𝓑𝓪𝓫 39

24 4 0
                                    

"ya Allah Risa!!"

"Mummy baru aje tinggal kan Risa empat hari. Dah jadi macam ni" kedengaran suara Datin Rasyida yang risau apabila melihat tangan Risa yang berbalut di panggilan video.

"Mummy jangan risau la. Sikit aje ni. Terkena air panas aje" kata Risa

"Sikit Risa kata? Kalau dah berbalut lagu tu apa yang sikit nya sayang. Mummy dah pesan dekat Rayyan dengan Raekal dah suruh jaga menantu mummy ni tapi dia orang buat apa ni?! Sampai menantu mummy cedera. Geram nya dengan anak mummy dua orang tu!!" Datin Rasyida marah sangat berasa dia tidak dapat menjaga menantunya dengan baik.

"Mummy jangan la marah-marah macam ni. Nanti darah tinggi pula. Rayyan dengan Raekal baik aje. Jangan risau Rayyan jaga Risa dengan baik mummy" Risa memberikan senyuman manis kepada mertuanya. Tidak tahu kenapa dia tidak menyebut nama suaminya. Ya memang suaminya yang rawat tangannya ini tetapi Raekal tetap menjaga Elisa juga.

"Tunggu mummy balik ya sayang? Mummy buat kerja cepat-cepat nanti boleh jumpa menantu kesayangan mummy ni. Mummy rindu sangat dengan anak perempuan mummy ni" Datin Rasyida sudah pun menganggap Risa seperti anaknya sendiri. Risa tersenyum mendengar kata-kata dari mummynya.

"Risa pun rindu sangat dengan mummy. Mummy nak tahu tak? Rayyan dengan Risa selalu masak sesama nak buat sarapan. Pandai Rayyan memasak" Kata Risa

"Rayyan tu memang pandai memasak tapi mummy yang jarang bagi dia masak dekat rumah. Dia selalu tolong mummy dekat dapur dulu. Tapi kalau ada Rayyan memang time memasak tu kerja nak gelak jelah sebab dia buat lawak hambar dia tu. Haihh" Datin Rasyida menggelengkan kepalanya. Risa pula ketawa mendengar kata-kata itu. Betul lah apa yang di katakan oleh mummy nya kalau memasak dengan Rayyan. Dia lah yang banyak jeloteh. Suka buat lawak aje. Itu buatkan mereka selalu ketawa di dapur.

"Eh Risa mummy letak dulu ya? Mummy ada meeting kejap lagi ni" Kata Datin Rasyida.

"Yalah mummy. Jangan stress sangat dekat sana ya? Take care mummy. Ha kirimkan salam dekat daddy ya mummy?"

"Iya sayang. Mummy tutup dulu ya? Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam mummy." Panggilan video tadi pun di matikan.

Selepas membuat panggilan video bersama mertuanya tadi keluar turun ke ruang tamu. Dia fikir ingin mengambil angin di luar sekejap. Bila diingat balik Raekal ada memberi tahu nya dia ingin keluar sekejap sewaktu dia mengemas dapur tadi. Elisa pula keluar entah kemana. Mereka keluar berasing Risa malas ingin memikirkan mengapa jadi dia mengabaikan sahaja. Rayyan juga keluar katanya ingin berjumpa dengan kawan. Kini hanya tinggal di rumah seorang diri.

Semasa dia baru sahaja turun dari tangga dia terdengar loceng rumah berbunyi. Jadi dia membuka pintu ingin melihat siapa yang datang. Dan dia terkejut yang seorang lelaki yang datang di rumahnya. Risa hanya menayangkan muka menyampah.

"Apa kau buat dekat sini?" Dingin suara Risa yang baru sahaja membuka pagar rumahnya.

"Aku datang nak jumpa kau lah" Jawab Liyyan.

"Kau memang tak ada kerja eh? Tak malu datang rumah orang?" Risa paling tidak suka berdepan dengan lelaki di hadapannya ini. Menyampah!

"Relax la darling" Liyyan baru sahaja ingin menyentuh tangan Risa cepat-cepat Risa menarik tangannya dari tersentuh oleh Liyyan.

"Don't touch me! Sekali lagi kau cuba nak sentuh aku. Aku tak akan teragak-agak nak buat report polis" marah Risa.

"Ok ok. My bad. I'm sorry darling. Aku tak sentuh dah" Liyyan mengangkat kedua tangannya mengaku dia salah.

My AngelWhere stories live. Discover now