𝓑𝓪𝓫 2

87 4 0
                                    

Hari menjelang malam

"mana aku nak pegi nii ya Allah" Risa Ariana sedikit mengeluh kepenatan akibat berjalan begitu lama.

"Aduhhh penat nya"

"Aduhh hari pun nak hujan ni"

"Aku kena cari tempat berteduh ni"

Tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya.

"Alamak dah hujan, mana aku nak berteduh ni" Risa Ariana berlari dalam keadaan hujan. Risa mengangkat kedua belah tangannya dan letak di atas dahi untuk mudah dia berjalan.

"Aduhhh tak ada tempat berteduh ke ni, aku dah basah lecun dah ni" mengaduh Risa dalam keadaan berlari.

PON! PON!

"Arghh" Risa terjatuh ke atas jalan raya apabila di langgar oleh sebuah kereta.

"To..tolong..." Matanya pun menjadi gelap

—————————————————————————————

"Arghh" Risa mengaduh sakit selepas dia membuka matanya. Dia memengang kepalanya yang sakit dan dia rasa ada balutan di kepalanya.

Aku kat mana ni? Getus hati Risa Ariana

Dia cuba untuk bangun dan melihat sekeliling. Apa yang dia lihat sekarang adalah dia sedang terbaring di satu bilik yang mewah tapi bukan hospital.

"Sapa yang tukarkan baju aku? Apa yang dah jadi ni ya Allah?" Soal Risa Ariana seorang diri.

"Arghh" dia terasa kepalanya sakit sedikit. Dia juga tak ingat apa yang jadi semalam.

"Kau dah bangun" Soal seorang lelaki yang baru masuk ke bilik dan menuju ke arah aku.

"Aw..awak siapa?" Soal Risa dan memandang lelaki itu dengan dahi yang berkerut.

"Saya dekat mana ni?" Soal kepada lelaki itu tetapi lelaki itu masih diam.

"Macam mana saya boleh ade dekat sini?" Soal aku lagi.

"Dan...siapa yang tukarkan pakaian saya?" Malu nak tanya tapi arghh lantak lahh. Aku memandang wajah lelaki itu yang masih diam dari tadi sambil memeluk tubuhnya.

"Jangan risau aku bukan orang jahat" jawab lelaki itu.

"Kau accident semalam, aku terlanggar kau dalam keadaan hujan, so aku bawa balik rumah aku" dengan selamba lelaki itu menjawab. Aku hanya mengangguk tanda faham.

"Kau boleh jalan kan? Jom turun makan, aku naik atas pun sebab nak jengok kau dah bangun ke belum" ajak lelaki itu sambil memeluk tubuhnya tegapnya.

"Dah jom" ajak lelaki sebelum mengangkat kaki untuk keluar dari bilik.

Aku hanya turut dan masih diam mengikuti dia dari belakang. Sungguh aku takut dengan lelaki di hadapan aku ini takut dia orang jahat nak ambik kesempatan getus hati Risa Ariana kerana takut.

"Ehh tuan dah turun, jemput duduk tuan" pelawa seorang perempuan yang berusia itu.

"Terima kasih Mak Mah" ucap lelaki itu.

Aku?? Aku masih kaku di situ tak duduk lagi sebab tak pelawa aku kan so aku tak duduk laa getus hati Risa Ariana.

"Apa yang kau terjegat lagi dekat situ, duduk sini" lelaki itu menarik kerusi di sebelahnya untuk berikan aku duduk. Sambil tayang wajah beku nya itu hehh menyampah!

"Ermm baik" aku turutkan saja dan duduk

Perempuan yang berusia tadi yang bernama Mak Mah dia menyuakan pinggan yang berisi nasi. Aku capai pinggan yang Mak Mah berikan tadi.

My AngelWhere stories live. Discover now