𝓑𝓪𝓫 34

34 3 0
                                    

Hari ini Risa mengikuti mummynya datang ke butik kerana mummnya yang menyuruhnya ikut sekali.

Risa sekarang berada di 7-e ingin membeli air. Datin Rasyida menghalangnya keluar seorang diri tetapi Risa tetap berdegil berkata yang dia boleh jaga dirinya sendiri. Akhirnya Datin Rasyida terpaksa mengalah dan memberi kebenaran Risa keluar tetapi dengan syarat cepat beli dan balik ke butik. Risa hanya mengangguk faham.

Dalam perjalan Risa ingin pulang ke butik tiba-tiba dia di tahan oleh seseorang.

"Hi Risa" Liyyan memberikan senyuman manis kepada Risa. Risa hanya menayangkan wajah menyampah sahaja.

"Dah laa ketepi. Saya ada benda lain nak buat ni" Risa mahu mengambil ruang sebelah kanan kerana ingin melepaskan diri tetapi di halang oleh Liyyan juga.

"Ishh kau ni tak faham bahasa ke apa?! Aku suruh ketepikan!" Marah Risa. Dia malas ingin melayan jantan di depannya sekarang ini.

"Garang nyee ibu mengandung ni" Kata Liyyan sambil tersenyum. Risa hanya menjeling.

"Ok aku akan lepaskan kau tapi bagi aku cakap dengan kau dulu" Kata Liyyan lagi.

"Cakap la cepat" marah Risa

"Aku dengar suami kau hilang ingatan sekarang right? Dia ingat kau lagi tak? Tak ingat? Kau datang dekat aku jela Risa. Aku pasti hidup kau akan bahagia tanpa diganggu" Dengan yakinnya Liyyan berkata.

Risa tersenyum sinis apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

"Apa kau kata? Aku bahagia dengan kau? Huh aku tak ingin laa nak dekat kau. Aku lebih rela tunggu suami aku sampai dia ingat aku balik daripada aku pergi dekat kau lagi musnah hidup aku nanti. Eh tak nak la aku" Balas Risa semula. Liyyan terasa tertikam lidah dengan kata-kata pedih Risa tadi.

"Oh lagi satu. Aku lebih rela tunggu suami aku sampai berapa lama pun sekiranya sampai bertahun-tahun pun aku tetap akan tunggu sampai ingatan dia kembali. Ingat ye, Allah sentiasa terima doa orang yang dalam kesusahan" Balas Risa lagi. Risa perasan ada ruang sedikit di sebelah kanan Liyyan untuk dia melepaskan diri. Jadi dia terus berjalan dengan pantas nye dan meninggalkan Liyyan di situ.

"Kau ingat ye Risa! Kau tak akan bahagia kalau aku tak dapat kau!" Jerit Liyyan dari belakang.

Risa hanya membiarkan sahaja Liyyan ingin berkata apa pun. Dia tetap dengan dirinya sendiri. Dia hanya mahukan belaian suaminya sahaja. Tetapi dia kena berikan waktu untuk suaminya pulih.

Risa berjalan masuk ke butik dengan membawa beg plastik merah yang berisi air.

"Ha kenapa kamu lama sangat Risa? Buat mummy risau la" Tanya Datin Rasyida.

"Sorry buat mummy risau, tadi dekat kedai tu ramai orang sikit" tipu Risa dengan terpaksa. Tak akan dia kena cakap yang Liyyan halang dia eh memang tak laa.

"Haih dah kamu pergi duduk dekat sofa dulu jangan banyak sangat berjalan nanti sakit pinggang, kaki bengkak pula" Kata Datin Rasyida

"Ye baik mummy" patuh Risa dan berjalan duduk di sofa.

——————————————————————————————————————————————————————————

Risa terasa tekaknya kering sangat jadi dia mengerling telefonnya di sebelah ingin melihat sekarang pukul berapa. Jam memujuk telah pukul 3 pagi. Aduh dah tengah malam buta ni laa dahaga. Dia tidak kira pukul berapa sekarang jadi dia ambil pilihan ingin keluar minum air. Bilik Risa hanya terduduk di tingkat 2 berbanding bilik suaminya dengan Elisa di tingkat 3 mungkin tidak akan bertembung dengan dia orang.

My AngelWhere stories live. Discover now