih, nakal.

"Awak nampak handsome lah bila tengah mengantuk." Aku mula berkata setelah lama berdiam. Lama Zafran berdiam selepas kataku tetapi akhirnya mula mengukirkan senyuman. Senyuman jahat ni.

"Pandai eh nak goda abang waktu waktu macam ni." Kata kata Zafran kedengaran nakal dan.....seksi. Aku hanya tersenyum dan makin mendekatkan mukaku kepadanya.

"Bukan awak ke yang tengah goda saya sekarang ni?" Aku berbisik di telinga Zafran. Aku dapat rasakan tangan Zafran sedang menjalar di belakang badanku. Mataku terus membulat dan memandang Zafran.

Zafran pandangku dengan pandangan menggoda. Gosh, boleh lemah jantung aku ni kalau tiap hari tengok pandangan dia ni.

"Abang dah kata jangan goda abang kan so sayang kenalah tanggung akibatnya." Kata Zafran menolak aku dan mula menindih badanku. Aduh, Bella! Bahaya ni.

"Awak.." Aku menolak badan Zafran perlahan. Kelihatan mata Zafran kembali segar. Dasar orang tua gatal!

"Sayang tak ready ke?" Soalan itu tiba tiba terpancul daripada mulut Zafran. Ha..ah..ha..dah sedia tapi. Haih, Zafran ni suka buat perkara yang drastik tau. Aku diam.

"Dah tapi.." Aku kehilangan kata sebab takut menyinggung perasaan Zafran. Zafran tersenyum hambar.

"Sayang tidurlah nanti lewat pulak nak solat subuh. Goodnight." Zafran sempat mengucup dahiku dan mengemas laptop yang masih menyala di atas katil dan di letaknya di atas meja kopi.

Aku pandang Zafran dengan air mata yang mula bertakung. Aku kalihkan muka membelakangi Zafran yang sedang berbaring di sebelahku.

Berdosakah aku?

(Cut)

Selesai sahaja solat subuh berjemaah untuk kali kedua bersama Zafran, aku terus menyalamnya-sedikit lama.

Aku dongakkan mukaku dan memandang Zafran. Zafran tersenyum, ikhlas. Dia dekatkan mukanya dan mengucup dahiku. Terasa syadu pula.

Zafran lepaskan kucupan dan bersila menghadapku.

Suami Strangerजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें