𝓑𝓪𝓫 40

33 3 0
                                    

Raekal masih fokus mencari Risa hingga ke malam dia mencari. Dia tidak makan dari pagi lagi kerana mencari si isteri. Banyak kali juga lah dia menelefon isterinya tetapi tidak di jawab.

"Mana sayang?? Please jangan buat abang macam ni sayang. Abang tak rela hilang sayang.."

'izinkan Risa mencari ketenangan sekejap'

Raekal teringat dengan ayat yang di tulis oleh isterinya sendiri. Raekal berhenti di bahu jalan. Raekal menampar stereng keretanya berkali-kali.

"Arghhh!!!"

"Sa..sayang.. please come back to me. I need you now sayang"

"I really miss you angel" Raekal luluh lagi di dalam kereta. Dia menangis kesekian kali nya. Air matanya tidak dapat ditahan untuk wanita yang dia sayang. Sungguh dia rindukan isterinya sekarang. Dia perlukan isterinya.

——————————————————————————————————————————————————————————————

"Ya mummy kenapa?" Tanya Rayyan. Apabila baru sahaja mengangkat panggilan telefon dari mummynya.

"Mana Risa? Mummy call dia naik voice mail aje " Kata Datin Rasyida ada Dato Fareeq di sebelahnya.

"Urmm... Dia dah tidur kot mummy" Jawab Rayyan dengan tergagap-gagap.

"Yekee ni?"

"Iya mummy"

"Ada apa-apa terjadi ke dekat sana?" Tanya Datin Rasyida lagi. Rayyan menelan air liur mendengar soalan dari mummynya tadi.

"Urmm tak ada apa-apa mummy semua ok aje dekat sini" tipu Rayyan

"Raekal macam mana??" Tanya Datin Rasyida

"Dia ok aje mummy. Sihat alhamdulillah" Jawab Rayyan lagi. Datin Rasyida mengangguk.

Ya Allah bantulah hamba mu ini ya Allah getus hati Rayyan. Takut dengan soalan dari mummynya lagi. Dia terpaksa tipu dengan apa yang jadi sekarang ni. Kalau dia bagitahu yang kak Risanya hilang memang habis dia kena marah.

"Ok lah mummy tutup dulu la ya.. jaga menantu mummy dekat sana. Kirim salam dekat Raekal dengan Risa. Assalamualaikum anak bongsu mummy selamat malam" kata Datin Rasyida terus menutup panggilan telefon tadi. 

"Waalaikumusalam.." Rayyan menghela nafas lega.

Rayyan melihat telefon nya sekarang sudah pukul 10 malam. Tapi abangnya masih belum pulang lagi.

Mana abang aku pergi ni? Getus hati Rayyan kerisauan.

Tiba-tiba kedengaran kereta yang masuk perkarangan rumah.

"Ha panjang umur" Rayyan terus berlari keluar rumah. Rayyan melihat wajah abangnya yang kusut itu.

"Macam mana? Jumpa tak kak Risa?" Soal Rayyan.

Raekal yang menggelengkan kepala sahaja. Terus berjalan masuk ke dalam rumah.

Rayyan mengejar abangnya.

"Bang kau makan tak lagi?" Tanya Rayyan

"Aku tak lapar" hanya itu yang keluar dari mulut Raekal dan terus menaiki tangga.

"Tapi kau belum makan lagi bang!!!" Jerit Rayyan

Haih sia-sia aje kau jerit Rayyan bukan dia kesah pun getus hati Rayyan. Abangnya mula bersikap dingin kembali selepas kehilangan kak iparnya.

Semoga Allah permudahkan urusan kau bang doa Rayyan dalam hati.

——————————————————————————————————————————————————————————————

My AngelWhere stories live. Discover now