𝓑𝓪𝓫 4

77 5 0
                                    

Raekal menurun dari keretanya dan menuju ke dalam satu cafe. Dia mencari susuk seseorang di dalam cafe itu. Dia nampak Qafeel melambainya dari dalam cafe itu. Teruja la sangat tuu hehh getus hati Raekal.

"Hello bro!" Panggil Qafeel.

"Waalaikumusalam" jawab selamba Raekal.

Qafeel hanya tayang wajah menyampah. Raekal duduk di hadapannya sambil memeluk tubuh. Qafeel duduk dan memandang.

"Haih kau ni dapat jumpa aku pun muka still nak dingin lagi" kata Qafeel. Menyampah dengan wajah dingin Raekal

"Kau dah dapat maklumat?" Tanya Raekal tak sedingin sebelum ini.

"Dah, ni maklumat yang kau mintak" Qafeel menghulurkan tablet kepada Raekal.

Raekal senyum sinis.

"Haa kau belanja aku kat cafe ni aku nak makan menu baru hari ni" kata Qafeel nak tuntut balik,bukan tak ikhlas tolong tapi saja, dia ni duit pun tak akan habis getus hati Qafeel.

"Hmm, oder laa apa yang kau nak" kata Raekal dengan dingin dan masih fokus maklumat yang diberikan oleh Qafeel.

"Excuse me" Qafeel mengangkat tangan untuk memanggil staf kedai itu.

"Yee encik" kata seorang pekerja lelaki.

"Ada menu baru right?" Tanya Qafeel pada pekerja itu.

"Yee" kata pekerja

"Apa menu baru?" Tanya Qafeel.

"Menu baru kalini ada Affogato, flat white dan mocha breve" kata pekerja lelaki itu.

"Ermm bagi saya Mocha breve satu dan.... Kau nak minum apa?" Tanya Qafeel pada Raekal yang masih ralit dengan tablet itu.

"Aku tak nak" jawab Raekal dingin sambil melihat tablet.

"Hmm oke, haa bagi saya Mocha breve dengan flat white yee, terima kasih" kata Qafeel sambil senyum kepada pekerja lelaki itu.

"Baik encik" kata pekerja lelaki itu sebelum mengangkat kaki nya ke kaunter.

"Kau ni fokus gila dengan tablet tu, bukannya nak fokus dengan aku ni" kata Qafeel.

Raekal masih diam dan fokus dengan tablet itu.

Qafeel menayang wajah menyampah.

"Thanks for the info bro" kata Raekal biasa sahaja.

"Wahh kau cakap terima kasih kat aku? Wahhh dah lama tak dengar kau cakap terima kasih wei" teruja Qafeel.

"Aku balik dulu, nah ni duit minuman kau" kata Raekal dan terus berjalan keluar dari cafe.

"Sampai hati dia tinggalkan aku hmm.. tapi tak apa dia dah belanja aku lepas tu dia cakap dekat aku terima kasih pula tuu okee aku maafkan dia kalini" bebel Qafeel seorang di cafe itu.

Raekal yang baru sahaja membuka pintu kereta Lamborghini Huracan nya terhenti apabila dia ternampak satu tubuh yang sedang berjalan dengan seorang wanita. Lelaki itu adalah Liyyan anak kepada kawan mummy nya. Hehh dasar kaki perempuan getus hati Raekal Danial dan memasuki ke dalam perut keretanya.

—————————————————————————————

"Risa nak ikut Mak Mah pergi pasar? Beli barang basah" tanya Mak Mah kepada Risa Ariana yang tengah mencuci meja.

"Mak Mah nak ke pasar?"

"Yee, Risa nak ikut tak? Takut Risa bosan duduk rumah seorang" Tanya Mak Mah lagi.

"Boleh juga Mak Mah" jawab ku.

"Haa kamu pergi bersiap dulu, dah biarkan nanti Mak Mah sambung bersih kan" Kata Mak Mah.

My AngelМесто, где живут истории. Откройте их для себя