𝓑𝓪𝓫 13

72 2 0
                                    

Risa baru sahaja keluar dari bilik air dengan rambut yang basah. Apabila buka sahaja pintu bilik pakaian dia nampak Raekal yang sedang dilamun mimpi. Risa perlahan-lahan mendekati Raekal. Risa memandang lama wajah Raekal yang masih berbaju sanding tadi. Risa mencuit pipi Raekal sahaja mana dia sedar.

Ya Allah kacaknya suami aku ni! Getus hati Risa sambil tersenyum seorang. Risa cuba mencuit lagi tiba-tiba tangannya ditarik jatuh ke atas katil. Sekarang posisinya dengan Raekal berubah. Raekal di atas badannya Risa pula terbaring. Risa terkejut dengan apa yang terjadi ni.

"Aw...awak..." Risa cuba menolak Raekal turun darinya tetapi dia tidak berjaya. Raekal perlahan-lahan mendekati wajahnya dengan wajah Risa, cepat-cepat Risa menutup matanya.

Cup!

Risa terus membuka matanya apabila terasa pipinya dicium lembut. Raekal tersenyum nakal sahaja ingin mengenakan isterinya.

"Ishh tepi la awak pergi mandi!" Risa cuba menolak tetapi tetap tidak berjaya.

Dia lupa lagi la ni getus hati Raekal.

Raekal mendekatkan wajahnya dengan wajah Risa. Risa cuba menolaknya lagi tetapi malangnya tidak berjaya juga kalini dia mengalah.

Cup!

Raekal mencium sekilas bibir merah jambu isterinya. Membulat mata Risa kerana terkejut dengan tindakan Raekal sekarang.

"Ap..apa aw.."

Cup!

"Awak!!" Jerit Risa

Cup!

Risa cuba menolak Raekal dengan sekuat boleh tetapi Raekal lebih kuat darinya.

"Sayang cakap lagi awak, abang tak akan teragak-agak cium sayang lagi atau makan sayang malam ni" Kata Raekal dengan aura yang sangat mengoda.

"Aaaa sorry Risa minta maaf Risa lupa. Abang turun lahh!" Risa menolak lagi tubuh Raekal dan kalini Raekal turun dari katil.

"It's okay angel. Lain kali jangan lupa ya? Dah abang pergi mandi dulu ye" Raekal menggosok kepala Risa yang basah itu dan terus berjalan ke bilik pakaian.

Arghhh dah kenapa dengan dia ni! Getus hati Risa sambil menumbuk bantal di sebelahnya.

Risa menyikat rambutnya terlebih dahulu sebelum tidur. Selesai sikat dia terus naik ke atas katil untuk tidur kerana dia sungguh penat, nasib dia sudah solat tadi. Risa yang cuba untuk tidur tetapi tidak berjaya tiba-tiba dia terdengar pintu bilik pakaian dibuka terus dia buat-buat tidur.

Raekal yang baru sahaja keluar dari bilik pakaian berjalan ke arah Risa yang tidur itu. Dia tahu isterinya belum tidur. Risa terasa katilnya tenggelam sebelah itu menandakan Raekal baru sahaja naik ke atas katil bersamanya.

Hello cik jantung jangan berdegup kencang sangat boleh tak getus hati Risa yang masih berpura-pura tidur itu.

Raekal tersenyum melihat kecomelan isterinya yang pura-pura tidur. Raekal mendekatkan bibirnya dengan telinga Risa.

"Abang tahu angel tak tidur lagi. Pusing la pandang abang sayang" Dengan lembut suara Raekal berbisik membuatkan bulu roma Risa menaik. Risa terus bangun dari bangun, dia sekarang duduk memandang tajam kepada Raekal yang masih tersenyum memandangnya.

"Apa senyum-senyum! Dah tidur!" Kata Risa sebelum baring semula ke katil.

"Dosa tau kalau tidur membelakangi suami. Sayang nak dapat dosa je?" Bisik Raekal di telinga Risa. Risa terus pusing menghadap wajah Raekal yang ada di sebelahnya sekarang.

My AngelWhere stories live. Discover now