𝓑𝓪𝓫 37

29 2 0
                                    

"mana bini palsu kau bang?" Tanya Rayyan yang baru sahaja mahu duduk di meja makan.

"Dia keluar dengan kawan-kawan dia" Jawab Raekal. Rayyan pelik kali ini abangnya tak marah pula kalau dia memanggil wanita itu dengan panggilan 'bini palsu' slalunya abangnya akan memarahinya.

"Kau tak nak tahu ke dia tu keluar dengan lelaki ke perempuan?" Soal Rayyan lagi.

"Kau jangan nak buruk-burukkan dia boleh tak?!" Marah Raekal. Risa yang baru sahaja tiba di meja makan terkejut melihat suaminya kemarahan begitu. Rayyan pelik lagi, eh kali ini marah pula. Pelik.

"Ok ok aku tak cakap macam tu lagi" Rayyan mengaku itu salah kerana tidak mahu bergaduh sewaktu ini.

"Risa" Tegur Datin Rasyida yang baru sahaja tiba di situ tapi melihat menantunya masih berdiri di meja makan sambil melihat Rayyan dan Raekal berbual.

"Ya mummy"

"Kenapa berdiri dekat sini lagi ni? Duduk laa" Kata Datin Rasyida.

"Urmm baik mummy" Risa yang baru sahaja ingin mengambil tempat di hadapan Datin Rasyida tiba-tiba Datin Rasyida kembali bersuara.

"Eh kenapa duduk depan mummy?" Tanya Datin Rasyida.

"Urmm.. kan sebelum ni Risa duduk dekat sini" jawab Risa dengan lembut.

"Dah hari ini kamu tukar tempat dengan Rayyan. Rayyan kamu duduk dekat tempat kak Risa kamu" Arah Datin Rasyida. Rayyan seperti memahami mummnya sekarang. Mummynya mahu kak iparnya duduk di hadapan suaminya sendiri. Raekal. Raekal memang duduk di sebelah Datin Rasyida sahaja kerana itulah Datin Rasyida menyuruhnya menukar tempat.

Risa masih lagi pelik. Kenapa dia harus mengubah tempat?

"Akak dah bangun duduk sini " Rayyan memberi ruang untuk kak Risanya duduk di tempatnya. Risa hanya patuh dia bangun dan kini dia bertukar tempat dengan Rayyan.

"Yeahh Rayyan duduk depan mummy" Kata Rayyan sambil ketawa kecil. Mummynya dan daddynya hanya menggelengkan kepala sahaja mendengar telatah anak bongsunya ini.

Risa terasa sedar yang dia berada di hadapan suaminya sendiri. Raekal dari tadi hanya diam dan memandang wajah Risa walaupun Risa tidak memandangnya tadi. Risa perasan yang di sisi suaminya tiada Elisa.

"Mana Elisa?" Tanya Risa kepada Raekal.

"Entah tak tahu" Balas Raekal dengan selamba. Rayyan terus menoleh memandang abangnya apabila terdengar jawapan dari abangnya tadi. Terkejut dan lagikan pelik. Kenapa dengan abang dia ni? Dia tak ambil tahu pasal Bini palsu dia tu dah ke?

Risa juga terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan oleh suaminya tadi. Risa tidak mampu berkata apa-apa jadi dia hanya mengangguk dan diam. Dia tidak mahu masuk campur.

Datin Rasyida dan Dato'Fareeq memandang sesama sendiri sungguh mereka juga pelik dengan jawapan anak sulungnya tadi. Tapi mereka cuma abaikan sahaja.

"Dah dah semua makanan pun dah ada. Jemput makan semua" Kata Datin Rasyida apabila semua makanan telah pun dihidang oleh Risa dan dia tadi. Mereka semua mula menjamu selera.

"Haa mummy baru teringat" Kata Datin Rasyida. Rayyan mengangkat kepala memandang mummynya.

"Teringat apa mummy?" Soal Rayyan.

"Esok mummy dengan daddy kena pergi kerja dekat luar negara dalam masa sebulan. Sebab ada sambutan untuk butik mummy dekat sana" ujar Datin Rasyida. Sungguh dia juga takut untuk tinggalkan menantunya dengan keadaan anak sulungnya begini. Risau dengan keadaan menantunya di sini. Sudah la Mak Mah tidak ada di sini jadi Risa akan keseorangan la. Tapi dia tetap harus pergi kerana kerja.

My AngelWhere stories live. Discover now