𝓑𝓪𝓫 31

24 2 0
                                    

"I'm your wife Raekal" Kata Elisa sambil mengenggam tangan Raekal.

Raekal masih tidak sangka dengan apa yang dikatakan oleh Elisa.

"Wait what?!" Terkejut Raekal sambil mengerut kening

"Ermm encik Raekal.. isteri encik bu.." doktor itu baru sahaja ingin beritahu kepada Raekal yang itu bukan isterinya. Tetapi..

"Yes baby. You don't remember your wife?"  TipuElisa menghalang doktor itu berkata benar.

Raekal malah menggelengkan kepalanya.

"It's okay baby. You can slowly remember me okay?" Elisa membelai pipi Raekal. Raekal tidak menghalangnya dari sentuh dirinya kerana mungkin betul perempuan di hadapannya ini isterinya tetapi dia hilang ingatan tentangnya.

"Hmm.. i think you can go now" Kata Elisa kepada doktor wanita itu. Doktor itu tidak mahu mengganggu privasi orang jadi dia pun terpaksa keluar dari wad itu.

Sekarang hanya tinggal Elisa bersama Raekal.

"Hm.. baby ade rasa sakit dekat mana mana tak??" Tanya Elisa sahaja ingin menunjuk kebaikannya kepada Raekal.

"Urmm no.." jawab Raekal ringkas.

Knuk knuk!

'shit! Siapa pula yang datang ni!' getus hati Elisa berasa takut.

"Abang!!" Jerit Risa berlari ke arah Raekal. Dia dengan cepat datang ke hospital apabila dia dimaklumkan oleh doktor bahawa suaminya sudah sedar dari koma.

Raekal hanya memandang pelik ke arah Risa.

"Who are you? I know you?" Tanya Raekal kepada isterinya. Terhenti Risa apabila disoal begitu oleh suaminya sendiri.

"Ab..abang tak ingat Risa??" Tanya Risa

"Abang?? Kau siapa?" Tanya Raekal lagi sambil memandang ke arah perut Risa.

"Abang betul betul tak ingat Risa ke?" Tanya Risa mahu dengar lagi sekali.

"Aku tanya lagi sekali kau siapa?!" Dingin suara Raekal seperti dulu dia bercakap dengannya.

"Ab..abang.."

" Ni Risa.. isteri abang.. isteri kepada Raekal Danial Bin Fareeq Danial" Nama penuh lelaki itu disebut.

"Aku rasa kau dah gila.. isteri aku bukan kau.. tapi dia.." Raekal menunjuk ke arah Elisa yang duduk di sebelahnya. Risa baru perasan bahawa ada si penyondol itu.

'perempuan tu bini kau?? Aku ni bini kau!!' getus hati Risa berasa kecewa.

"Hi.. I rasa you silap ni.. entah entah pun dah gila agaknya.." Kata Elisa.

"Apa yang kau cakap ni perempuan!! Dia suami aku!" Marah Risa

"Eh lagi sekali kau marah isteri aku. Nyawa kau melayang" Kata Raekal kepada isterinya sendiri.

"Abang... Ni Risa.. Risa Ariana.. isteri abang yang sah.." Kata Risa sungguh dia tidak percaya apa yang dia dengar sekarang.

"Aku tak kenal kau la! Kau boleh blahh tak!!" Marah Raekal. Sungguh Risa terkejut apabila Raekal meninggikan suaranya, sejak bersamanya dulu dia tidak pernah dingin dan kasar padanya.

"Abang suami Risa.. ni tengok perut Risa ni.. ni anak kita abang.." Kata Risa cuba untuk menyentuh tangan Raekal tetapi di tempis kasar olehnya.

"Kau sentuh aku lagi sekali patah tangan kau aku kerjakan" Kata Raekal dingin

"Raekal!!" Marah Datin Rasyida yang baru sahaja masuk ke dalam wad itu bersama Dato'Fareeq.

"Mummy.." perlahan suara Raekal.

My AngelWhere stories live. Discover now