𝓑𝓪𝓫 38

28 1 0
                                    

"mummy macam mana dekat sana? Rindunya dekat mummy" Kata Risa sambil membuat panggilan video bersama Datin Rasyida.

"Alah baru sehari Risa sayang. Tapi mummy pun rindu dekat menantu kesayangan mummy ni" balas mummy pula.

"Mummy tak sabar nak balik Malaysia nak jumpa menantu mummy ni dengan cucu mummy. Ha kirimkan ciuman dekat cucu mummy" Kata Datin Rasyida lagi.

"Boleh mummy" Risa mencium telapak tangannya dan di letakkan ke perutnya yang membesar itu. Mummy tergelak kecil apabila melihat  telatah Risa di panggilan video.

"Eh awak tengah buat apa tu?" Kedengaran suara Dato'Fareeq di panggilan video.

"Ni saya tengah video call dengan menantu kesayangan saya ni" Kata Datin Rasyida. Datin Rasyida mula menunjukkan muka suaminya itu di panggilan video .

"Assalamualaikum Risa. Kamu macam mana dekat sana ok tak? Ada apa-apa jadi ke?" Tanya Dato'Fareeq. Datin Rasyida terus menampar bahu suaminya.

"Aduh sakitlah yang!"

"Padan muka siapa suruh banyak tanya sangat. Lain kali tanya la satu-satu ni tak dia boleh pula tanya sekali gus dekat menantu kesayangan saya ni. Kesian dia nak jawab nanti" marah Datin Rasyida dengan suaminya.

"Yalah yalah sorry" Mengalah Dato'Fareeq dengan muka mencebik. Risa tergelak kecil melihat kelakuan kedua mertuanya itu.

"Waalaikumusalam daddy. Risa ok aje dekat sini. Tak ada apa-apa pun. Rayyan kan ada teman Risa" Kata Risa sambil tersenyum untuk menyakinkan dia ok.

"Bagus lah kalau kamu ok Risa, kalau tidak ni mummy kamu ni paling risau dekat kamu tahu tak"Kata Dato'Fareeq dan Datin Rasyida terus menjeling Dato'Fareeq di sebelahnya. Risa tergelak kecil lagi. Gembira.

"Jangan risau mummy. Risa ok aje dekat sini. Mummy Tu kena jaga kesihatan dekat sana ya?" Pesan Risa.

"Baiklah sayang. Mummy dengan daddy nak keluar kejap lagi ni. Jadi mummy kena tutup dulu ya?"

"Iya mummy. Take care mummy. I miss you mummy" Kata Risa sambil melambai di dalam panggilan video.

"Risa pun sama. Apa-apa bagitahu mummy ya sayang? Mummy tutup dulu ya? Bye bye sayang" Datin Rasyida terus melambaikan tangannya di panggilan video sambil itu dia membuat flying kiss untuk menantunya. Sungguh sayangnya terhadap menantunya ini. Risa pun melambai sambil tersenyum. Akhirnya panggilan video di tutup.

"Huh. Bosan nya" rungut Risa.

"Anak mummy bosan tak?" Risa mengusap perutnya.

"Jom kita ambil dekat luar nak? Mesti sejuk malam-malam ni" Risa melangkah keluar dari biliknya menuju ke balkoni. Dan dia terlihat ada Rayyan di situ.

"Apa yang Rayyan tengah buat dekat luar ni?" Tanya Risa yang mengambil tempat di hadapan adik iparnya.

Rayyan terus menoleh kak iparnya yang datang itu

"Saja. Bosan la duduk dalam bilik tu. Jadi Rayyan ambil la angin dekat luar ni" Jawab Rayyan. Risa mengangguk sahaja.

"Akak pula kenapa keluar ni? Kenapa tak tidur lagi?" Soal Rayyan pula.

"Tadi akak baru aje lepas buat video call dengan mummy. Lepas tu akak tak rasa nak tidur lagi la. Baby pun tak nak tidur lagi ni" kata Risa sambil tergelak kecil begitu juga dengan Rayyan.

Raekal dan Elisa baru sahaja turun ke ruang tamu ingin menuju ke dapur dan Raekal ternampak Rayyan dan Risa ketawa bahagia di balkoni. Tiba-tiba hatinya rasa marah dan sakit.

My AngelWhere stories live. Discover now