Bab12

17.7K 677 19
                                    

"You taknak makan ke?" Zafran cuba memujuk tapi aku hanya buat bodoh dan mata terus menatap skrin phone macam banyak sangat benda penting padahal dari tadi on off phone je.

"You tak lapar ke?" Nada lembut Zafran dah keluar dah. Omg kalau perempuan lalu ni confirm terus pandang pemilik suara yang merdu ni. Ok stop berdrama Bella.

"Lantak you lah" ha kasarnya suara. Ceh, baru puji dah keluar suara singa. Aku hanya membuang pandang ke arah pintu keluar restoran tetsebut.

Selesai sahaja makan, aku dan Zafran mula bersiar siar sekitar Cameron Highland. Bersiar siar jelah sebab semalam dah pergi semua tempat konon harini taknak keluar tapi alih alih dia yang beriya iya ajak aku keluar pagi tadi.

Sampai di suatu tempat kereta Zafran berhenti. Aku menoleh memandangnya. Dia juga memandangku.

"What?" Soal Zafran dengan riak muka yang kosong. Aku sudah membuat muka meluat. Tangan pls kawal tangan jangan tampar muka dia.

"Buat apa kat kedai photoshoot ni!?" Soalan di balas soalan. Zafran mengerutkan dahinya dan menunjal dahiku. Ah tiba tiba kena tunjal kepala.

"Apa masalah awak ni?" Marahku tanpa memandang kearahnya. Kedengaran pintu kereta dibuka dan di tutup. Dah kelihatan Zafran menuju masuk ke dalam kedai photoshoot. Sah kenal tinggal lagi.

[Di dalam kedai photoshoot]

"Bila boleh snap?" Zafran sedang membincangkan satu perkara dengan tuan kedai. Aku hanya buat tak kesah. Ops, sebenarnya aku memang tak kesah. Lantak lah nak bincang apa pun.

Kalau Zafran tanya aku dengar ke tak apa yang dia bincang tu memang aku kata aku tak dengar.

"Dalam masa 2 minggu lagi" jelas tuan kedai tersebut. Zafran berdengus.

"Aduh, macam mana ye 2 minggu lagi saya off" terang Zafran sambil mengemam bibirnya.

"Kitaorang boleh set date lain kalau nak" cadang tuan kedai. Zafran mengganguk dan bersetuju.

"Ok. Boleh bagi nombor phone? Kalau saya free saya call lah, kita set date sama sama"

"Boleh boleh. Here" nampaknya perbincangan ni dah sampai di penghujungnya, sakit dah bontot aku duduk sini. Tuan kedai tersebut menghulurkan kad nya begitu juga dengan Zafran. Eleh kerja marine je pun perlu ke kad kad bagai tu.

[Dalam kereta]

"Balik hotel?" Tanya Zafran. Maybe dah takda tempat dia nak tuju lah kot. Lagipun esok dia kena drive jauh. Letih. Nak rehat lah tu.

"Hmm" aku malas hendak membalas. Perutku terasa bagai dicucuk cucuk. Aku tahan sedari tadi. Sakit teramat ni. Jangan tunjuk Bella, sikit je ni.

Sampai sahaja di hotel aku terus menuju ke bilik ku begitu juga dengan Zafran yang menuju ke biliknya.

Tepat pukul 2 pagi perut ku meragam. Alamak, asal ni? Nak berak ke doh? Takkan lah.

Aku mundar mandir di dalam bilik. Ah tak tenang nk tidur. Sakit gila. Ok fine kau kalah dengan ego kau Bella, baik kau call Zafran.

Aku mencari nombor Zafran. Ha jumpa pun. Aku tekan button hijau.

Tutt!

Tutt!

Tutt!

"Hello?" Kedengaran suara Zafran yang serak serak basah di corong telefon. Aku ganggu dia tidur. Rasa bersalah mula menyelubungi ku.

"Boleh datang bilik saya tak?" Kataku dengan muka yang berkerut menahan sakit. Sakit yang sangat. Kedengaran Zafran mengeluh.

"Dah lewat ni Bella, I nak tidur. Esok esok jelah kita gaduh ye" katanya sungguh sungguh. Bendul betul suami aku ni. Ada ke orang nak cari gaduh pukul 2 pagi macam ni.

"Perut saya sakitlah. Please datang. Saya takda ubat" Aku cuba merayu agar Zafran datang menemani ku. Zafran mengeluh sekali lagi. Dalam hati aku sudah berharap yang Zafran setuju untuk datang ke bilikku.

"Ok i datang dalam 5 minit. I nak pakai boxer jap" what? Boxer? Eee menggelikan lah mamat ni. Whateverlah janji dia datang. Aku mengganguk tapi dia bukan nampak pun.

"Thank.." Belum sempat aku untuk berterima kasih panggilan sudah di putuskan. Nampak dah biadap dia. Haih.

Aku sudah terbaring di katil sambil memegang perutku dengan mataku yang terpejam.

Dalam beberapa minit kemudian loceng bilik ku berbunyi. Aku yang semahunya memang tak larat nak bangun tapi ku gagahkan juga kaki ku untuk melangkah ke pintu bilik. Aku buka pintu bilikku perlahan lahan. Zafran masuk dan terus duduk di atas katil ku.

"Sakit sangat ke? I tengah tidur you tau tak? I penat Bella. Kenapa you suka sangat kacau I ha?" Suaranya tegang, marahkan aku. Aku hanya berkerut dan perlahan lahan menuju ke arah katil tapi malang tidak berbau kaki ku terasa lemah dan hampir mencium lantai nyaris Zafran datang menyambut.

"Fuh nampak betul betul sakit ni" Memanglah sakit kalau tak sakit takda nya aku nak panggil kau datang teman aku.

Aku cuba berdiri tapi cepat cepat Zafran mencepung (?) ku. Aku terpana seketika. Aku berat kot, larat ke dia ni?

Zafran meletakkan ku perlahan lahan ke atas katil. Selepas meletakkan ku dia mengurut ngurut pinggangnya. Aku dah agak dah. Aku gemok kot.

"You tak makan kan?" Soalnya. Aku mengganguk. Mungkin dia tau aku tengah gastrik.

"Tapi kenapa you berat sangat" sambungnya selepas aku mengganguk. Aku sudah mengecilkan mataku ketika memandangnya.

"Ok sorry sorry. Ni ubat gastrik. Makan lah" Oh Zafran tau. Ish saja je dia ni. Zafran mengeluarkan botol ubat daripada poket seluarnya dan memberi aku makan satu pil. Yuck benci betullah dengan pil ni tapi ku telan juga sebab tak tahan sakit.

"Thank you" balasku dan memejamkan mata. Ngantuk pulak bila makan ubat ni. Tanpa aku sedar, aku tidur sambil memeluk lengan Zafran.

"Welcome Bella. I love you" suara siapa tu kenapa samar samar. Ah biarlah aku dah mengantuk.

-----

Woot woot! Suara siapakah tu? Hehehe.

Author ada cerita lain tapi tak publish lagi. Hm kalau nak author publish cerita tu apa kata korang komen. Kalau ada yang cakap nak nanti author publish ye.

Suami StrangerWhere stories live. Discover now