𝓑𝓪𝓫 8

69 3 0
                                    

Kini sudah genap 4 minggu Risa menginap di rumah Raekal.

Risa yang sedang menyidai baju diluar rumah. Mak Mah pula sedang mengemas rumah.

Tangan kanan Risa makin hari semakin baik. Kurang sakit seperti awal dahulu.

"Meski ku bukan yang pertama dihatimu tapi cintaku terbaik untukmu"

"Meski ku bukan bintang di langit tapi cintaku yang terbaik"

"Jujur saja ku tak mampu hilangkan wajahnya dihatiku"

"Meski malah mengganggu, hilangkan senyummu dimataku"

"Ku sadari, aku cinta padamu..."

Tanpa Risa sedar ada seseorang memerhati nya dari belakang.

"Meski ku bukan yang pertama dihatimu tapi cintaku terbaik untukmu.. meski.." terhenti nyanyi Risa apabila terdengar suara berdehem dari belakangnya.

"Ehem!" Berdehem Raekal dari belakang sambil memeluk tubuh dan memandang Risa yang sedang kusyuk menyanyi tadi.

Risa terkejut apabila dia memusingkan badannya dia ternampak Raekal yang berdiri di belakangnya tetapi jauh sedikit.

"Err... Ra... Raekal... Bila awak ada kat sini? Bukan awak pergi kerja ke?" Tergagap-gagap Risa bercakap sambil memandang Raekal.

"Aku balik nak ambil barang yang tertinggal. Seronok kau menyanyi eh?" Suara Raekal tidak dingin tapi dengan lembut.

"Err.." Risa mengaru kepalanya yang tidak gatal. Risa telan air liur kerana hilang kosa katanya.

"Ehh awak kata nak ambil barang kan? Nak saya ambil kan?" Tanya Risa nak melarikan diri.

"Tak perlu, aku dah ambil dah" Raekal berjalan mendekati Risa.

Eh dah kenapa mamat ni makin lama makin dekat dengan aku ni getus hati Risa.

"Ehh aw..awak.." Risa mengundur dua langkah ke belakang.

Pup. Risa tersandar di penyidai baju. Risa yang terkebil-kebil dengan tindakan luar jangkaan Raekal ini.

"Ehh aw.. awak.. ap..apa..n..ni?" Tergagap-gagap Risa bercakap.

Raekal dengan Risa berada dalam posisi yang sedikit rapat. Tetapi ada jarak sedikit sahaja.

Raekal menunduk sedikit kerana Risa yang terlalu rendah dari dirinya. Raekal mendekatkan bibirnya di tepi telinga Risa yang terselit di dalam tudung. Risa terkejut dengan apa yang Raekal lakukan.

"Ra.. Raekal" Risa terkaku tiada kosa kata yang dikeluarkan kerana terkejut.

"your singing voice is good" Bisik suara Raekal dengan kelembutan. Membulat mata Risa kerana terkejut dan Risa pantas menolak Raekal jauh darinya.

"Ap..apa... Yang buat ni?" Tanya Risa dengan muka yang berkerut. Selalunya aku yang menyangkat dia sekarang dia pula nak kenakan aku balik getus hati Risa.

"Nothing" selamba sahaja suara Raekal dan dia memusingkan badannya terus berjalan masuk ke dalam rumah.

What?! Dia jawab nothing je? Aku punya jantung ni macam nak terkeluar dah rasanya ya Allah getus hati Risa sambil mengusap dadanya.

Kenapa jantung aku ni laju semacam ni? Getus hati Risa lagi. Risa memandang Raekal yang masih berjalan ke sofa dan mengambil barang mungkin barang yang dia tertinggal tadi.

Risa menyambung semula kerjanya yang tertangguh tadi kerana si Raekal yang mengacaunya.

Raekal berjalan masuk ke dalam perut kereta Dan meletakkan barangnya di sebelah tempat duduknya.

My AngelWhere stories live. Discover now