𝓑𝓪𝓫 36

27 3 0
                                    

Raekal terjaga dari tidurnya dan melihat di sebelahnya kosong tiada Elisa. Elisa tidak pulang lagikah? Raekal terus bangun dan duduk di sisi katil sebelum mencapai telefon yang terletak di atas meja sisi katilnya. Terlihat satu pesanan dari isterinya.

-Elisa
Sorry you I tak balik rumah hari ni sebab I tidur dekat rumah kawan I. Sorry tau baby. I love you.

Raekal hanya diam sambil memandang pesanan itu.

-Raekal
Alright sayang hati-hati dekat sana. Apa-apa you bagi tahu I tau. I love you more.

Raekal terus menutup telefonnya dan seingat dia sewaktu dia membuka telefonnya tadi baru sahaja pukul 4.05 pagi. Raekal terasa tekaknya kering dan terus bangun bergegas keluar dari bilik tidurnya. Semasa Raekal turun dia terlihat lampu dapur masih terbuka. Bermakna ada orang yang belum tidur di saat ini.

Raekal perlahan-lahan berjalan ke dapur tetapi tiada orang. Pelik. Jadi dia terus tujuannya datang ke dapur tadi untuk meminum air. Selesai minum air dia berjalan dan ternampak pintu balkoni terbuka. Dia ternampak ada Risa di situ yang sedang termenung seorang diri.

Eh perempuan ni tak reti sejuk ke dekat luar tu? Kalau masuk angin macam mana? Dah laa tengah mengandung tu. Ishh nanti sakit orang dalam rumah ni juga yang susah nak jaga kau getus hati Raekal ada sedikit perasaan risau.

Raekal dengan perlahan-lahan mendekati balkoni.

"Kau ni tak sejuk ke duduk luar? Tak reti masuk angin? Tengah-tengah pagi buta kau duduk lepak dekat balkoni ni buat apa tah" Dingin suara Raekal dari belakang Risa.

Risa terkejut dengan satu suara yang menegurnya dari belakang. Terus dia menoleh dan terlihat wajah yang dia rindui. Kalaulah dia boleh peluk suaminya ini sekarang memang dia mahu peluk tetapi dengan keadaan sekarang tidak mengizinkan tak mengapalah.

"Abang.."

"Kau ni dari aku dekat hospital lagi kau sebut aku abang aje. Aku ni bukan abang kau la. Aku tak kenal kau"

"Lagi satu siapakah suami kau kan? Tak reti ambil kau ni ke? Ke suami kau tinggalkan kau sebab dia tak nak anak ni?" Soal Raekal.

"Atau pun anak ni..."

"Stop it Raekal "  Dingin Risa tapi masih dalam kelembutan lagi. Sungguh dia tidak sangkakan yang lelaki yang dia cintai akan berkata begitu.

"Kenapa? Betul ke? Patut la. Jadi mummy aku mesti kutip kau kan? Kesian kau. Suami pun buang kau. Haihh apa laa nasib kau"

"Raekal stop"

"Kenapa? Dah hilang gelaran abang yang dari hari tu lagi kau asyik panggil aku?"

"Raekal stop"

"Aku pun tak tahu kenapa orang dalam rumah ni asyik cakap kau ni isteri aku. Kau ni isteri aku? Heh tak mungkin la aku minat perempuan macam ni. Not my test"

"Raekal stop it!" Dingin Risa. Sungguh dia tidak sanggup dengar kata-kata dari suaminya tadi. Suaminya bukan begini. Dia rindukan suaminya yang dulu.

Raekal terkejut dengan suara dingin Risa. Tidak tahu kenapa tapi hati rasa sebersalah sangat.

"Cukup! jangan buat saya macam ni awak. Saya tahu saya bukan sesiapa bagi awak tapi tolong jangan hina saya. Jangan hina anak saya. Saya masih hormatkan awak Raekal. Saya faham keadaan awak sekarang. Tapi tak akan tak ada sikit pun awak ingat memori kita bersama?" Risa tidak dapat menahan air matanya lagi dari mengalir. Raekal terkejut melihat wajah Risa yang menangis. Hatinya terasa sakit sangat.

"Saya tak kesah kalau awak nak cakap saya ni orang luar. Tapi saya lebih kenal awak Raekal. Saya yakin satu hari nanti awak akan ingat siapa saya Raekal"

My AngelWhere stories live. Discover now