𝓑𝓪𝓫 21

43 2 0
                                    

"Alaa.. sayang abang boleh je buat kerja dari rumah. Abang nak teman sayang dekat rumah" rengek Raekal di depan pintu rumah ingin meminta belas kasihan isterinya untuk benarkan dia duduk di rumah.

"Abang jangan nak mengada.. abang dah cuti seminggu duduk dengan Risa so abang kena pergi kerja juga hari ini. Muktamad!" Bantah Risa pula. Raekal terus membuat muka sedih di hadapan isterinya.

"Tak payah buat muka sedih lagu tu!" Bedas Risa lagi.

"Ish! Yelah abang pergi! Nanti jangan ada orang tu menangis kata rindu pula" perli Raekal sambil memakai kasutnya.

"Tak adanya Risa tak akan nangis laa!" Marah Risa lagi.

"Yelah angel kesayangan abang ni" Raekal mencubit pipi Risa membuatkan pipi Risa sedikit merah.

"Abang ni sakit lah!" Marah Risa.

"Alolololo sorry sorry abang geram sangat dengan isteri abang ni" Raekal membelai pipi Risa yang dicubit tadi olehnya.

"Dah pergi cepat nanti lambat pula" Kata Risa.

"Hmm nak cuti tapi bini tak bagi pula hm.. kena juga la pergi jawabnya" sedih suara Raekal.

"Alah nanti abang balik kerja petang nanti abang jumpa Risa juga kan. Risa bukannya nak keluar mana-mana pun. Abang tak payah risau lah ye Risa pandai jaga diri Risa okay. Abang tu CEO jadi kena la pergi nanti orang cakap Boss tak buat kerja pula" Kata Risa panjang lebar. Kalini Raekal terpaksa mengalah.

"Abang tak kesah la apa orang nak cakap pasal abang ni. Hm yelah demi sayang. Abang nak cuti tapi angel yang tak bagi, nanti kalau dekat sana abang rindu sayang macam mana? Ha?" Kata Raekal pula.

"Jangan nak mengada. Abang rindu call Risa" Jawab Risa pula.

"Betul ni? Abang call sekarang lah" Raekal menyelup poket seluarnya ingin mengambil telefon nya.

"Eh eh! Apa abang ni bukan dekat sini! Sekarang ni Risa dekat depan muka abang je ni! Nak call nanti bila abang dekat tempat kerja lah!" Marah Risa.

"Ala nak bergurau sikit pun nak marah" Raekal membuat muka sedih.

"Sapa suruh abang main-main lagi! Dah, abang kena pergi sekarang nanti abang lambat dah pergi" Kata Risa.

"Hm yelah yelah. Abang pergi dulu ye. Sayang jaga diri ada apa-apa call abang. Nanti abang balik terus" Kata Raekal sambil membelai kepala Risa yang berlapik tudung sarungnya.

"Ye baiklah abang singa. Abang bawa kereta elok-elok jangan kalut-kalut pula" kata Risa pula.

"Eh singa pula dia panggil suami dia ni" Kata Raekal

"Hehe saja dah dah nanti lambat pula. Nak salam" Risa mencium belakang tapak tangan Raekal. Raekal pula mencium dahi Risa.

"Tunggu abang balik ye" Kata Raekal.

"Ye.. jangan banyakkan fikir Risa pula nanti terganggu kerja abang" Kata Risa.

"Biarla isteri abangkan biarla abang nak rindu ke apa ke orang lain tak boleh halang " Jawab Raekal dengan selambanya.

"Ishh mengada" Kata Risa.

"Mengada dengan isteri sendiri bukan dengan perempuan lain pun" Raekal menjawab dengan tenangnya. Risa mengalah akhirnya.

"Dah pergi cepat nanti lambat " Kata Risa.

"Yelah abang pergi dulu ye. Bye sayang jangan rindukan abang pula " kata Raekal sambil berjalan ke arah keretanya.

Risa melambaikan tangannya ke arah Raekal yang baru sahaja ingin bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Risa terus berjalan masuk ke rumah. Risa berjalan ke arah dapur dan menanggalkan tudung sarungnya di kerusi dapur. Selepas 5 minit Risa masuk tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.

My AngelWhere stories live. Discover now