𝓑𝓪𝓫 29

40 2 0
                                    

Ding dong!

Kedengaran loceng rumah berbunyi. Terganggu Raekal dan Risa yang sedang menonton TV bersama.

"Ada siapa siapa nak datang ke hari ini abang?" Tanya Risa kepada Raekal.

'haish time time lagu ni juga laa ada orang nak datang. Aku nak spend time dengan bini aku ni! Getus hati Raekal dengan perasaan geram' 

"Tak ada pula siapa siapa cakap nak datang. Kejap abang pergi tengok. Sayang pergi pakai tudung" Raekal membelai kepala isterinya terlebih dahulu sebelum bangun berjalan ke arah pintu. Risa pula berlari naik ke bilik untuk memakai tudung.

"Eh kau nak apa datang sini malam-malam?" Tanya Raekal sambil menayangkan wajah dinginnya.

"Alah aku saja laa nak sta.." belum sempat Rayyan habiskan kata katanya tadi abangnya kembali bersuara.

"Kau tak payah cakap yang kau nak stay sini. Aku nak jaga bini aku. Bini aku mengandung " kata Raekal semula

"Alah macam kau sorang pula nak ada anak" Balas Rayyan semula.

"Daripada kau single lagi. Dah pergi main jauh jauh jangan kacau aku malam ni. Aku nak bermanja dengan bini aku" Raekal menoleh ke belakang dan ingin berjalan masuk ke dalam rumah semula tetapi terhenti apabila mendengar adiknya berkata.

"Eh bawa bawa bertenang bang.. kak Risa tu mengandung haaa.. kau jangan.." terhenti Rayyan apabila Raekal kembali bersuara.

"Suka hati aku laa. Kau ingat aku bodoh ke? Aku tahu laa!" Balas Raekal semula .

"Dah kau pergi balik!" Halau Raekal sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Belum sempat lagi Raekal memasuki rumah Risa sudah keluar.

'aduh habis laa kalau dia keluar ni. Memang sah dia ajak budak tu masuk. Lepas tu nanti aku tak boleh nak bermanja dengan dia pula haishh tak boleh tak boleh' getus hati Raekal

"Eh Rayyan!" Tegur Risa.

'hadehh aku dah terlambat' getus hati Raekal dengan wajah yang kusam.

"Kenapa abang tak ajak Rayyan masuk? Kesian dia sorang dekat luar tu" Risa yang baru ingin berjalan mendekati Rayyan terhenti apabila tangannya dipaut lembut oleh suaminya.

"Eh!"

"Abang.. lepas laa ada Rayyan nii.." Risa cuba menolak tangan Raekal yang tergedik seperti ulat beluncas di pinggangnya.

"Alah biarkan jelah dia. Suruh dia balik. Tak payah tinggal sini. Abang nak duduk dengan sayang" Kata Raekal sambil tersenyum

'oh dengan bini kau boleh pula bersenyum ya dengan aku ni? Heh hampehh padahal aku ni adik kandung kau kot tapi pernah ke dia senyum dekat aku?' getus hati Rayyan melihat abangnya yang sengaja bermanja dengan si isteri di depannya.

"Alah kau bang kalau tak bagi aku tidur sini pun tak payah la tunjuk gedik kau tu depan aku! Dah macam ulat beluncas yang terlepas tahu tak!" Bedas Rayyan

"Suka hati aku laa ni bini aku. Kau tak ada bini kan? Boleh blahh! Tula laa suruh kahwin tak nak sekarang tanggung laa hidup sendu kau seorang" Balas Raekal semula. Tangan Risa naik mencubit perut Raekal.

"Aww sakitlah sayang! Kenapa cubit abang pula ni!" Raekal melepaskan pegangannya di pinggang Risa tadi terus dia menggosok perutnya yang baru lepas di cubit oleh isterinya. Rayyan hanya menahan ketawa sahaja tapi dalam hati dah ketawa berbahak-bahak.

"Apa abang cakap macam tu dekat adik abang sendiri kot. Jemput jelah dia masuk. Tak salah pun dia nak tinggal dekat sini kan" Balas Risa semula. Rayyan gembira apabila mempunyai kakak ipar yang baik hati dan plus memahami pula tu.

My AngelOnde histórias criam vida. Descubra agora